Saturday, December 25, 2010

Angah dan NZ

Aku rasa letih sangat....pada hal tak banyak sangat kerja yang aku lakukan dua, tiga hari ni. May be penat menunggu result PMR angah dan nervous untuk present paper awal Januari ni. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana angah dah berjaya dalam PMRnya. Berbekalkan result 9A, harap2 dia terpilih ke sekolah yang dihajati. Aku hanya mampu berdoa agar angah dapat apa yang terbaik untuk masa depannya. Tak sampai 10 hari lagi aku akan ke NZ untuk present paper buat pertama kalinya di luar Deakin University. Slide presentation tak siap lagi, dok sibuk siapkan paper untuk conference di Bali dan Tunisia pulak. Letihnya....!!!Kadang2 terasa aku banyak mengabaikan family demi untuk diriku sendiri. Maafkan umi !! Dalam keadaan kalut dan tak terurus, umi tetap tidak melupakan semua anak2 umi. Moga umi  dapat tamatkan pengajian ini dgn success dan kita akan bersama lagi. Takutnya nak ke NZ sorang2..moga Allah permudahkan perjalanan ku ke sana.

Thursday, November 25, 2010

Ikhlaskah diri sebelum diuji

Dalam hidup ini banyak sangat perkara yang dilakukan tanpa wujud rasa ikhlas dalam hati. Ada benda yang dilakukan hanya untuk menunjuk2, dan ada pulak hanya untuk mengambil kesempatan. Hanya empunya diri yang tahu apa yang dibuatnya itu ikhlas atau tidak...Kadang2 kita sudah berusaha untuk berlaku ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita dilakukan. Kita cuba membuat pelbagai kebajikan. Tapi kadang2 umpama madu diberi, racun pulak yang dapat...Pertolongan yang diberi, bebanan lain pulak yang tergalas. Rupa-rupanya semakin kita berazam untuk berbuat baik dengan ikhlas semakin tinggi pulak cubaannya. Selalunya kita akan tewas dengan ujian itu kerana kita belum mencapai tahap ikhlas yang sebenarnya....kita masih mengharap balasan baik atas setiap kebajikan yang kita taburkan, pada hal ikhlas itu sebenarnya melakukan sesuatu tanpa ada niat tertentu dan tidak mengharapkan apa2 ganjaran...tinggi sungguh ujian untuk mencapai tahap ikhlas ini....susah untuk lulus apalagi untuk mendapat markah yang cemerlang...selalunya kita akan merungut dan terus merungut apabila perbuatan baik kita tidak dihargai. Kita akan mengungkit satu persatu setiap pertolongan kita yang tidak dibalas dengan sewajarnya apatah lagi jika perbuatan baik itu terus dilupakan....susahnya untuk mendidik hati menjadi ikhlas...dan tak usah lah mengaku apa yang dibuat itu ikhlas selagi tidak betul2 diuji...berdoa untuk mencapai tahap keikhlasan itu, dan bersedialah untuk dinilai dengan ujian keikhlasan dariNya.

Tuesday, November 23, 2010

Wahai pokok2 ku....subur lah

Dah lama aku tak menjengah rumah ni..makin banyak sawang dan berdebu..kesiannya...., makin lapuk tak terurus nampaknya. Hari ni rasa nak singgah sebentar buat melepas serabut di kepala...memang aku betul2 serabut la ni. Aku rungsing betul dgn projek wetlandku...lambatnya progress dan masa berlalu begitu pantas...Banyak pulak halangan dan rintangan. Aku heran dengan phramites australis ni (pokok2ku)...Tak larat dah aku nak membelainya. Lebih sebulan aku semai, namun pucuk baru yang muncul hanya dua tiga batang saja tu pun tak sampai 1/2 kaki tumbuhnya...yang selebihnya mati begitu saja. Yang aku tanam lebih dari setahun pulak macam2 pulak yang berminat. Dua, tiga jenis seranga yang singgah, pada hal kalau kat luar tu pokok2 ni tumbuh meliar ja, tak ada satu serangga pun yang peduli dan minat..terpaksa dibunuh pulak...akibat terlalu banyak dan cepat membiak. Pokok2 aku ni bila naik tinggi sikit banyak la pulak yang singgah dan metetap kat situ..habih disedutnya nutrient yg ada kat pokok tu...kurus melidi dan mati terus....eeeeiiiii geramnya aku. Dah 3 jenis insect spray yang aku guna...nampak mcm kurang berkesan ja....sat lagi bukan serangga yang mati, tapi pokok2 aku pulak yang kojol akibat terlebih racun. Airnya pulak special made...bukan yang natural...sedap sangat kot. Yang aku paling heran, bukan saja serangga yang berminat..burung2 pun semacam ja. Pantang pintu lab dibuka, ada saja yang nak singgah. Merpati la, cak rumah dan entah apa spesis lagi pun aku tak tau...harap2 jangan gagak sudah lah yg masuk..takut habih ranap pokok2ku nanti. Agaknya ini lah tarikan wetland...biar pun artificial. Apa2 pun.. jangan lah kacau projek aku...cari lah kat tempat lain yang lebih banyak dan subur...aku nak PhD ni....kalau tak dapat, sat lagi malu satu university.....eeeeiiiiiiii tak rela aku...Ya Allah tolong la!!!!!!!!Wahai pokok2 ku dan batu2 yang menjadi filter media wetlandku..treat la synthetic wastewater tu betul2....hasilkan treatment efficiency yang excellent...jangannya dok tak ketahuan resultnya...sekejab turun, sekejab naik.....sat lagi aku yang jadi tak ketahuan....haru sungguh!!!!

Tuesday, October 12, 2010

Untukmu untuk diriku yang bergelar wanita

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Wednesday, October 6, 2010

Untuk diri sendiri

Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.

Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali

sumber :Genta rasa

Tuesday, October 5, 2010

Selamat menempuh PMR untuk angah

Hari ni angah akan menduduki PMRnya...selamat berjuang angah...umi dan abah hanya mampu berdoa dari jauh...Sedih bila dengar cerita dari along, angah menangis semasa program solat hajat kat sekolah baru-baru ni...sabar la angah..memang sedih..orang lain semua parent yang hadir...angah cuma ada along...syukur la along masih ada kat sana....apa yang Allah aturkan untuk kita pasti ada hikmahnya....doa umi moga angah dapat menjawap semua soalan untuk semua subjek dengan tenang dan tepat. Moga Allah memberi kecerdikan dan angah dapat fokus terhadap apa yang dilakukan...solat hajat banyak2 ya angah...doa bersungguh2..moga Allah memberi kejayaan untuk angah...Amin!!!!!!

Friday, October 1, 2010

Bicara diri untuk diri sendiri

Kadang2 tertanya pada diri sendiri..apa sebenarnya yang aku kejarkan...tak pernah rasa puas hati...mencari dan terus mencari...apa yang dicari pun tak tahu. Kesiannya kat aku. Terlalu letih mengikut kehendak sendiri... huhuhuhuhu..


Aku mesti targetkan semuanya ini dalam diri ku.. aku ingin selamat hidup di dunia dan akhirat. Ya Allah pimpinlah aku ke jalanMu. Aku ingin:

i. Menjadi hambaMu yang taat mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganMu. Aku ingin menjadi hambaMu yang sentiasa mendapat perhatianMu. Aku ingin setiap detik aku mengingatiMu. Menjadi kekasih yang tak pernah puas mendapat limpahan kasih sayangMu....................mengharapkanMu tanpa jemu. MerinduiMu dalam jaga dan tidurku...Hidup dan matiku hanya untukMu........alangkah bahagianya aku!!!!!!!!!

ii. menjadi isteri yang solehah - yang mendapat kasih sayang, kesetiaan dan perhatian dari seorang yang bergelar suami. Aku tak ingin emas dan duitnya kerana aku ditakdirkan dapat mencarinya sendiri...aku hanya ingin mati dalam keadaan mendapat redho darinya.....terlalu tinggikah impianku?????

ii. menjadi anak yang solehah yang hormat dan taat kepada kedua ibubapaku...tak terlintas untuk meyinggung dan menyakiti hati mereka...ingin aku berbakti kepada mereka sehingga akhir hayatku tanpa sebarang alasan dan rugutan....dapatkah aku mencapainya??????

iii. menjadi ibu yang baik untuk anak2ku....aku terlalu sibuk dengan urusan duniaku...janganlah anak-anakku terasa terabai....terlalu banyak yang terkorban dan dikorbankan...dapatkah aku menjadi contoh untuk anak-anakku...Takutnya aku....!!!!Takut pada kekurangan diri

iv. menjadi sahabat yang baik untuk sahabatnya......jangan hendaknya aku hadir diwaktu tawanya sahaja..aku ingin menjadi penawar duka dan penyimpan segala rahsia peribadinya......Tingginya angan2ku......

terlalu byk sangat keinginanku.....semuanya terbatas kerana nafsu yang ada dalam diriku...Aku takut nerakaMu tapi aku tak mencuba menghindarinya..aku terlalu mengidam syurgaMu...tapi terlalu kurang usahaku ke situ.....layakkah aku???????

Thursday, September 23, 2010

Mencari Cinta

Mencari cinta..mencari bahagia…tak pernah perputus asa….harapan demi harapan di kobarkan…namun apakah semua itu akan ditemui…buang masa saja jika yang dikejar itu bernama manusia….manusia tak pernah setia…tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya...letak lah cinta itu pada tempatnya….jangan diseksa lagi dirimu…jangan dihambakan lagi diri mu…Manusia itu tak akan berubah…tak akan menyayangi dan menyintaimu walaupun segunung kasih dan cintamu dicurahkan……Berubah lah wahai hati..berpaling la diri…jangan berlengah lagi….cukup lah pengorbanan sia-siamu….Palingkan dirimu, pusing pandanganmu ….ubah pendirianmu… mengadaplah padaNya….curahkan segala dukamu … Dia tak akan mengecewakanmu sebagaimana  manusia itu mengecawa dan melukakanmu…..pujuk la hati mu..kembalilah padaNya..sujud padaNya…Hanya Dia yang layak menerima cinta sucimu….Hanya Dia yang lebih mengenali dan memahamimu dan tahu menghargai dirimu. PadaNya jiwamu akan bersatu…bersama ketenangan dan kebahagiaan yang sekian lama menghindarimu…..Doalah untuk kebaikan masa depanmu

Wednesday, September 15, 2010

Tangisan Al Quran

Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku
Namun mereka terus juga menyimpanku
Dan kadang-kadang mencium aku

Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku
Sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama aku
Di atas rak-rak mereka menyimpan aku sehingga tiba pada perayaan
Atau sengketa yang lain bila mereka kembali memerlukanku lagi.

Ya! Mereka membaca dan menghafalku
Tapi sebagai perhiasan sajalah aku ini
Tidak lebih daripada itu

Perutusan dan peringatan daripada-Nya
Yang kubawa tetap bersembunyi tetap terbiar
Khazanah-Nya yang kubawa tidak juga mereka sentuh

Arenaku tetap terbentang gersang
Dan tandus di mana dulunya
Menyemarak kegemilangan keagungan
Perlakuan mereka padaku memang biadap
Begitu banyak yang boleh kuberi
Tapi tiada siapa yang sudi menerimanya…

Mahir-ul Qadri

Friday, July 30, 2010

Kenangan di SMT Alor Setar (1984-1985)

Terkejut sungguh bila satu pagi aku buka e-mail ku..... E-mail yang tak pernah aku duga akan ku terima setelah 25 tahun terpisah dari alam persekolahan. Rupa-rupanya mereka masih menjejaki teman-teman seperjuangan semasa menuntut di tingkatan 4 dan 5 kat Sek.Men.Teknik Alor Setar sekitar tahun 1984-1985...Tergaman aku seketika. Macam mimpi ja...seronok pun ada....Nasib baik ada FB dapat la aku mengesan kawan-kawan ku dulu...Bila tengok gambar tu, aku sendiri pun tak dapat mengenal sapa aku.huhuhuhu..teruknya aku. Patut la tak ada orang nak mengurat aku waktu tu....teruk bebenor!!! hehehehehe.

Sunday, June 27, 2010

Selamat berjuang anakku, along

Esok 28/6/10 along akan mandaftar diri di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Along tolak tawaran dari UiTM demi untuk jadi seorang pendidik. Moga inilah pilihan yang terbaik untuk masa depan along, agama, bangsa dan negara. Harapan umi moga along dapat jadi seorang ustaz yang baik dengan menghasilkan anak didik yang celik quran dan sunnah...Umi hanya mampu berdoa dari jauh. Umi dan abah tidak dapat hantar along mendaftar esok...kesiannya kat along...orang lain pastinya dengan ibu bapa masing-masing tapi along sorang diri menguruskan segala2nya...Umi tahu anak umi mampu melakukannya walaupun di hati rasa sedih....Kuatkan semangat along, terimalah semuanya ini dengan redha...apa nak dibuat, kita ditakdirkan begini,

Monday, May 24, 2010

Titipan rasa dari anak sulungku

Menangis bila aku baca message yang dihantar along dalam facebookku..terasa lapang dan sejuknya hatiku..moga anak-anakku akan menjadi anak-anak yang soleh..umi sayang semua anak-anak umi....berulangkali aku membaca titipan ini.....

"assalamualikum umi, along rindu umi sangat2... along minyak maaf atas banyak kesalahn along kat umi. along banyak buat dosa kat umi... along takmau jadi anak derhaka.... kalau umi boleh baca hati along umi tau la betapa along sayang sangat2 umi dan famili kita.... mungkin along banyak hidup dalam tekanan dan jauh dari allah penyebab along jadi macam ni.... insya allah kita sama2 dekatkan diri padanya.... semoga umi bahagia kat sana.... along, anak sulung yang sayang kat umi"

Friday, May 14, 2010

Penghujung autumn yang dingin

Hari ni hari ke-3 aku berpuasa demi menunaikan nazarku...Alhamdulillah tertunai juga janji-janjiku. Seronok berpuasa di sini dengan cuaca di sekitar 8 – 16 degree celcius. Sekarang dah masuk penghujung musim luruh. Pokok-pokok autumn semakin kekuningan menunggu masa untuk luruh ditiup angin...Cantiknya ciptaan tuhan. Musim winter seakan mula memperkenalkan diri...sejuk dan kering cuacanya. Berpuasa diketika ini cabarannya adalah sakit tekak...rasa lapar kurang tapi badan terasa kekurangan air kerana cuacanya yang kering...Waktu berpuasa juga singkat...jam 5.30 pm dah masuk waktu maghrib.. Balik dari campus tak sempat nak masak apa2....Cuma cari air dulu untuk berbuka puasa...Alhamdulillah.....aku masih bernafas di bumi ini.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Menunaikan Umrah Mak dan Ayah

Hari ni ayah dan mak akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah buat kali ke-2. Aku mendoakan ayah dan mak selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa segala kebaikan untuk dunia dan akhirat. Berkat usaha berkebun ayah dan mak, Allah mengizinkan mereka ke sana lagi....Aku bila lagi ni........????

Thursday, April 15, 2010

Diriku dan keremajaan anakku

Sukarnya untuk menjadi seorang ibu yang baik...itulah luahan hatiku saban waktu. Aku keliru dan tak tahu macam mana nak mengendalikan anak-anak yang sedang meningkat remaja ini. Waktu usia mereka masih kecil senang untuk menanganinya..ia tidak terlalu banyak melibatkan perasaan. Bila usia anak-anak makin meningkat mereka membentuk peribadi tersendiri. Tambahan diusia remaja..terlalu banyak geloranya yang perlu dipelajari dan difahami. Cara didikan sudah tak sama dengan apa yang aku lalui dulu...

Aku perhatikan anakku kini sudah pandai merajuk dan melawan kata-kataku. Mereka juga sudah pandai menilai dan membuat kritikan. Kadang-kadang sikap mereka membuatkan hatiku amat terguris dan menangis sendiri. Salahkah cara didikan aku selama ini? Aku seboleh mungkin ingin memberi yang terbaik untuk mereka....menjadi ibu dan kawan mereka di waktu susah dan senang..namun apakan dayaku, hanya ini yang termampu aku lakukan. Aku hanya seorang ibu yang bergelar pelajar yang sentiasa terkejar-kejar dengan masa. Aku terlalu penat dengan rutin harianku. Kewanganku pula hanya cukup untuk menampung kehidupanku sini dan bukannya untuk bermewah2..Aku tak mampu memberi lebih dari itu. Aku cuba untuk memahami gelodak jiwa yang memberontak dalam diri anak-anakku, tapi aku tak dapat selami sedalam-dalamnya. Sikap mengurung diri dan memendam perasaan mereka amat membebankan aku. Aku makan hati sendiri tanpa memahami apa yang mereka ingini. Aku tak pernah membezakan kasih sayangku terhadap anak-anakku dan aku amat berharap mereka tidak merasa dibeza-bezakan. Bagiku setiap orang ada keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Aku menerima kewujudan mereka dan menyayangi mereka sepenuh hati. Jangan la buat umi begini...........

Tuesday, April 13, 2010

Sihir

Kawan ku selalu bercerita tentang ilmu hitam iaitu terkena sihir...Aku sendiri tak tahu nak komen apa2. Agaknya apakah tanda-tandanya kalau terkena sihir ni. Macam mana nak mengelakkannya dari terkena. Kalau dah terkena seperti termakan benda-benda mcm ni mcm mana nak membuangnya..kesian dia. Merana hidup tanpa kesudahan.

Mengapa perlu sihir menyihir ni....hidup la secara normal, atas landasan keimanan. Ikhlaskan hati, maaf memaafi. Buang segala dendam dan kebencian yang bersarang di sudut hati. Hidup kita bukannya lama...sampai saat ajal bakal menjemput. Apakah dengan sihir ini kita nak bawa bekalan ke sana....insaf dan fikir2 la. Seronoknya hidup, amannya dunia jika kita dapat mengasihi dan mencintai orang lain seperti kita mencintai saudara kita sendiri

Sarapan pagi seorang menteri

Susah untuk mencari pengganti pemimpin sebegini...

Friday, April 9, 2010

Rindu yang tak ada penghujung

Kerinduan yang terucap dengan kata2...tersemat jauh disudut hati
Di sini tersemat kasih sayang hakiki

Hati yang memberontak

Hati memberontak...

kenapa jadi mcm ni,
kenapa tak serik lagi,
masih leka tak sedar diri,
membuat kesilapan yang sama acap kali
apakah ini kelemahan diri atau diri dikuasai.........
tolong la wahai diri,
kuatkan iman di hati
banyakkan solat mengisi sepi
bertahajjud, hajat dan taubat pengisian sejati
dari iblis musuh azali.......
ingat la....rumah dah kata pergi, kubur kata mari
jangan menyesal kemudian hari
bila taubat tak diterima lagi
baru lah tahu untung nasib sendiri
bila neraka jadi kediaman hakiki
nak balik ke dunia tak dibenarkan lagi

Mulai hari ini.........
jadi la diri muslim sejati
usah terpedaya usah kena tipu lagi......
bukan senang syurga nak dihuni
tidak payah neraka nak dijauhi
Cuma pesan la pada diri
ibadat mesti lah berquantiti serta berkualiti
maksiat perlu dijauhi
istiqamah dalam memperbaki diri
hari ini mesti lah lebih berkualiti
dari hari semalam yang telah disusuli.


mak.....doa untuk anak mu di sini

Thursday, April 8, 2010

Sakit Pinggang

Rasa lama sangat tak update blogku ini...kesibukan yang direka...kalau pandai meguruskankannya, 24 jam akan cukup untuk buat apa yang sepatutnya...Seminggu masyarakat kat sini bercuti sempena Easter (2-7 April), selama seminggu juga aku menderita sakit belakang hingga kini. Aku pun tak pasti apa puncanya. Selama ni aku memang selalu juga sakit belakang tapi tak la rasa seteruk ni...bila makan jamu kacip Fatimah Orang Kampung lega la rasa sakit tu...Tapi kali ni sakit tu sakit yang teramat. Nak tidur pun tak lena. Bergerak sikit dah rasa ngilu seluruh badan. Nak berjalan pun rasa tak betul..macam ketam berjalan ja...Sakitnya tuhan saja yang tahu. Mungkin factor umur yang buat aku jadi mcm ni atau aku terlalu memaksa diri. Segala urat saraf dah tak sekuat dulu...sakit memanjang...tu la tak sedar diri lagi, dunia dah kata pergi, kubur dah dok nanti masih nak hidup mcm dulu2 lagi...sudah2 la tu wahai diri....pujuk la, rayu la hati, kuatkan diri....jangan dok leka lagi. Masa yang berlalu, manfaatkan la. Sampai bila nak hidup mcm ni...tak terisi.

Ya Allah, aku hambaMu yang tak sedar diri...ampunilah aku. Aku begitu teringin bersamaMu setiap sepertiga malam yang sunyi...namun aku masih belum ada kekuatan diri...Aku kalah dengan alasan kesejukan di sini. Ya Allah bantu la hambaMu ini...Kuatkan semangat dan kekuatan dalam diriku supaya aku mampu bangun bersolat padaMu.  Aku ingin sekali menjadi hambaMu yang sentiasa dekat denganMu, sentiasa mengingatiMu, menjadikanMu peneman dalam apa jua keadaan. Janganlah Kau sisihkan aku walau sesaat. Aku tak ingin hidup ini dipersiakan lagi............................

Tuesday, March 23, 2010

Kerisauan pada wetlandku

Hari Sabtu lepas aku dan family berangkat ke Melbourne menghantar kawanku balik ke Malaysia..Dia akan menyambung PhDnya di sana selepas lebih setahun kat sini. Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk diri dan familynya...Aku yang kat sini masih teraba2 lagi. PhD satu perjalanan yang sukar...namun aku akan tetap berjuang mengharungi kesukaran ini. Moga Allah mempermudahkan laluan  untuk aku memilikinya. Wahai projek wetland ku menjadi la...jgan lah dok dera aku...result experiment yang aku dapat masih entah apa2...kat mana yang x kena...takutnya aku!!!!

Thursday, March 11, 2010

Keluarga ku di dunia ini

Ini lah gambar kenangan aku bersama familyku. Kami enam beradik semuanya..lima perempuan dan seorang lelaki. Aku hanya ada sorang abang kandung sulung, dua orang kakak dan dua orang adik. Bertuahnya aku dilahirkan dalam family ini. Ayah seorang yang agak pendiam tapi amat kelakar...cukup kuat beribadat dan sering bersaing dengan mak dalam membuat ibadat. Moga family ini sentiasa dirahmati Allah selalu..Tak sabarnya untuk kembali menemui insan-insan yang sering dirindui.

Wednesday, February 17, 2010

Sudah terkantoi

Indahnya bahasa, mengungkap bait-bait cinta
penuh harapan penuh rindu mendera
pada si dia rangkulan jiwa

Wahai yang empunya diri
sedar kemampuan sendiri
badan sudah hilang perkasa
usia hanya tinggal sisa....

Namun masih ada cinta
yang mekar segar dijiwa
membina harapan untuk bersama
andai masa masih ada....

Entah apa yang diharap
entah apa yang digarap
takdir Allah membuka hijab
perkara mungkar jelas terpapar
Kekasih gelap sudah dibongkar
Semua persoalan perlu dijawap.......
eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
sudah terkantoi buat silap

Ranjau berduri kembali lagi

Mengharap pada yang mengerti, merintih pada yang simpati...aku ingin berlalu pergi, dari rumah yang sudah berpenghuni....


Aku ingin sekali, dapat mendiami di ruang sudut yang terlalu sunyi....hanya aku disitu bersemadi....

apakah ada ruang itu untuk aku berhenti

merehat diri dan menabur budi..

Thursday, February 11, 2010

Pengiring Perjalanan hidupku

Terlalu banyak susah payah kita lalui bersama...moga tidak ada ranjau berduri lagi selepas ini

Perjalanan hidup seorang pelajar

Kadang-kadang aku rasa macam mimpi berada di sini.....Terlalu lama aku mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ku disini..

Aku memulakan pengajianku di Sek. Keb. Sungai Daun, Kedah..sesebuah sekolah dalam gred C yang serba kekurangan. Selalunya aku ke sekolah hanya berjalan kaki sahaja iaitu kira-kira 5 km dari rumahku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa...berjalan kaki lebih selesa. Aku selalu bersemangat dalam pengajianku...tapi aku jarang mendapat tempat pertama dalam kelas kerana ada seorang murid lelaki yang lebih pintar dariku...Aku selalu berazam untuk menewaskannya..tapi seringkali aku gagal. Tempatku hanya no.2. Dan yang paling ketara keputusan Peperiksaan Penilaian darjah 5 ku juga tidak berapa memberangsangkan. Aku hanya dapat 2A, 2B dan 1C. Nasir, pelajar lelaki pintar ni dapat 4A, 1B. Geramnya aku tuhan saja yang tahu...Dek kerana result yang tak elok aku hanya layak menyambung pengajianku di sekolah menengah biasa sahaja..sedangkan Nasir ni dapat melanjutkan pengajiannya di MRSM. Pada mulanya aku sering menangis kerana sedih tak dapat belajar di sekolah berasrama penuh...aku juga gagal untuk ke aliran perdagangan...tapi hanya layak untuk aliran Sains Rumah Tangga sahaja...Tiap-tiap petang bila balik dari sekolah aku akan menangis.....Hampir sebulan juga aku berperangai mcm ni dan masih belum dapat terima hakikat takdir untuk diriku kala itu. Lama kelamaan aku mula serasi dengan kelas dan sekolah baruku. Kawan-kawan baru ku juga ada yang senasib denganku dan kami bersatu membina semangat yang baru untuk cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. Rozita, Salehah dan lain-lain adalah teman karibku. Kami cukup bersemangat dalam pengajian. Kelasku selalu menjuarai keputusan yang cemerlang setanding dengan kelas pertama aliran perdagangan...SRP kami tempuhi sebulat hati. Kami bertiga mencapai keputusan yang cemerlang. Aku dapat 8A, 1B daripada 9 subjek....Keputusan ini lebih baik dari Nasir kawan sekolah rendahku, walaupun dia bersekolah di MRSM...Aku rasa bersyukur sangat.

Dengan berbekalkan keputusan ini, aku layak untuk ke Sekolah Teknik A/S. Waktu tu aku tak tahu langsung apa itu Kej Awam...aku terima ja tawaran dari sekolah tu. Rozita ke Sekolah Men.Che Tom, SP dan Salehah ke Sek. Men.Sultanah Asma. Kami bertiga terpisah dengan membawa cita-cita bersama. Masing2 ingin menjadi doctor. Bila aku start pengajianku di SMT, baru la aku tahu apa itu Civil Eng. Aku tak belajar langsung pasal Biology...hasrat nak jadi doctor dah terkubur kat sini. Aku mengalami kejutan budaya yang mendadak..dari budak kampong yang pendiam aku terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang terlalu cemerlang. Dalam kelasku hanya ada berapa kerat sahaja budak-budak Melayu. Cikgu yang mengajar pula hanya 3 orang sahaja guru Melayu...Cikgu BM, Pendidikan Islam dan Lukisan Kej. ..yang lain-lainnya semua berbangsa Cina dan India...Aku sering tercicir dan sukar untuk belajar secara berkumpulan. Tambahan pula aku tak dapat asrama..terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah..Kesannya result SPM ku hanya cukup makan sahaja. Angan2 ku untuk melanjutkan pengajian ke oversea seperti rakan2 sekelasku hanya tinggal anganan...Frustnya aku. Dan yang paling sedih aku tak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga terutama untuk ayahku. Dia terlalu bersusah payah untukku....Pendapatannya sebagai seorang pemandu teksi tidak menentu dan teksi pulak sering meragam....Keputusan SPM yang teruk hanya melayakkan aku ke Politeknik sahaja...Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-citaku...Nasibku berubah di sini. Aku sering menjadi pelajar cemerlang dan aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM...Alhamdullillah...Bermula dari sini aku tak menoleh ke belakang lagi. Step by step aku langkahi hingga la aku sampai ke sini. Perjalanan hidup yang tak menentu, sering gagal jarang membuatkan aku tewas..tapi makin mendewasakan aku....Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal....Yakin lah setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Berperasangka yang baik  terhadap tuhanmu. Dia tidak pernah menzalimimu. Makin dekat langkahmu kepadaNya..makin hampir Ia mendekatimu...Dia sentiasa ada bersamamu waktu susah dan senang dan tak akan meminggirkanmu walau sesaat. Dia terlalu Pemurah dan Penyayang...Yakin la!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 9, 2010

Along dah tak boleh tidur waktu pagi lagi.....

Semalam tengah aku dok kalut buat experiment along call aku....dia kata ada dua kawasan baru untuk distribute catalog...kedua-duanya kawasan Hernhill sebelah tempat kediaman aku...Sekarang ni aku dah distribute untuk 4 kawasan..kalau tambah 2 lagi ..jadi 6 kawasan la ....alamatnya lepas ni aku anak beranak terpaksa distribute 4 hari berturut2 ...dan along dah tak boleh tidur waktu pagi lagi...Sebelah malam dia dan abahnya terpaksa dok susun catalog tu..along dah x ada masa nak main game lagi....umi dah tak mampu nak tolong lebih dari tu. Buat la along...umi akan support kat mana yang perlu. Along perlu kumpul duit untuk pengajian along di masa depan....daripada dok tidur dan makan saja, baik along buat kerja tu, dapat la juga 300-400 dollar sebulan. Kalau convert ke MYR dah dapat 1000 lebih dah...cukup la untuk along amik lesen dan beli motor untuk kegunaan along belajar nanti...sambil dok edar catalog tu boleh la umi exercise sikit....badanpun tak la rasa mandom sgt...letih tapi happy. Untuk angah jangan jealous na.. along dok pulun ni...angah kena pulun study...mcm umi di sini. Kita buat yang terbaik untuk family kita. Kita cipta tamaddun utk family kita di masa depan...

Monday, February 8, 2010

Letihnya....

Letihnya rasa badan.....kadang-kadang bila sudah duduk, nak bangun rasa sakit pada bahagian lutut terutama pada waktu malam. Sakit ni disebabkan usia yang meningkat atau aku terlalu penat bekerja....Kerja x la berat sgt tapi aku terpaksa berdiri dalam jangkawaktu yg lama. Hari Isnin dan selasa selalunya aku habiskan seharian kat lab tanpa duduk walau sesaat. Buat experiments untuk projek ku. Sebelah petang aku dgn anak-anak pi distribute catalog pulak...Lebih dari 5 km juga aku kena berjalan. Duty aku untuk distribute catalog hari isnin, selasa dan khamis...Balik rumah dah tak berdaya nak buat apa-apa..sekadar mengemas apa yang patut. Walau pun letih tapi rasa seronok kalau kerja-kerja kita dihargai...

Thursday, February 4, 2010

Aduhai projek wetlandku

Projek wetland ku lambat bebenor. Pokok-pokok ku tak nak hidup segar. Asyik nak mati je....may be tak terdaya nak sesuaikan diri dgn air sisa yang teruk tercemar. Lagi pun air sisa tu jenis artificial..bukannya yang nature. Walaupun air sisa tu direka dengan resepi tertentu tapi characteristicnya lebih kurang sama dengan yang natural...Baunya cukup mengancam....habih busuk aku dibuatnya...Lebih dari 20 chemicals yang digunakan.....peptone, baking powder, yeast dll. Aku dah start analysed effluent yang keluar dari projek wetland ku. Dah masuk 5 minggu dah. Resultnya masih samar lagi...tapi dah nampak reduction pada pollutant yang ada. Aku cukup suka pada wetland systemku yang menggunakan zeolite sebagai substratenya...pokok2 hidup subur dan efficiency of treatmentnya juga amat memberansangkan...yang aku risau pada alum sludge dan gravel....pokok2nya mcm hidup x nak...mati terus. Dah dua kali aku tukar dengan pokok yang baru..nampak semacam ja.....alahai pokok-pokok ku hidup subur la. Rawat la air sisaku.....aku dah puas belai kalian tiap2 hari. PhD ku ada pada kamu.....

Tuesday, February 2, 2010

Rindunya....................

Rindunya umi dekat angah hanya tuhan saja yang tau....Masih terbayang kemanjaan dan coleteh angah....Agaknya apa la hikmah Allah menguji kita begini. Sabar la angah. Tumpukan sepenuhnya pada pengajian angah. Setiap yang berharga untuk kita miliki memerlukan pengorbanan.....Memang terlalu perit menghadapi perpisahan ini. Angah kesorangan kat sana. Moga angah tabah dan cepat matang. Umi selalu bersama angah

Friday, January 22, 2010

Rindunya pada majlis ilmu

19/1/10 genap setahun aku menjadi student Deakin Uni. Masa bergerak terlalu pantas tak terasa dah setahun lebih aku di bumi kangaroo ni...Yang aku rasai cuma jiwaku semakin kosong. Aku terlalu rindukan majlis-majlis ilmu yang selalu aku kunjungi dulu terutama di Masjid Batu. Seronoknya..terasa jiwa telah mendapat penawarnya. Tenangnya bila sudah selesai berjemaah dan bersalaman dengan jemaah yang ada.....Keserabutan jiwa terlerai buat seketika...Diri selalu dingatkan dengan dosa pahala dan mati yang kian hampir...Masjid Batu, aku terlalu rindu untuk mengunjungimu..

Peasn roh kepada manusia yang masih hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Friday, January 8, 2010

Angah dah balik Malaysia

Semalam tepat pukul 9.45 pm kami sekeluarga bergegas menghantar angah ke Melbourne International Airport. Dia akan bertolak balik ke Malaysia dengan penerbangan Airasia tepat pukul 1.10 am. Kami sampai kat airport pukul 10.50 pm dan kaunter daftar masuk (check-in) dah dibuka. Berduyun-duyun orang beratur untuk check-in....ramainya. Tak nampak sorang pun muka Melayu..Angah dah mula gelisah....Dalam dok tunggu nak check-in tu, aku nampak kelibat Dr Faiz dgn wife dia. Kebetulan malam tu parent Dr Faiz juga nak balik Malaysia setelah bercuti kat sini. Nasib angah memang baik..ada juga orang yang boleh diharap untuk menemaninya. Masa nak check-in kat kaunter banyak juga proses yang kena buat..sebab angah travel sorang2 di bawah umur. Nasib la ada parent Dr Faiz....senang sikit segala urusan...Wan dengan along pulak terpaksa tunggu dalam kereta sebab masalah parking...sedihnya nak melepaskan angah balik sorang2. Tapi aku nampak angah memang bersemangat untuk menghadapi PMRnya.....tambahan pulak tahun ni dia dapat belajar di kelas pertama. Harap2 semangat tu berterusan dan dia boleh mencipta kejayaan keduanya selepas UPSR....Umi sentiasa bersama angah...jangan rasa angah kesorangan kat sana...Walau pun jauh kita tetap dekat di hati. Kita sama2 pulun untuk menggapai impian....umi dgn PhD ini...angah dengan PMR angah....moga perjalanan hidup kita dipermudahkan...