Tuesday, December 29, 2009

Along sampai angah pula pergi

Aku dok menghitung hari...31/12/09 along akan sampai ke sini. Tapi 8/1/10 angah pulak akan meninggalkan aku. Seronok tunggu along sampai tapi sedih nak melepaskan angah pergi......Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan angah. Tapi itu la hakikat yang aku terpaksa terima. Agaknya begini la perasaan seorang ibu bila terpaksa berpisah jauh dengan anak-anaknya. Aku selalu tengok air mata ibuku berlinangan setiap kali anak2nya melangkah pergi. Perasaan itu kini menjadi milikku pula....sakitnya nak melalui detik-detik itu. Tambahan pulak bila memikirkan dia akan keseorangan di sana tanpa along di sana. Moga angah akan tabah mengharungi hari-harinya di sana untuk menggapai kecemerlangan dalam PMRnya hujung tahun depan

Monday, December 21, 2009

Ayah....rindunya.........................

Ayah...rasa teringat dan rindu yang teramat. Hanya tuhan saja yang tahu jeritan hati yang tersarat. Namun apakan daya suratan takdir memisahkan kita...Masih jelas terbayang kenangan-kenangan lalu yang kita sekeluarga lalui bersama...Sukarnya nak mengubati rindu ini....nak call bercakap melalui phone...ayah dah kurang pendengaran...hanya berkirim salam..moga Allah sentiasa melimpahi rahmatNya kepada ayah tersayang.

Ayah, maafkan aku…….

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah Orang-orang tercinta. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan akan membuncah seketika jika mengingat itu semua.


Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan Dia ungkapkan

Tanpa kata, tanpa suara…………seolah Dia berkata… “betapa lelahnya aku hari ini”. Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Selanjutnya, bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari Dia “orang-orang terkasih itu”………. tidak lagi membuka mata untuk selamanya …

Ayah, maafkan aku……..

Gurat keriput di wajahmu, tanda juangmu

Mengumpulkan rupiah demi rupiah

Untuk nasi yang kumakan setiap hari


Ayah, maafkan aku……..

Tubuh rentamu, tanda tenaga yang terkuras

Mengumpulkan harap demi harap

Agar aku anakmu bisa hidup layak


Ayah, maafkan aku…….

Aku lebih sering lupa daripada ingat untuk menyapamu

Aku lebih sering merasa lebih hebat darimu

Aku lebih sering melukaimu daripada menyenangkanmu


Ayah, maafkan aku…….

Kalau aku merasa tidak bisa mengerti jalan pikirmu

Kalau aku merasa engkau terlalu berhati-hati

Kalau aku merasa engkau terlalu tua untuk didengarkan


Ayah, maafkan aku…….

Apapun itu, akulah yang sombong

Akulah yang tidak tahu terima kasih

Akulah yang tidak peduli


Ayah, maafkan aku…….

Aku mencintaimu dengan cara yang aneh

Aku menghormatimu dengan cara yang tidak biasa

Aku mengagumimu tanpa kata-kata


Ya Allah begitu besar pengabdian mereka kepada anaknya,

Ya Allah hanya untaian doa yang bisa aku berikan kepada mereka berdua,

Ya Allah Terimalah Doa HambaMu ini..”



ROBBIGHFIRLII WALIWAALIDAYYA WARHAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANII SHOGHIIROO

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ” Amin…….

Sungguh Bergetar hatiku,bergetar jiwaku,mengalir air mataku……

Cinta pada wanita

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Thursday, December 17, 2009

Angah dan gelagatnya kat sini

Angah dah serasi dengan suasana kat sini. Mula-mula sampai dulu dia seakan dalam mimpi dan sering merungut tak tahan sejuk. Hari Sabtu lepas aku ke garage sale mencari game yang bersesuaian dengan angah supaya dia tak berasa boring dok kat rumah. Nasib aku baik kerana dapat beli computer yang complete set dengan harga 30 dollar ja. Lepas tu jumpa mountain bike pulak....seronok bukan main dia. Hari Ahad aku ke Sunday Market.....dia terlalu excited bila jumpa game Play Station 2...habih la duit aku...tapi x apa la...demi untuk tengok anak-anak happy sudah cukup memadai buat aku. La ni dia dok kalut nak kerja pulak....so far dia dah jadi cataloq distributor tapi upah dia sikit sangat. Dia dok berangan nak jadi fruit picker pulak...harap2 dia enjoy la dok kat sini....

Thursday, December 10, 2009

Student of the week


Last week Umaira anak perempuan bongsu/tunggal ku terpilih jadi student of the week kat sekolah dia. Setelah 6 bulan bersekolah kat sini, baru kali ni dia terpilih.......seronok bukan main dia. Kat sini x ada test, x ada exam. Student dinilai base on physical achievement such as creativity, integrity and so on...Aku tak pergi pun pada hari dia dapat sijil tu. Balik  rumah dia menangis mengamok kat aku sebab tak pergi tengok dia terima sijil sedangkan parent orang lain dapat pergi....rasa bersalah juga aku dibuatnya. Kesian Umaira...dia terlalu banyak berdikari sejak dari kecil lagi. Masa aku tinggalkan mereka untuk ke sini..dia lah yang menjaga makan minum abah dia yang terlantar sakit. Dia   terpaksa menguruskan diri sendiri dan abah yang x berupaya...sedikit pun dia tak terasa geli dok basuh bekas kencing abah dia. Kesian Umaira..dalam usia 9 tahun dia dah terpaksa lalui semuanya ni....Moga dia akan jadi anak yang cemerlang di kemudian hari....Amin!!!!

Wednesday, December 9, 2009

Paip air kat toilet

Semalam 8/12/09 adalah birthday angah..anak keduaku. Dia terlalu manja dan agak pendiam jika berhadapan dengan orang yang tak dikenali. Hakikatnya dia amat kelakar dan sentitif. Kehadirannya ke sini amat membahagiakan aku. Semalam juga dia sibuk membantu abahnya memasang paip air kat toilet...susah sangat nak bersuci sebab tak ada air dalam toilet. Terpaksa dok angkut air dari bilik sebelah. Tiap-tiap pagi sebelum datang ke school aku kena pastikan dulu ada air kat dalam toilet untuk kegunaan hubbyku..dia susah nak mengangkut air dengan tongkatnya. Bila dah pasang paip air ni, baru terasa dok rumah sendiri...kalau tak terasa dok kat rumah mat salleh ja. Sekarang ni senang la sikit...... tak kena dok mengangkut lagi dah. Thanks untuk angah dan hubby ku.

Friday, December 4, 2009

Angah selamat sampai....

Akhirnya anakku yang kedua sampai juga ke Australia setelah berbulan-bulan menunggu. Dia sampai kat Melbourne Airport kul 12.25 pm dan aku terpaksa tunggu selama 2 jam baru dia selamat chek-out. Masa dok menunggu tu macam-macam kerisauan bermain difikiran. Takut tersangkut kat imegresen...... Maklumlah masa dia nak check-in kat KL dia hadapi masalah besar. Dia tak dibenarkan ke sini sorang2 tanpa peneman sebab di bawah umur...Meleleh air mata dah la anakku. Aku cuba minta airport assistant tapi tak juga dibenarkan selagi tak ada peneman buat anakku. Dia tak boleh berlepas ke sini sorang2. Malam tu aku dengan hubby ku x boleh melelapkan mata disebabkan masalah ni. Nasib baik la Allah utuskan seseorang untuk membantu anakku. Terima kasih tak terhingga untuk adik Fatin...student Medic university kat Tasmania yang sudi menjadi pengiring/peneman anakku...Kalau tak.. kerinduan ini tak akan terubat, dan anakku tak kan merasa pengalaman naik kapal terbang dan menjejak kaki di bumi Australia ni....Dia terlalu excited...tak berhenti2 cerita pengalamannya atas kapal terbang. Dia rasa seolah-olah bermimpi dapat sampai ke sini. Alhamdulillah yang tak terhingga kerana semuanya ini...Barang-barang makanan yang dibawa juga tak dirampas.....leganya.....

Hubby ku dapat abang baru

Hubbyku dapat abang baru.....seronok dia bila ada tetamu bertandang kat rumah. Maklumla boring seharian dok kat rumah sorang-sorang selepas hantar aku dan anak bongsunya ke sekolah. Ayah Amy student PhD datang bermalam kat rumahku kerana mengikut Amy ke sini untuk ambik sample ikannya..Apa lagi berborak sakan la kerana jumpa orang senegeri..bersebelahan kampung dan pernah mengaji di sekolah yang sama pulak tu. Aku tak boleh join sangat la sebab tak faham loghrat kelate yang digunakan...pekat sangat..banyak istilah2 kuno yang digunakan. Teringin juga nak kechek kelate ni...tapi bila aku cakap depa gelakkan aku. Hubby ku kata aku kechek macam orang siam masuk kampong ja.....geram juga aku...sabar je la.... Tapi aku seronok sekali dapat kenal dengan parent Amy.

Wednesday, November 25, 2009

Kad bank ku hilang


Semalam aku pi isi minyak keretaku....hati rasa lapang sebab duit elaun dah masuk. Hati menyanyi2 riang...biasa la dah lama dok berjimat sebab pokai. Lepas isi minyak penuh tangki, aku pi bayar kat kaunter..selalunya aku guna saving card aku sebab malas nak ada cash banyak2 kat tangan...dengan penuh confident aku bagi kad aku kat cashier tu....lama dia tenung aku...rupa2 nya aku tersalah bagi kad. Aku terbagi kad RACV aku kat dia kebetulan warnanya sama dengan kad bank aku. Aku pun mencari-cari kad bank aku dlm hand bag. Rupa-rupanya kad bank aku tu tak ada. Aku dah mula panic...berpeluh dah kat muka....nasib baik ada lagi balance duit aku...kalau tak..tak tau la nak buat macam mana. Kat sini isi minyak dulu baru bayar....alahai pucat lesi mukaku waktu tu...aku bergegas balik kat rumah cari kad bank tu...puas mencari tak juga jumpa...ni mesti kes tercicir ni. Aku makin risau sebab duit elaun untuk 3 bulan baru je masuk..tak sempat nak guna lagi..kalau la...........mcm2 terfikir dlm fikiran aku. Aku pun segera contact customer service bank tu inform pasai kehilangan kad aku...nasib la masih belum terlambat....hari ni aku hidup dengan sedikit duit yang berbaki sementara menunggu untuk dapat kad yang baru. Apa nak buat benda... dah nak hilang

Cuba fahami wanita


Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

.. & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi saya paparkan intinya saja. Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.



Monday, November 23, 2009

Pemimpin yang dikagumi
























serba sederhana dari mula hingga kini..
harta dunia diletak ketepi
rumah sendiri tak berbaiki
namun sentiasa dikunjungi

sukarnya mencari pengganti
dikagumi sana sini
namun masih ada yang membenci
mencari ruang untuk menyakiti

entah apa yang didengki
pada insan yang sebegini
hidupnya untuk berbakti
tiada sekelumit kepentingan diri

Friday, November 20, 2009

Cari lah hatimu

Imam Ghazali : “ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

oleh:lutfi

Monday, November 16, 2009

Along dengan ketumbitnya

Inilah picture sewaktu ketumbit along dibedah dan inilah first experience aku tengok pembedahan  secara live. Takut sangat rasa...tapi disebabkan kesiankan along aku kuatkan semangatku. Hampir setahun ketumbit ini melekat kat mata along..tak nak pecah langsung  tapi semakin membengkak. Puas aku pujuk along untuk  jumpa doktor tapi dia tak nak....tambah-tambah kalau ajak pi kat klinik pakar...tak rela katanya sebab kosnya mahal. Itu la sifat along..terlalu kedekut dan jimat. Dek kerana kesian dan mata along hampir tertutup aku paksa juga along ke klinik pakar mata dekat Perda...Lagi pun waktu tu sekolah dah nak buka dan along jadi AJK minggu silaturahim...Dia pun terasa segan bila tengok matanya mcm tu...nak tackle freshie la katakan...Dia pun setuju tanpa membantah...Hampir sejam juga mata along diproses...rupa-rupanya ketumbit itu tak ada mata...dan nanah tak boleh keluar. Sebab tu la makin hari makin membengkak. Waktu dok menunggu sebelum tiba turn along...aku tengok dia diam saja dan mulut dia kumat- kamit. Aku ingat dia takut...rupa-rupanya dia dok baca ayat Kursi supaya kos pembedahan tu murah......along2...itulah anak umi yang paling jimat dan kedekut....nak jadi Haji Bakhil agaknya..hehehehehe....

Kucingku


Aku amat suka pada binatang peliharaan….Sepanjang hidupku aku selalu ditemani….tak pernah rasa sunyi. Zaman kanak-kanak, aku tak ada teman sepermainan…binatang peliharaan lah menjadi teman setiaku......ayam, kambing, biri-biri dan kucing….binatang-bintang inilah yang mengiringi perjalanan hidup zaman kanak-kanakku. Aku rasa tenang sekali, jiwa rasa terhibur dan terlalu luhur kasih sayang yang diberikan. Namun kini…jiwaku
Foto: Dik Ah
terasa kosong, tak ada lagi teman-temanku itu. Dua tahun lepas aku ada memelihara 2 ekor kucing. Aku namakan mereka Dik Ah dan Dik Abu..aku memelihara kucing-kucing ini sejak kecil…Disebabkan aku tinggal di flat, aku terpaksa melatih kucing-kucingku ini pandai menggunakan toilet. Sehari empat kali aku terpaksa membersihkan toilet ku ini…tapi aku rela kerana terlalu sayangkan kucing-kucingku ini….Dik Ah dan Dik Abu memang pandai menyesuaikan diri. Hubby ku pada mulanya tidak suka pada kucing-kucing ini tetapi terpaksa beralah demi aku dan anak-anak….Lagipun Dik Ah dan Dik Abu ni jenis kucing yang baik dan pandai ambik hati….Hari berganti hari, tak sedar Dik Ah dan Dik Abu dah besar dan mula pandai bawa diri…Dari yang suka bermain bersama-sama mereka dah mula berkelahi kerana kedua-duanya adalah kucing jantan..Sedih aku tengok Dik Abu yang sering kena buli dengan adiknya….Dik Ah. Dik Ah ni dah la besar, kasar pulak berbanding Dik Abu yang lembut dan suka beralah. Satu hari dek tak tahan tengok Dik Abu kena buli, akupun marah dekat Dek Ah…rupa-rupanya Dik Ah ni terasa hati…merajuk dan terus bawa diri dan tak balik2 lagi….Puas aku cari Dik Ah ke sana sini…tapi hampa dia dah tak kembali lagi padaku. Sedihnya hati tuhan saja yang tahu….Selepas kehilangan Dik Ah, Dik Abu kelihatan murung sekali…Makan minumnya pun dah tak menentu…Lagi sedih lah aku dibuatnya. Selepas dua bulan Dik Ah hilang, Dik Abu pula pergi…mungkin dia pergi mencari adiknya….Aku dan anak-anak cuba mencari kedua-dua beradik kucing ni. Semua market, masjid dan surau kami cari…tapi hampa kucing yang dicari tak juga ditemui…Sedih dan rasa kehilangan yang teramat…Tiga bulan sebelum aku datang ke sini, aku dan family berpindah dari Permatang Pauh ke Kulim..Anak ku yang bongsu turut berpindah sekolah…Satu hari dia balik dari sekolah bersama seekor kucing yang amat aku rindui…. dia jumpa Dik Abu kat sekolah barunya. Jauhnya Dik Abu berjalan….dari Permatang Pauh ke Kulim….Happynya hati tuhan saja yang tau..Jauh di sudut hati aku masih lagi menanti…bila Dik Ah nak kembali. Namun aku tetap berpuas hati kerana Dik Abu dah ditemui. Dan yang paling membuatkan aku terasa sedih…seminggu sebelum aku dan family bertolak ke sini..Dik Abu seakan mengerti dia akan ditinggalkan kami…Selama seminggu dia tidak ke mana-mana…asyik termenung dan merenung kami tanpa puas. Manjanya tuhan saja yang tahu…Kami bertolak ke sini dengan pandangan sayu dari Dik Abu…Tak tahu la apa yang terjadi kat Dik Abu di kala ini…Kalau ada khudrat sudah pasti Dik Abu akan ku bawa ke sini…namun apa kan daya…Dik Abu terpaksa jua kutinggalkan tanpa jagaan. Harapan dan doaku moga Allah sentiasa memeliharanya……!!!!!





Dik Abu: moga dapat tuan yang baik untuk menjaganya

Friday, November 13, 2009

Familyku

Along akan menduduki SPM tak berapa hari lagi...Moga along boleh menjawap semua soalan untuk semua subjek yang diambil dengan tepat...Umi tak dapat bantu along apa2..hanya doa umi mengiringi along di sana. Umi yang terlebih rungsing ni....Angah pula dgn exam hujung tahun. Umi harap sangat angah dapat ditukarkan ke kelas yang terbaik tahun depan...PMR dok nanti angah tu....Walau jarak memisahkan kita, namun kita terlalu dekat di hati. Sabar la...bulan 12 nanti kita akan bersama kembali. Adik Maira dah boleh speaking English dah..walaupun ada yang sangkut2...tapi dia dah berani untuk communicate dgn sapa saja...Quran dia tak habih baca lagi...Tiap-tiap malam kena jerkah dengan abah sebab baca tak kena dan tak lancar....Umi lagi suka dia didera macam tu...biar dia pulun sikit..nanti cepat boleh khatam quran. Kaki abah dah nak semboh...tapi dia masih tak boleh berjalan tanpa tongkat. Umi cukup rungsing sekali..takut luka tu terjadi lagi...Umi harap sangat abah sihat..umi boleh fokus terhadap study umi...Memang perjalanan hidup family kita berliku..tapi terima lah dengan hati yang terbuka...siapa la kita nak mempersoalkan semuanya itu...Apa yang telah terjadi pada kita, ambil lah iktibar dan pengajaran untuk meneruskan perjalanan ke hadapan....Moga kita beroleh keberkatan, kekuatan iman dan sentiasa tabah menghadapi apa jua rintangan....Untuk anak2 umi, doa untuk umi dan abah..moga umi dan abah dapat menjejak kaki ke bumi berkah Mekah dan Madinah dalam masa yang terdekat...Rasa dah tak sabar untuk menjadi TetamuNya...

Thursday, November 12, 2009

Hubby ku dan ujian penyakit untuknya

Inilah gambar kaki hubbyku....kesian dia, terpaksa melalui ujian penyakit kencing manis sejak 10 tahun yang lalu. Bermula dengan hanya melecik sebesar biji jagung dibahagian bawah ibu jarinya kakinya, lukanya merebak hingga terpaksa dipotong ibu jari kakinya. Luka itu tak berhenti di situ sahaja  merebak dan terus merebak...Beberapa kali keluar masuk hospital dan menerima pelbagai rawatan ....Hanya doa dan terus berdoa agar kaki ini dapat berfungsi seperti sedia kala....Penyakit kencing manis memang amat merbahaya jika tidak dijaga. Pada yang belum kena atau yang sudah ada penyakit ini....jaga-jaga lah. Jangan sampai terlambat...


Dua tahun lepas, hubby ku terpaksa menerima hakikat ibu jarinya terpaksa dipotong....amat perit untuk menerimanya.





Selang dua bulan bahagian bawah kakinya pula buat hal...waktu ni aku amat takut sekali. Hubby ku selalu demam, tak lalu makan dan sering muntah2. Perutnya dipenuhi angin. Aku tak tahu rupa-rupanya itu lah tanda-tanda jangkitan kuman sedang merebak di kakinya....Nasib baik hubby ku segera mendapat rawatan, kalau tak....mungkin dia terpaksa hilang kakinya pulak...Nasib baik tuhan masih memperkenankan doa kami. 2 minggu aku berpuasa nazar demi kaki ini yang masih dapat diselamatkan.

Sebulan sebelum bertolak ke sini...luka ini jadi lagi.....terpaksa dibuang isi  di sebelah atas kaki. Teruk juga hubbyku waktu ini. Tambahan pulak dia keseorangan. Aku dah berada di sini selama 3 bulan. Terpaksa bergegas balik....Selepas semua urusan visa selesai, aku bawa dia ke sini selepas seminggu dia keluar dari hospital...Seribu satu macam perasaan aku di kala itu. Takut penyakit itu berulang lagi....Hanya doa dan tawakkal mengiringi perjalanan kami ke sini. Moga-moga penyakit itu tak jadi lagi dan terus hilang di sini...Sekarang kaki hubbyku dah semakin sembuh tapi dia tidak boleh berjalan seperti dulu lagi...kami hanya mengharapkan keajaiban mengunjungi kami.............Moga dia boleh berjalan lagi...


Dalam dok sakit-sakit macam tu...masih boleh berposing depan kereta orang. Perangai gila kereta dah sebati dalam diri hubbyku.....Layan je la....

Wednesday, November 11, 2009

Harapan untuk keturunanku dan negaraku

Aku jealous tengok citizen kat sini study. Depa tak perlu bayar apa-apa untuk study...even yang dapat PR pun boleh tumpang sekaki. Cuma depend kat depa nak study ke tidak je...Tapi kat negara ku tercinta mengapa tak blh buat mcm ni. Nak masuk universiti kalau tak ada duit tak dapat belajar la.....semuanya nak pakai duit...Dah la tu kena berhutang pulak. Interestnya boleh tahan.....Biasiswa dah terlalu kurang. Ni berlaku di zaman aku, zaman anak dan cucu aku entah la.....Apa la yang akan berlaku pada nasib mereka....Dan yang paling aku takut, terjamin kah keperibadian dan keutuhan iman mereka. Terlalu teruknya pelbagai gejala yang melanda.....murtad dah terlalu berleluasa...keruntuhan akhlak dah jadi perkara biasa. Aku ingin mewariskan anak-anak yang soleh solehah untuk bekalanku dan menjadi pelapis pemimpin yang ada....namun cabarannya terlalu getir, mampukah anak-cucuku menangkis semuanya ini......Ya Allah selamatkan lah hamba-hambaMu...Kurniakan lah keturunan yang soleh solehan untuk kami. Bantulah kami untuk Islam tegak kukuh di bumi M’sia ini...Amin!!!!!!!!!!!!!

Malaysia tanah air ku

Aku pening dengan scenario yang melanda negaraku M’sia....Aku amat mencintai tanah tumpah darahku ini..tak ada tempat lagi yang nak dituju melainkan kembali kepadamu M’sia...Namun makin hari kebimbangan makin membusar dalam diriku..apa kesudahannya negaraku ini. Ke mana hala tujunya.......


Pemimpin sudah tidak pedulikan rakyat

ekonomi makin gawat....

kos hidup makin meningkat....

gejala sosial dan jenayahnya macam negara barat

kes murtad dah tak larat nak dengar

ulamak diperalat

rasuah dah jadi adat........

kehakiman adil untuk kaum kerabat

aduhai peritnya.......Kemana hilangnya martabat...........

Bagi aku kat sini, yang paling aku terasa Ringgit Malaysia makin menjunam...masa mula-mula aku convert RM ke AUD dulu tak la terasa sangat..dapat banyak juga. Tapi la ni tukar RM 1000 dapat lebih kurang AUD 300 je.....sayang duit gaji aku........dapat ciput je... Sabar je la!!!!!!!

Monday, November 9, 2009

Lab Training

Hari ni Isnin 9/11/09....hari yang amat memenatkan...sehari suntuk aku kat Lab. Training untuk buat semua experiments untuk research ku. Aku amat kagum dengan budaya Aussie ni. Mereka kurang pasarana berbanding di negara M’sia. Kalau nak dibandingkan Lab aku kat UiTM dengan Lab kat sini, sepuluh kali ganda lawa lab aku dan banyak peralatannya berbanding kat sini...tapi sayang kat sana hanya 50% peralatannya yang digunakan. Di sini mereka memaksimumkan penggunaan peralatan dan ruang...Lab depa tak la cantik tersusun kemas macam lab kat sana...nampak macam bengkel besi buruk sahaja...tapi researchnya alang kepalang...Graduan PhD nya pun dah terbilang...Aduhai bila la budaya macam ni akan wujud ditempatku...sedihnya bila duit yang banyak diperuntukan tapi hasilnya tidak sepadan.....

Stresssssssss................

Sukarnya nak menangani emosi sendiri...

Dikala anginnya tenang, memang mendamaikan
Senang didampingi dan senang difahami...
Tapi bila bad moodnya datang.....
masyaallah... semua lari lintang pukang
aduhai badan....terlalu kompleksnya ciptaan
tak terjangkal dek akal fikiran
pagi rasa suka, bila petang masam mencuka
bila emosi tak terkawal, banyak yang jadi habuan
letihnya badan, minta orang lain faham...
tapi yang lebih malang, diri sendiri pun tak faham
apa yang terjadi di luar kawalan
kerana emosi yang memang tak ketahuan
di mana hujung dan di mana pangkal
asyik nak marah melepaskan geram
kesiannya dekat orang-orang yang jadi mangsa keadaan.....

Stresssssssssnya.......!!!!!!!

Summer kian menjelang

Hujung minggu yang membosankan....

diwarnai dengan panasnya cuaca luaran...
35 degree yang membahangkan
di negara sendiri menjadi kebiasaan..
tapi di sini....mak oiiiii..tak tahan...

Panas dalam kekeringan
summer dah mula menjelang...
makin ramai la yang separuh telanjang
rasa malu nak berpandangan..
hakikatnya itu la pakaian
bila malu sudah diabaikan.........

Minah-minah salleh dah start tayang bodi
pakai baju tak sampai sekaki.....terdedah kat sana sini
kalau nak tengok aksi..mai la sini.. join sekali......

Friday, November 6, 2009

Kembali ke pangkuan Tuhanmu



Wahai jiwa-jiwa yang kacau, kembali lah kepada tuhanmu. Berprasangka baik lah terhadap tuhanmu. Serahkan seluruh jiwa dan pengharapan mu kepadaNya. Sesungguhnya Dia tidak pernah lupa dan meminggirkanmu walau sesaat. Hanya kita yang selalu lupa dan alpa padaNya......Ya Allah amponilah diri ini wahai tuhanku, terlalu banyak yang aku lakukan menyimpang dari suruhanMu, kembalikan lah aku ke landasan keredhaanMu. Sucikan hati ini dan hiasi lah diri ini dengan keikhlasan ...Damaikanlah jiwaku ......................Amin!!!!!!!


Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan).



Thursday, November 5, 2009

Tangki wetland ku dah siap

Hari Rabu, 4/11/09, aku ke school macam biasa...membaca apa yang patut untuk research aku. Tgh tu aku buka e-mail, Leanne inform aku yang semua tangki-tangki wetland aku dah siap...Dia suruh aku turun ke lab tengok apa patut. Lepas solat Zohor, aku turun ke lab...happynya aku tengok..semua tangki-tangki wetland aku dah tersusun elok. Semua batu-batu yang telah aku cuci disusun rapi berdekatan dengan tangki-tangki tu...respect sungguh aku kat Leanne ni..dlm dok pregnant tu dia boleh buat semua tu...tak panggil aku tolong dia pun. Dah la projek tu projek aku..rasa malu pun ada. Petang tu aku minta tlg hubby aku kat lab. Kesian dia...dalam keadaan berjalan dengan tongkat tu dia masih mampu tolong aku.....Kalau nak harap aku buat sorang2 semua keja-keja tu alamat patah pinggang la jawapnya. dah la pinggang aku ni jenis 2nd hand..tak boleh buat keja berat...Sabar je la. Harap-harap projek aku ni menjadi nak memberikan aku PhD....Ya Allah tlg lah hamba mu ini....

Tengahari bersama Sara

Hari Selasa 3/11/09..pagi-pagi aku dah ke lab. Nak basuh batu yang baru sampai semalam..Batu zeolite ni kecik sangat sizenya..0.2 hingga 2 mm ja...Letih sungguh membasuhnya..terlalu kotor dan berdebu. Nampak macam buruh kasar ja aku buat keja ni. Dah la tu tempat aku dok basuh batu-batu tu adalah laluan awam...kadang-kadang terasa juga segannya. Lantak je la...Dah keja aku, kena buat juga la. Ptg Isnin aku call Sara kat Warrnabool..dia kata nak datang ke Geelong untuk hantar pengasuh anaknya balik ke M’sia. Dia akan bermalam kat rumah Rima. Rasa bersalah kalau aku tak jemput dia datang ke rumah aku. Setelah berpakat dengan Khaleeda, kami akan jemput Sara makan tengahari kat rumah aku. Menu dia di bahagi dua. Khaleeda akan buat air asam dengan sambal belacan, aku masak nasi, ikan bakar, sayur campur dan daging goreng. Lepas basuh semua batu-batu tu..aku kelam kelibut balik utk masak tengahari. Tetamu dah sampai nak makan, aku tak siap masak lagi....gelabah biawak aku dibuatnya..namun segalanya beres juga...alhamdulillah...

Monday, November 2, 2009

What makes a good PhD student?

Some tips for PhD students.


Doing a PhD should be fun and rewarding, because you can spend all your working time discovering things and pursuing ideas — and getting paid for it, without any administrative responsibilities. Those who stick with a career in science do so because, despite the relatively poor pay, long hours and lack of security, it is all we want to do.

Unfortunately most new PhD students are ill-prepared, and as a consequence very few will fulfill their aspirations to be independent scientists. The main reasons for this are the 'grade creep' inherent at most universities, making it difficult to identify the really talented first-class graduates from the rest, and the pressure on universities to graduate as many PhD students as possible. The consequence is that we enroll far too many of them without telling them clearly what doing a doctorate should entail. We therefore set ourselves, and the students, on a path of frustration and disappointment.

So what should we be telling prospective PhD students?

• Choose a supervisor whose work you admire and who is well supported by grants and departmental infrastructure.

• Take responsibility for your project.

• Work hard — long days all week and part of most weekends. If research is your passion this should be easy, and if it isn't, you are probably in the wrong field. Note who goes home with a full briefcase to work on at the end of the day. This is a cause of success, not a consequence.

• Take some weekends off, and decent holidays, so you don't burn out.

• Read the literature in your immediate area, both current and past, and around it. You can't possibly make an original contribution to the literature unless you know what is already there.

• Plan your days and weeks carefully to dovetail experiments so that you have a minimum amount of downtime.

• Keep a good lab book and write it up every day.

• Be creative. Think about what you are doing and why, and look for better ways to go. Don't see your PhD as just a road map laid out by your supervisor.

• Develop good writing skills: they will make your scientific career immeasurably easier.

• To be successful you must be at least four of the following: smart, motivated, creative, hard-working, skilful and lucky. You can't depend on luck, so you had better focus on the others!

Source :Georgia Chenevix-Trench is principal research fellow at the Queensland Institute of Medical Research, Royal Brisbane Hospital, Herston, Australia.

PhD dan kebimbangan..

Hari ni mood aku x menentu. Pagi-pagi pi school macam biasa...check e-mail, baca apa yang patut, lepas tu pi lab. Check pump dan water level dalam tangki wetland ku..Alhamdulillah nampak ok ja..Jumpa Leanne, dia kata zeolite aku dah sampai....kena basuh batu lagi....Esok la aku basuh..hari ni rasa x ok sangat. Rasa takut dan kurang confident tentang PhD ni..aku pun tak tau pasai apa....Aku pun cari apa yang patut untuk mengembalikan semangat dan confident yang hilang.....harap2 ia membantu

The seven secrets of highly successful PhD students

Researchers who know and make use of these seven secrets get through their doctorate more quickly, and just as importantly are happier, according to the Staff Development and Training Unit, Flinders University, Australia.

1. Care and maintenance of your supervisors
* Meet regularly with your supervisors (even if they think it is not that necessary)
* Discuss and negotiate your progress regularly
* Understand your different styles. If your supervisor keeps wanting you to follow up new leads and you are happy to, and you are five years into your study, it is time to get some outside perspective and guidance
* If it is not working out, do something about it. Don't just think it will get better or that you can do it on your own
2. Write and show as you go: This is show and tell, not hide and seek
* Always write and show as you go. If you are reading and not writing, after about 3 or 4 weeks you will forget what you have read
* Writing and showing your work forces you to stay on track and refine your thinking
* Writing is helpful because at the end you can't hand in your head full of lots of good ideas
* Set deadlines for your writing and handing in. People generally don't write because of issues of perfectionism, so avoid this with deadlines
* Generally it is a good idea to write journal articles (on your exact thesis topic), as you go
* Practice writing with your peers, this can be very effective
3. Be realistic: It's not a Nobel Prize
* When you are doing PhD you are learning how to do a PhD, you are not expected to know this in advance
* Original work does not mean a cure for cancer. In reality it means one small step in advancing existing knowledge
* Do not go off on tangents in the hope of answering 'The question', stay focused
* You have a cast iron guarantee right now that your thesis will not, cannot and probably should not, be perfect
* Separate yourself from your PhD. It's a bunch of thoughts on a piece of paper, it's not you. Put it in perspective
4. Say no to distractions: Even the fun ones and the ones you think you must do
* Set priorities and be realistic about what you can do
* Do the important rather than the immediately urgent
* Cleaning scum build-up from the shower may be more fun than your PhD, but it won't get the thesis done. Resist this and other urges, and keep writing!
* The golden rule to avoid over-commitment is don't let anything eat into your set study times, or as you would with a job, make the time up if interruption is unavoidable
5. It's a job: That means working nine to five but you get holidays
* You may not work from nine to five, but you definitely need fixed hours. Otherwise how should you know when you should be working?
* Set up a proper workplace. A bus station, university corridor or the lounge room with a TV on are not proper work areas
* Like a job, if you take time off, make it up somewhere else. You wouldn't just not show up to work for three days with no consequences
* Set deadlines and targets. There are very few jobs where the boss says "I'll see you in three years time with that report"
* When you stick to your work times, you get guilt-free time off in the evenings and holidays (like a job). Don't try to squeeze more out of yourself. You'll just kill the goose that lays the golden eggs
6. Get help: You are not an owner-operator single person business
* This means you are allowed to get help. Not only are you allowed, but you will greatly reduce time and effort if you do
* Get help from statistics consultants, editors, methodologists, academics, peers, your supervisors...
* Use any and all formal assistance in the university/institution including tutors and graduate schools, skills development and faculty staff
7. You can do it: A PhD is about intelligence and persistence
* You would not have got this far if you did not have the intelligence to do it. If you feel like impostor, be reassured that most people doing a PhD feel that way
* Persistence is at least as important ingredient; this comes from habits like meeting regularly with your supervisors, treating PhD like a job etc.
* So in fact the final habit of a highly effective PhD researcher is to know and believe that you can do it, and when the going gets tough, keep going!

Saturday, October 31, 2009

Ikan termenung

Hari ni 31/10/09 aku tak ke mana-mana...malam tadi aku dengan Khaleeda masak kari ala-ala mamak. Pagi tadi aku jemput Irwan and family, Anis and family, Mila dan adik-adik bujangku...Nizam, Khaleeda dan Amy makan tengahari kat rumah ku...Menunya simple ja...kari, ikan bakar cicah dengan air asam, ulam petai jeruk, timun dengan sambal belacan dan sayur kacang. Sedap juga bila lama tak makan mcm ni...Tapi ikan bakar ku dari jenis leather jacket ja...ikan termenung x ada...aku dah sampai tahap mengidam nak makan ikan termenung ni..malang sekali kat Geelong ni ikan termenung tu tak ada ....sabar je la. Masa kat M'sia ikan ni buat x kisah sangat, kat sini, bila dah x ada baru la terasa betapa sedapnya ikan tu....




Friday, October 30, 2009

Aku dan cuaca kat sini....

Hari ni Khamis 30/10/09..sehari lagi aku melangkah kat school Science and Technology kat Deakin University campus Waurn Pond..Cuaca hari agak cerah seperti hari-hari lain dalam minggu ini. Musim summer seakan mula menampakkan diri...Suhu hari ni dah 25 degree Celcius, agak selesa bagi ku orang khatulistiwa ni. Jika sebelum ni masa musim winter dan awal spring aku agak tertekan kat sini. Sejuknya...padahal kat UK dan lain-lain negara lagi la sejuk. Aku rasa salah satu cabaran belajar kat oversea ni adalah cuacanya. Kita tak biasa rasa sejuk pada suhu kurang 10 degree...rasa sejuk sesangat seakan menyucuk2 tulang belakang...Pakai baju pulak berlapis-lapis..sabar je la..Yang paling tak tahan bila waktu malam.....lagi la terasa sejuknya. Nak buat kerja pun tak boleh, tak terlawan rasa sejuk. Nak pasang heater selalupun kena fikir dua tiga kali, kos elektrik dan gasnya agak tinggi pada waktu-waktu mcm ni. Ratenya lebih tinggi berbanding musim-musim yang lain...Nak tidur malam, nasib baik la ada blanket elektrik, kalau tak, tak lena la jawapnya.....sejuk sangat.....Bila dah kena macam ni baru la terasa bertuah duduk di negara sendiri. Cuaca kita biar pun terasa panas sedikit tapi tak la berubah-ubah dgn drastic sekali macam ni....Tapi yang seronoknya kat sini bila musim spring macam waktu-waktu ni. Pelbagai pokok akan berbunga..even rumput2 pun berbunga....betapa cantiknya ciptaan tuhan. Orang-orang kat sini pula suka ada landscape sendiri kat rumah-rumah...lagi la cantik apabila pokok-pokok ni semua berbunga...beraneka warna dan bentuk..tak puas mata memandang...Alhamdulillah kerana aku berkesempatan merasai semuanya ini di usia yang meniti senja....Moga hari-hariku di sini dapat aku lalui dengan penuh makna...







Imam As-Syafie (2).

Imam Ahmad Bin Hanbal pernah mengatakan bahawa Rasulullah pernah menyatakan bahawa Allah s.w.t. akan menurunkan seorang yang membawa pembaharuan dalam agama dalam masa tiap?-tiap seratus tahun. ?Umar Bin Abdul Aziz diutus untuk seratus tahun yang pertama, dan aku berharap untuk abad kedua adalah Imam Syafie sendiri?, katanya. Demikian pendapat daripada Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri sebagai mencerminkan kebesaran dan keutamaan Imam As Syafie.


Imam Syafie dilahirkan di Gazza, Palestin pada tahun 105 H menurut pendapat yang termasyur. Adapun salasilah keturunan Imam Syafie adalah Abdullah Bin Idris bin Al Abbas, Uthman Bin Syafii Bin Ubaid Bin Abu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Muttalib Bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Rasulullah pada datuk Rasulullah, Abdul Manaf. Kerana itulah Imam Syafie diberi gelar dengan anak paman Rasulullah. Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil, lalu dibawa oleh ibunya ke Mekah ketika berumur dua tahun, hidup sebagai anak yatim.

Ketika mudanya Imam Syafie hidup dalam keadaan miskin sehingga beliau terpaksa mengumpulkan batu-batu, tulang belulang dan pelepah tamar untuk dijadikan catatan, dan kadang-kadang beliau pergi ke tempat orang banyak berkumpul, meminta kertas guna menyalin pelajaran. Beliau mampu menghafal Al Quran juga menghafal dan menulis hadis ketika kecil lagi. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah nahu saraf dan untuk itu pernah mengembara dan tinggal bersama kabilah Huzail lebih kurang selama 10 tahun. Kabilah Huzail itu terkenal paling baik bahasa Arabnya dan beliau banyak menghafal syair-syair kabilah tersebut.

Walaupun Imam Syafie pada waktu mudanya banyak mempelajari bahasa Arab tetapi Allah menempatkan beliau dalam keadaan yang menyebabkan beliau mendalami ilmu fiqh. Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari Mas'ab mendapati Imam Syafie sedang mempelajari syair dan nahu lalu bertanya, ?Untuk apakah ini? Jika engkau mempelajari fiqh dan ilmu hadis tentu lebih sesuai untukmu.? Pada kali yang lain Mas'ab datang menemui Imam Malik meminta supaya beliau bersedia mengajar Imam Syafie. Dengan demikian Imam Syafie dapat mempelajari banyak sekali ilmu pengetahuan dari Imam Malik, seolah-olah tidak satu ilmu Imam Malik yang diperdapatnya dari guru-gurunya di Madinah dibiarkan berlalu demikian sahaja oleh Imam Syafie. Kemudian beliau mengembara ke Iraq, belajar dengan Muhammad AI Hassan.

Satu lagi riwayat yang jelas ialah bahawa Imam Syafie juga belajar di Mekah sebelum menemui Imam Malik. Di Mekah beliau menjadi seorang yang pintar dan dipercayakan oleh gurunya iaitu Muslim bin Khalid Az-Zinji untuk memberi fatwa. Walaupun demikian beliau merasa belum puas dengan ilmu yang telah dimiliki itu, lalu berpindah belajar ke madinah dengan Imam Malik. Di sana Imam Syafie dapat menghafal seluruh isi kitab Al Muwattha' berkat dorongan yang diberikan oleh Imam Malik dengan mengatakan bahawa yang Allah telah menyinari hati beliau dengan nurNya dan jangan nur itu dipadamkan dengan berbuat maksiat. Imam Syafie giat sekali mempelajari fiqh dan hadis sampai Imam Malik meninggal dunia pada tahun 170 H.

Setelah Imam Malik meninggal dunia, Imam Syafie yang ketika itu masih lagi dalam lingkungan usia remaja, ingin pula mencari pekerjaan untuk mengatasi kemiskinannya. Ketika Gabenor Yaman datang berziarah ke Hijjaz, dia diserahkan oleh beberapa orang Quraisy supaya mengangkat Imam Syafie bekerja di Yaman. Beliau akhirnya bekerja di Najran dan di sebabkan ketinggian akhlaknya Imam Syafie telah mendapat kepercayaan Gabenor.

Pada suatu hari Imam Syafie dituduh bersubahat dengan sepuluh orang penyokong Umawiyin yang membantah perlantikan Khalifah. Semua yang tertuduh itu diperintahkan oleh Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihadapkan kepadanya untuk dihukum dengan memukul tengkuk masing-masing.Ketika sampai pada giliran Imam Syafie, beliau berkata, ?Perlahan sedikit hai Amirul Mukminin. Tuan adalah berkata, yang menyuruh datang sedangkan aku adalah orang yang disuruh datang. Tentu saja tuan boleh berbuat apa pun, sedangkan aku tidak dapat berbuat apa pun. Hai Amirul Mukminin, ada dua orang, yang satu menilai aku sebagai saudaranya sedangkan yang lain menganggap aku adalah hambanya, menurut pendapat tuan manakah yang lebih sayang kepadaku??.

Tentu orang yang mengaggapmu sebagai saudaranya,? jawab Al Rasyid. ?Engkau seharusnya demikian wahai Amirul mukminin!? sambung Imam Syafie lagi. ?Kenapa?? Tanya Al Rasyid. Beliau lalu menjelaskan, ?Engkau adalah anak Al Abbas. Al Abbas anak Ali. Dan kami dari keluarga bani Al Muttalib. Maka kamu harus memandang kami sebagai saudaramu. Sedangkan orang-orang Umawiyin memandang kita sebagai hamba sahaya.? Dengan lega Al Rasyid berkata ?Wahai anak Idris, sampai berapa jauhkah ilmumu tentang AI Quran?? ?AI Quran dari segi apa yang tuan maksudkan? ? tanya Imam Syafie kembali. ?Dari segi hafalan,? kata AI Rasyid lagi.

Imam Syafie menjelaskan, ?Aku telah menghafal AI Quran keseluruhannya. Aku telah mengetahui tempat perhentian dan tempat memulai membacanya. Aku mengetahui mana nasakh dan mana pula mansukhnya, mana yang gelap dan mana yang terang, ancaman dan pujukan dan aku mengetahui pula mana yang ditujukan kepada hal-hal yang khusus dan mana pula yang ditujukan kepada hal-hal yang umum, serta mana pula yang diungkapkan dengan kata-kata yang khusus tetapi maksudnya umum.?

Setelah bersoal-jawab dengan Khalifah nampaklah oleh Khalifah Al Rasyid akan kepintaran Imam Syafie yang luarbiasa lagi mengkagumkan hingga akhirnya Al Rasyid bertanya, ?Apakah yang akan engkau nasihatkan kepada Amirul Mukminin?? Imam Syafie lalu menjawab menasihatinya dengan suatu nasihat yang berasal dari Tawus Al Yamani yang sangat berkesan sekali kepadanya, sehingga Al Rasyid menangis mendengarnya, lalu memberi beliau hadiah dan harta yang banyak.

Imam Syafie pernah berkata, ?Siapa mempelajari Al Quran akan tinggilah ilmunya. Siapa yang menulis hadis, kuatlah alasan pendapatnya. Siapa yang suka membicarakan hukum fiqh akan menjadi orang pintar akalnya.? Siapa yang memperhatikan budi pekertinya akan menjadi orang yang baik dan halus. Siapa yang banyak berhitung dan mempelajari ilmu matematik, pemikirannya akan berkembang. Dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya, ilmunya tidak akan berguna sama sekali.?

Sebagai seorang ulama besar sebagaimana halnya dengan Imam Malik, Imam Syafie juga mempunyai murid yang ramai dan antaranya juga muncul sebagai ulama terkenal. Salah seorang murid beliau yang termasyhur ialah Ahmad Bin Hanbal. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah menyatakan, ?Allah Taala telah memberi kemudahan kepada kami dengan perantaraan Imam Syafie, kami telah mempelajari dan menyalin pendapat berbagai ahli, tetapi ketika kami belajar kepada Imam Syafie ternyata beliau lebih ahli dari semuanya itu. Kerana itu kami selalu mengikuti beliau siang dan malam, dan semua yang kami peroleh dari beliau ternyata baik. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada beliau.? Ahmad Bin Hanbal adalah murid beliau yang terbanyak menghadiri majlis Imam Syafie, As Z?aifarani menyatakan bahawa setiap dia menghadiri majlis Imam Syafie, selalu didapatinya Ahmad Bin Hanbal di majlis tersebut.

Ketika berada di Mekah, Imam Syafie telah mengajar di Masjidil Haram hingga ramailah orang yang menziarahi tanah suci berkesempatan mendengarkan uraian-uraian beliau. Di sinilah pula Imam Ahmad Bin Hanbal bertemu dan belajar dengan beliau. Selama sembilan tahun beliau mengajar di Mekah selain itu beliau juga memperdalamkan pengetahuan tentang Al Quran, hadis, ijtihad, kaedah-kaedah usul dan kaedah-kaedah fiqh. Pada tahun 195 H, beliau berpindah pula ke Baghdad. Di sebabkan kemashurannya yang meluas dalam Ilmu fiqh, banyaklah ahli di negeri itu yang datang menemui beliau.Di sinilah pula beliau menyusun kitab ?Ar-Risalah? yang memuat prinsip-prinsip tentang usul fiqh.

Imam Syafie tinggal di Mesir lebih dari 40 tahun, di mana beliau telah menyusun beberapa buah kitab di antaranya, ?Al Um? yang berisikan hukum-hukum tentang berbagai masalah. Dengan demikian nama beliau terkenal di mana-mana sehingga banyak orang dari Syam, Yaman, Iraq dan lain-lain datang belajar kepada beliau. Di sini pulalah beliau menyusun mazhab baru kerana telah berbezanya situasi dan adat istiadat masyarakat yang dihadapi. Di samping mengajarkan ilmu fiqh, beliau juga mengajar ilmu-ilmu lain. Ar-Rabi? bin Sulaiman pernah mengatakan bahawa Imam Syafie mengadakan majlis pelajaran Al Quran sesudah sembahyang subuh sampai matahari naik, kemudian datang pula ahli hadith menanyakan maksud hadith sampai matahari tinggi, kemudian majlis itu mengadakan muzakarah dan mengulangi pelajaran yang lalu. Sepulang mereka, datang pula ahli-ahli syair dan belajar bahasa dan sastera Arab kepada beliau sampai tengah hari.

Ilmu fiqh yang ditampilkan oleh Imam Syafie banyak menulis dalam zaman perkembangan ilmu fiqh penggabungan antara aliran ?naqli? dengan aliran ?Ra?yi?, menggabungkan antara sunnah dengan ?qias?. Beliau juga menetapkan cara-cara untuk memahami al-Quran dan ?mengistinbatkan? hukum, sehingga beliau berhak di anggap sebagai seorang pendiri ilmu usul fiqh. Maka beliau menyusun mazhab fiqh sendiri setelah mempelajari fiqh. Maka beliau menyusun mazhab fiqh sendiri setelah mempelajari fiqh orang Madinah dan Iraq dari ulama yang ahli dan bermazhab yang bersangkutan sendiri, sehingga di Mesir mazhab beliau berkembang dengan pesat, kerana perubahan-perubahan yang beliau adakan berdasarkan perubahan masyarakat dan alam sekitar. Fiqh Imam Syafie menempatkat Al Quran sumber pertama, dan Sunnah, yang menjelaskan dan mentafsirkan Al Quran, sebagai sumber kedua. Mengenai Sunnah, beliau berkata, ?Apakah ada lagi alasan lain dari tuntutan Rasulullah?...Apabila hadis itu sah, itulah mazhabku.?

Apabila beliau menghadapi sesuatu masalah, beliau mencari hadis dulu untuk dijadikan pedoman. Beliau menasihati rnurid-murid beliau agar meninggalkan pendapat yang beliau ajarkan kalau ternyata berlawanan dengan hadith. Fakhruddin Ar-Razi membayangkan betapa besar peranan Imam Syafie dalam rnenyatukan antara hadis dan pemikiran. Imam Syafie banyak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w., cara-cara berdiskusi, mempunyai lidah yang fasih, sehingga dapat mengalahkan ahli fikir yang berusaha menjatuhkan ahli hadith. Imam Syafie juga menjadikan ?ijma? sebagai sumber hukum sesudah Al Quran dan Sunnah dengan beberapa syarat.

Sebelum Imam Syafie membicarakan ilmu usul fiqh, para ahli fiqh mengemukakan dalil-dalil tanpa berdasarkan kepada suatu kaedah umum untuk memperbandingkan antara dalil-dalil untuk memilih yang lebih kuat. Lalu Imam Syafie meletakkan kaedah-kaedah ilmu usul untuk dijadikan petikan dalam memilih dalil-dalil hukum syarak.

Imam Syafie banyak menulis dalam berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Menurut sebahagian ahli sejarah, beliau telah menulis 13 buah buku, iaitu dalam bidang usul fiqh, sastera dan lain-lain. Di antara kitab Imam Syafie yang termasyhur juga ialah ?Ar-Risalah? tentang usul Fiqh. Bagaimanapun kitab beliau yang terlengkap dalam ilmu fiqh adalah ?Al Um?

Satu lagi keistimewaan Imam Syahfii ialah memiliki suara yang merdu hinggakan orang menangis mendengar beliau membaca Al Quran. Beliau juga mengetahui ilmu kedoktoran, mahir memanah dan menunggang kuda. Keahliannya dalam bidang sukan tidaklah dapat dinafikan oleh sesiapa pun.Beliau juga mempunyai lidah yang sangat fasih dan iman yang kuat. Ibnu Rahuwaih berkata, ?Beliau adalah ahli pidato, luas pandangan dan mengetahui rahsia kejiwaan.?

Sebagai seorang imam besar, cintanya terhadap kebenaran adalah demikian besar sekali. Di mana sahaja beliau berada, kebenaran tetap dalam perhitungannya. Beliau tidak segan-segan menarik pendapat yang telah dikemukakan kalau memang ternyata salah, atau ada pendapat lain yang lebih kuat. Kerana itu dalam fiqh beliau, kita dapati ada dua mazhab, ?Al Qadim? (yang lama) dan ?Al Jadid? (yang baru). Beliau menjauhi maksiat dan hal-hal yang tidak baik, kerana selalu ingat kepada nasihat Imam Malik kepadanya yang berbunyi, ?Wahai Muhammad, Allah telah memasukkan Nur ke dalam hati engkau.. Kerana itu janganlah engkau kotori akan diberiNya sesuatu.? Demikian juga nasihat guru beliau Waki? bin Jarrah. Berkata Imam Syafie:

Aku mengadu kepada Waki? tentang sulitnya menghafal pelajaran. Beliau memberitahuku supaya meninggalkan maksiat. Beliau mengatakan bahawa ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan ditunjukkan kepada orang yang berbuat dosa.? Guru-guru Imam Syafie di Mekah pernah menyatakan bahawa mereka tidak pernah menemui kebodohan pada diri Imam Malik. Imam Syafie sangat banyak melakukan solat tahajjud di malam hari. Beliau membahagikan waktu malam kepada tiga bahagian,sepertiga untuk menulis, sepertiga untuk solat tahajjud dan sepertiga untuk tidur.

Namun ketika di usia senja, Imam Syafie sering menderita sakit dalam hidupnya seperti bawasir yang banyak mengeluarkan darah sehingga penyakit ini pulalah yang mengakhiri hayat beliau. Beliau meninggal dunia di Mesir pada malam Khamis akhir bulan Rejab tahun 204 H, dalam usia 54 tahun. Jenazah beliau telah dikebumikan di sebelah barat Al Khanda dekat kuburan Zahrah, sehingga tempat tersebut termasyhur sebagai bukti kebesaran beliau.

Inilah role-model zaman kegemilangan Islam yang boleh dinobatkan sebagai towering personaliti yang hebat dalam semua aspek ilmu pengetahuan. Oleh itu, dengan gagasan Islam Hadhari dapat menyuntik semangat baru kepada Shababul Islam untuk melahirkan 1000 lagi Imam Syafie di akhir zaman ini.







Imam As-Syafie (1)

AL-IMAM al-Syafie atau sebenarnya Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafi'i bin al-Saib merupakan anak murid kepada al-Imam Malik yang paling masyhur. Beliau berketurunan Quraisy. Dibesarkan dan dilahirkan di Chazzah, Palestin. Selepas kematian bapanya, beliau tinggal bersama ibunya dalam keadaan amat miskin di Ghazzah.

Meskipun berada dalam kehidupan susah, namun kemiskinan bukan merupakan batu penghalang baginya untuk menimba ilmu pengetahuan. Berbekalkan kecekalan hati dan semangat yang berkobar diiringi pula dengan doa ibunya, beliau berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Al-Syafie memulakan kariernya sebagai penuntut ilmu di Ghazzah. Pada peringkat permulaan ini beliau belajar al-Qur'an daripada ibunya sendiri serta menghafal kesemua ayat-ayat al-Qur'an yang dipelajarinya. Setelah berumur lebih kurang sepuluh tahun, beliau dibawa oleh ibunya berpindah ke Makkah. Di Makkah semangat beliau untuk belajar semakin berkobar apabila dia mendapati bahawa kota Makkah dihuni oleh para ulama' muktabar.

Pada peringkat awal di Makkah, beliau memulakan pengajian dengan menghafal hadith nabi sahaja. Di samping itu, beliau juga meminjam kitab al-Muwatta karangan al-Imam Malik daripada seorang lelaki di kota Makkah dan menghafalnya. Dengan daya ingatan yang tajam, beliau dapat menghafal dan mengingati keseluruhan isi kandungan al-Muwatta' dalam tempoh sembilan malam sahaja.

Dalam proses menghafal hadith tersebut, banyak hadith yang berkaitan dengan ilmu ditemui. Penemuan hadith dalam bab fiqh, telah menimbulkan keinginannya untuk menimba ilmu fiqh. Tidak cukup dengan apa yang dimiliki, beliau mula menceburi bidang fiqh dan berdamping dengan beberapa ulama' terkemuka di Makkah seperti Muslim Ibn Khalid al-Zinji dan Sufian Ibn 'Unaiyah.

Dalam tempoh perdampingannya dengan ulama' fiqh di kota Makkah, beliau mengambil kesempatan mempelajari fiqh Ahl-Ra'y dan juga fiqh Ahli Hadith serta mengumpulkan segala data ilmiah yang berkaitan dengan kedua-dua mazhab fiqh tersebut. Menurut al-Syeikh Abu Zahrah, "Sesungguhnya al-Syafie telah mengumpul ilmu fiqh Ahlu Ra'y dan ilmu fiqh Ahli al-Hadith dengan kadar yang seimbang".

Selam ilmu fiqh dan hadith, al-Syafie juga meminati bidang kesusasteraan Arab. Lantaran minatnya ini, beliau menjaga lidahnya agar sentiasa bertutur dengan menggunakan bahasa Arab baku. Di samping itu, beliau juga mendampingi kabilah Huzail yang merupakan kabilah Arab yang paling fasih dan paling menguasai syair-syair di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dalam tempoh ini, al-Syafie sempat juga belajar memanah sehingga berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pemanah-pemanah handalan pada masa itu.

Setelah umurnya meningkat 20 tahun, al-Syafie mengambil keputusan menuju ke Madinah untuk menimba ilmu secara bersemuka dengan al-Imam Malik, pengarang kitab al-Muwatta' yang dihafalnya sebelum ini. Kehadirannya di Madinah untuk belajar disambut baik oleh al-Imam Malik. Dalam pertemuan kali pertamanya dengan al-Imam Malik, al-Syafie pernah menceritakan, "Aku tidak pernah merasa hebat serta kagum terhadap seseorang sebagaimana rasa hebat dan kagumku terhadap al-Imam Malik".

Di Madinah beliau setia sebagai murid al-Imam Malik selama 9 tahun sehinggalah gurunya ini meninggal dunia. Sebagai seorang ilmuwan yang rendah diri serta bijak membahagikan masa, beliau sering mengisi masa lapangnya dengan menziarahi kabilah-kabilah Arab lain di padang pasir.

Setelah al-Imam Malik meninggal dunia, al-Syafie kembali sernula ke kota Makkah. Disebabkan kesempitan hidup yang dialaminya, beliau berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. Akhirnya beliau diterima bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Najran. Di sana, beliau bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan Syiah yang sentiasa mengkritik pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Ekoran ini beliau telah dituduh menyertai dan menyokong golongan pemberontak.

Akibatnya, al-Syafie telah dibawa menghadap khalifah Harun al-Rasyid. Dengan mengemukakan hujah yang kukuh, akhirnya beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Dalam proses pengadilan ini juga beliau bertemu dengan Muhammad Ibn al-Hasan, hakim Baghdad pada masa itu. Muhammad Ibn al-Hasan juga merupakan rakan sepengajian semasa sama-sama berguru dengan al-Imam Malik.

Atas dasar simpati ke atas bekas rakan sepengajiannya, Muhammad Ibn al-Hasan memohon dari-pada khalifah Harun al-Rasyid untuk menjamin al-Syafie serta membenarkan beliau menetap di rumahnya. Dalam tempoh sebagai orang jaminan di rumah Muhammad Ibn Hasan, beliau berkesempatan mempelajari fiqh aliran ahlu ra'y daripada tokoh berkenaan. Setelah lebih kurang tiga tahun berada di Baghdad, beliau kemudiannya kembali semula ke Makkah.

Terdapat banyak perbezaan pen-dapat antara mazhab fiqh, Hanafi dengan yang dipelajari. Namun dengan kecerdikan dan keilmuan yang ada, beliau mengkaji pendapat tersebut serta mengolahnya kembali. Dengan itu terbentuklah kaedahnya sendiri yang dikenali sebagai Usul-al-Fiqh.

Setelah sembilan tahun mengajar di Makkah, beliau merasakan penemuan terbaru ini perlu disebarkan demi kepentingan umat Islam. Dengan ini, pada tahun 195 Hijrah beliau memilih Baghdad sebagai pangkalan ilmu dan mengambil langkah untuk menuju ke kota tersebut sekali lagi. Di Baghdad, kelas pengajian yang dianjurkan oleh beliau begitu mendapat sambutan ramai termasuklah di kalangan ulama'. Antara tokoh yang sering mengikut pengajaran beliau ialah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishak bin Rawahaih, Daud al-Zahiri, Abu Tsaur, Ibn Jabir al-Tabari, Abu Yaakub Yusuf Ibn Yahya al-Buaiti, Abu Ibrahim Ismail Ibn Yahya al-Madani, al-Hasan Ibn Muhammad al-Za'farani, al-Rabiah bin Sulaiman bin Abdul Jabbar al-Muradi, dan lain-lain lagi.

Lantaran kebijaksanaan yang dimiliki, muridnya al-Imam Ahmad bin Hanbal menyifat serta mengiktiraf al-Syafie sebagai seorang Mujaddid kurun ke-2. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada sebuah hadith Nabi "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang akan membuat pembaharuan dalam urusan agama".

Sesuai dengan itu, al-Imam Ahmad bin Hanbali turut berpendapat bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang mujaddid pertama.



Dalam usaha menguasai ilmu hadith, Ahmad bin Hanbali pernah mengatakan, "Aku tidak mengetahui tentang nasikh dan mansukh hadith (masalah pemansukhan hadith) sehinggalah aku berdamping dengan al-Imam al-Syafie".

Menurut muridnya, al-Rabiah bin Sulaiman "Al-Imam sentiasa mengetuai majlis ilmu di masjid (Jami' Amr). Apabila beliau menunaikan solat subuh akan datanglah kepada beliau ahli al-Qur'an. Setelah terbit matahari, mereka (ahli al-Qur'an akan beredar dan muncul pula ahl al-hadith bertanya kepada beliau tentang tafsir dan makna-makna hadith sehingga masuk waktu dhuha. Setelah gelincir waktu dhuha, datang pula kepada

Arab(Nahu), Arudh, dan syair. Mereka akan berdamping dengan al-Imam al-Syafie sehinggalah masuk waktu tengah hari"

Selepas beberapa tahun berada di Baghdad, pada tahun 199 Hijrah, al-Syafie mengambil keputusan untuk mengembara dan menetap di Mesir. Di Mesir beliau berpeluang mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan sehinggalah beliau meninggal dunia di sana pada tahun 204 Hijrah dalam usia 54 tahun.

Sebagai seorang ilmuwan agung, beliau turut menghabiskan sisa-sisa umurnya semasa berada di Baghdad dan di Mesir dengan mengarang kitab. Menurut Yaqut al-Hamawi seorang ahli kaji sejarah, sepanjang hayat beliau, selain kitab al-Umm dan kitab al-Risalah, al-Imam al-Syafie sempat menulis sebanyak 174 kitab (risalah kecil) dengan pelbagai tajuk. Semuanya membincangkan segala permasalahan fiqh masa itu. Pengorbanan beliau dalam bidang ilmu amat disanjung. Hasil khazanah ilmiahnya menjadi bahan rujukan para pelajar dan intelektual Islam hingga kini.

Rujukan: Dewan Agama & Falsafah April 2006

Lukman al-Hakim.

Sebilangan ulama? berpendapat bahawa Lukman merupakan seorang nabi namun jumhur ulama menjelaskan bahawa ia merupakan seorang lelaki yang soleh dan beriman kepada Allah. Kisah Lukman mahsyur dan tersohor dalam sarang minda masyarakat adalah mengenai wasiat kepada anakandanya. Namun hakikatnya Lukman juga menjadi role-model dalam sifat amanahnya.


Menurut riwayat, Lukman AI-Hakim merupakan seorang Ielaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki soleh yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam datang menemui Imam Said bin Musayyib dan beliau berkata kepada lelaki itu, "Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenamya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu BiIal, Mahjak dan Lukman al-Hakim."

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj'ii, "Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik. Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging yang terbaik iaitu hati dan Iidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji. Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata, 'Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik yang dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji yang terdapat dalam jasadnya'." Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan al-Hikmah dari Allah. Selain itu, Lukman Al-Hakim juga dikatakan mendapat kedudukan dan maqam yang amat mulia disisi Allah. Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman dengan soalan ini dan beliau menjawab, "Itu adalah kehendak Allah. Walau bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan keatasku, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku."

Salah satu surah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah surah Luqman. la menceritakan betapa amanahnya Lukman al?-Hakim dalam hidupnya. Walaupun beliau sibuk, pendidikan kepada anak-anak tidak pernah sekali-kali diabaikan. Antara nasihat penting yang disampaikan beliau adalah yang berkaitan dengan amanah kepada Allah. Dalam surah Luqman ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan ingatlah ketika Lukman menasihati anaknya, 'Wahai anakku janganlah kamu menyekutukan Allah kerana sesungguhnya syirik adalah satu perbuatan yang zalim'."

Beliau juga menekankan kepentingan beramanah dengan ibadah terutamanya solat. Hal ini kerana melalui solat manusia berhubung dengan Penciptanya. Apabila fenomena ini ber?terusan, kompas hidup manusia tidak terbabas. Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Lukman berkata), wahai anakku tegakkanlah solat." Di samping itu, amanah dakwah juga ditekankan kerana dakwah menjamin kesinambungan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat.

Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku) ajaklah kepada makruf dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu."

Amanah daripada sudut akhlak seperti bersikap sederhana serta tidak sombong dan bongkak dalam hidup juga ditekankan Lukman. Dalam surah Luqman ayat 18 hingga 19, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku), janganlah kamu palingkan mukamu daripada manusia lantaran sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan bersikap sederhanalah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Umumnya, manusia yang beramanah adalah manusia yang berpegang teguh pada agama. Oleh itu, apabila anak Lukman bertanya kepada beliau, "Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara paling asas yang perlu dimilikinya? Jawab Lukman, "Agama."

Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?" Beliau menjawab,

"Agama dan harta." "Jika tiga perkara?"Jawabnya, "Agama, harta dan malu."

Jika empat perkara??Berkata Lukman, ?Agama, harta, malu dan akhlak yang mulia.

Jika lima perkara??Jawabnya, ?Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah.

"Jika enam perkara??

Jawab Lukman, "Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertakwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan."

Kesimpulan daripada kisah Lukman ini ialah pembentukan nilai-nilai murni seperti sikap amanah bermula dalam diri individu setiap insan bukannya menyuruh orang lain bersifat amanah tetapi malangnya dirinya sendiri bersifat zalim. Begitu juga kita tidak perlu menuding jari menuduh orang lain tidak amanah mungkin diri kita lebih tidak amanah. Ibarat kata pepatah ?Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih?. Yang penting, berpegang teguhlah pada agama nescaya bukan setakat sifat amanah yang akan berbuah malah banyak lagi sifat mahmudah yang akan menyerlah?.Insyaalah








Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya Khalifah Islam yang berjiwa besar dan merupakan seorang Khalifah Bani Umaiyah yang paling agung. Watak dan keperibadinya adalah berlainan dengan sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang tegas dan zalim. Jika sebahagian besar daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah banyak menghabiskan kekayaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka tetapi berlainan pula dengan keperibadian Khalifah Umar yang agung dan suci ini. Beliau sesungguhnya adalah seorang khalifah yang sangat bertaqwa terhadap Allah s.w.t. menyukai hidup sederhana dan zuhud serta berusaha kuat untuk mengembalikan pemerintahan negara kembali semula kepada dasar-dasar Islam yang murni. Justeru ketaqwaannya, baginda cuba menegakkan kembali keadilan pemerintah sebagaimana yang pernah berlaku semasa zaman nenek moyangnya Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dan dalam banyak aspek, baginda yang sangat sederhana serta menjauhi kesenangan itu pernah dikatakan sebagai menyerupai kehidupan moyangnya Khalifah Umar Al Khattab yang termasyhur itu.


Nama baginda yang sebenar ialah Abu Jaafar Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin Hakam, keturunan Umaiyali daripada bangsa Quraisy. Baginda dilahirkan di bandar Hilwan dalam tahun 61 H, di mana ayahandanya berkhidmat sebagai gabenor di tempat itu. Ibunya pula ialah Laila Binti A'sim Bin Umar Bin Al Khattab. Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang yang di anggap bertuah kerana dilahirkan dan keluarga yang masyhur lagi di segani oleh rakyat jelata.

Semenjak kecilnya, baginda telah mula menghafaz AI-Qur'an kemudian beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz ke Madinah untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Semasa di Madinah baginda telah berguru kepada tokoh-tokoh ulama?, yang muktabar seperti Imam Malik Bin Anas, Urwah Bin Zubair, Abdullah Bin Jaafar Bin Ali Bin Abu Talib, Yusuf Bin Abdullah dan Said Bin Musaiyab. Setelah beberapa lama di Madinah, baginda kemudiannya dihantar pula ke Mesir untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, baginda dipanggil balik ke Damsyik oleh bapa saudaranya Abdul Malik Bin Marwan yang menjadi Khalifah ketika itu dan kemudian dikahwinkan dengan puterinya Fatimah Binti Abdul Malik.

Umar Bin Abdul Aziz adalah disayangi oleh bapa saudaranya Khalifah Abdul Malik kerana baginda mempunyai peribadi yang luar biasa dan memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang diwarisi daripada datuknya Khalifah Umar Bin Al Khattab yang terkenal sebagai Khalifah yang adil dan perkasa. Maka berdasarkan faktor-faktor itulah baginda telah dilantik oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik memegang jawatan gabenor di Madinah.

Umar Bin Abdul Aziz telah menaiki tahta Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 717 Masihi setelah kematian Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik atas wasiatnya. Setelah baginda memegang teraju pemerintahan negara, baginda dapati bahawa negara Islam di zaman itu tidak lebih dari sebuah negara feudal dan keadaan umat Islam pula telah berada jauh daripada apa yang dituntut oleh agama Islam.

Baginda juga mendapati bahawa anak-anak buah keluarga Bani Umaiyah memiliki istana-istana besar dan tanah yang luas. Mereka telah menggunakan harta kerajaan secara bebas, menindas dan merampas hak rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya. Demikianlah keadaan negara dan umat Islam ketika baginda menaiki tahta Kerajaan Umaiyah. Maka sebab itulah baginda dari sejak mula memegang kekuasaan berikrar untuk mengembalikan semula keadilan dan keiz?zahan ajaran-ajaran Islam kepada kehidupan umat Islam ketika itu walaupun baginda terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. Baginda ingin menjadikan pemerintahan negara sebagai sebuah daulah yang benar-benar berdasarkan kehendak dan ajaran Islam yang suci.

Khalifah Umar sedar akan hakikat sebenarnya yang telah berlaku dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang menyebabkan rakyat merasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya kezaliman dan dasar tindas-menindas dari pihak kerajaan dan pegawai?-pegawainya terhadap rakyat jelata. Baginda telah bekerja keras untuk membawa pelbagai perubahan dan kebajikan terhadap rakyat jelata dalam kerangka mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang sejati.

Usaha kebajikan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan cacian terhadap Saiyidina Ali Bin Abu Talib serta keturunannya sebagaimana yang lazim dilakukan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah ketika Khutbah Jumaat. Cacian ini diwajibkan kepada imam-imam atau khatib-khatib di setiap masjid agar membacanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Amalan mencerca Saiyidina Ali r.a. ini terus menerus diamalkan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah sehinggalah kepada zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Baginda telah memerintahkan dengan keras agar perbuatan yang terkutuk itu dihapuskan sama sekali dan hendaklah digantikan tempat itu di dalam khutbah Jumaat dengan ayat-ayat suci Al Quran.

Satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan bayaran jizyah yang dikenakan kepada orang-orang bukan beragama Islam yang tinggal di negara Islam dan jajahan takluknya. Tujuan baginda berbuat demikian ialah untuk menggalakkan mereka supaya bertambah ramai menganut agama Islam. Dan ini merupakan satu cara untuk meluaskan penyebaran agama Islam.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang Khalifah yang sangat warak dan taqwa serta menyukai hidup zuhud dan menjauhi kesenangan. Corak kehidupannya amatlah sederhana sekali dan bagindalah satu-satunya Khalifah Umaiyah yang bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira perbezaan darjat atau keturunannya.

Langkah yang diaplikasikan untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah senang baginda telah menaikkan gaji kaum buruh sehingga kenaikan tersebut hampir menyamai setengah-setengah gaji para pegawai kerajaan. Demikianlah besarnya perhatian dan kecintaan baginda terhadap golongan umat Islam yang miskin lagi rendah taraf kehidupannya.

Bagaimanapun satu-satunya lagi jasa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang terbesar sekali ialah usahanya dalam memajukan pengajaran dan kepentingan agama Islam di lingkungan umat dan kerajaannya yang luas itu. Baginda telah memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al Hazni di Mekah agar mengumpulkan serta menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu baginda juga telah menghantar pendakwah-pendakwah Islam kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara serta mengajak mereka itu memeluk agama Islam.

Sebagai seorang yang alim dan ahli dalam bidang perundangan Islam, beliau sangat mengambil berat tentang kemajuan ilmu pengetahuan di zamannya. Semua orang -orang Islam diperintahkan supaya berjemaah dan menggunakan bangunan-bangunan masjid untuk mempelajari hukum Islam. Dalam rangka beliau untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara untuk mengajar hal-ehwal agama. Islam di sana. Beliau juga mengambil berat tentang penyebaran ilmu sains dan kedoktoran. Dalam bidang ini beliau memerintahkan golongan cerdik pandai Islam supaya menterjemahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang terkandung dalam kitab-kitab bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab. Penterjemahan ini adalah bertujuan supaya kitab-kitab tersebut dapat dipelajari oleh Umat Islam dan menjadi bahan kajian golongan cerdik pandai Islam ketika itu.

Keadilan adalah satu-satunya dasar pemerintahan yang sangat diperhatikan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz . Dapat dikatakan bahawa di zamannyalah umat Islam sekali lagi dapat menyaksikan ciri-ciri keadilan pemerintah Islam yang terpancar dari ajaran-ajaran Islam yang murni. Semasa pemerintahannya sekalian rakyat dilayan dan diadili dengan saksama tanpa terpengaruh oleh lingkungan pangkat, darjat atau keluarga. Baginda telah melarang keras hukuman bunuh dan potong tangan terhadap seseorang sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan keterangan-keterangan yang jelas dan semua hukuman-hukuman tersebut Selain daripada itu harta rampasan perang tidak boleh dibawa kembali atau dibahagi-bahagikan menurut sesuka hati. Majlis Jemaah Negara pula tidak lagi dibenarkan dengan menggunakan harta kerajaan. Demikianlah gambaran corak pemerintahan yang dijalankan oleh Khalifah agung dari Bani Umaiyah ini yang wajar mendapat sanjungan umat serta ditauladani oleh pemerintah-pemerintah Islam dewasa ini.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Khalifah sangat amanah, adil lagi menyukai hidup zuhud telah meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah tatkala berusia 39 tahun. Walaupun zaman pemerintahannya itu sangat pendek sekali iaitu hanya 2 tahun 5 bulan sahaja namun baginda telah meninggalkan jasa-jasa yang sungguh besar dan mengkagumkan umat di sepanjang zaman. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya yang suci dan meredhai segala amalnya yang baik.