Isnin 24/6/13 ada appointment my hubby kat Sungai Petani GH. Kul 8.00 am appointment tu. Pagi-pagi dah kalut bersiap. First thing to do is thumb print duty my hubby and me di dua location yang berbeza- Kulim and Permatang Pauh. Lepas dah settle perkara tu bergegas kami macam menaiki ambulance ke SP. Speed kenari ku mencecah above 120. Lantaklah janji sampai on time. Sampai sana dah kul 8.05 am. Orang dah ramai, parking tak ada. Aku drop my hubby kat entrance hospital, ambil wheel chair dan suruh dia tunggu kat situ sementara aku pi parking kereta. Aku tengok my hubby dah lain macam. Dia kata aku drive mcm hantu. Nak buat macam mana, dia dah train aku macam tu dulu. Settle parking, aku pi register as out patient kat X-ray Section untuk buat full bladder. Dapat no 6019. Waktu tu no yang dipanggil 6001. Alahai berejam la aku terpaksa kat sini. Time utk check up for each patient pulak tersangat lama. Almaklumlah utk kategori critical patient. Sabar ja la. Tersengguk2 aku menunggu. At last dekat kul 11 baru sampai turn my hubby . Dalam dok tengah X-ray check kidney my hubby aku dapat call dari pusat dialysis suruh bawa hubby buat dialysis. Kalut la aku mcm ni. Dah la parking jauh, nak tolak my hubby ke tempat entrance td pulak. Peluh dah membasahi baju. Kalau la ada angah or along tak la penat aku mcm ni. Masa balik aku pecut lg kenari ku. My hubby dah tak tahan pening, dia muntah2 dalam kereta. Sorry la terpaksa jadi part time driver ambulance lagi untuk sampai ke pusat dialysis dalam masa kurang dari 15 minit dari SP ke Kulim. Itu la sedikit rentetan perjalanan hidup aku bersama chronic patient. Harap2 time aku sakit nanti ada lah org care pasai aku pulak. Tak sanggup aku kalau sakit terbiar dan tak dipedulikan. Kesiannnnyaaa..
Thursday, June 27, 2013
Thursday, June 20, 2013
45 tahun bernafas
20 hb Jun, 45 tahun yang lepas aku dilahirkan oleh Hajjah Habesah dengan berbintikan haji Shuib bin Salleh. Bertuahnya aku menjadi anak mereka. Syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini dan syukur tak terhingga dikurniakan kedua ibubapa dan keluarga yang menyayangi diri ini seadanya. Sungguh terlalu banyak nikmat yang tak terhitung melimpahi diri ini sejak hari ini sehingga 45 tahun lepas. Alhamdulillah!!!!Moga baki-baki kehidupan yang ada dapat dimanfaat sepenuhnya menuju perjalanan yang abadi. Ya Allah kurniakan Iman yang kuat, ilmu yang manfaat, rezeki yang berkat serta ketabahan dan ketaqwaan dalam menjalani kehidupan sebagai hambaMu. Moga sinar kebahagiaan, kecermerlangan mengiringi perjalanan hidup ini. Dan moga aku terpilih menjadi tetamu di rumah AgungMu. Kerinduan untuk ke sana tak terbendung. Kabulkan hajat ku ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin!!!
Monday, April 15, 2013
Kesian kat kucing-kucingku
Hari ni hari ke-9 aku berulangalik dari hospital ke tempat kerja. Dan hari ini hari ke-9 aku tak balik ke rumah. Hubbyku masih di tahan kat GH Sungai Petani. Keadaannya masih belum stabil. Rindu pada kucing-kucingku teramat sangat. Tunggu ya Abu, Atom, Nogi dan Apang. Umi akan balik bila abah dah sihat nanti. Jangan memilih sangat nak makan tu. Makan ja apa yang diberi. Umi tak sempat nak balik tengok kalian. Doa ya untuk abah moga cepat sembuh.
Wednesday, February 13, 2013
Reflexology
Tiap-tiap pagi sejak hari Sabtu yang lalu aku bergegas ke rumah Tok Wan. Dia sangat arif pasal perubatan secara reflexology. Seronok berubat dengan Tok Wan. Macam-macam petua dari ayat2 quran diperturunkan. Dari cara-cara untuk elak suami berpoligami hinggalah untuk rawatan dalaman, semuanya menggunakan keberkatan ayat-ayat quran. Rasa tak rugi datang berubat dengan Tok Wan. Banyak ilmu yang dapat dikutip. Selain urutan kaki, pemakanan secara berterusan 1/2 ts black seed + 1 ts olive oil + 11/2 ts of honey +1/2 cup of hot water pada tiap-tiap malam perlu diamalkan. Pesakit juga perlu minum tiap-tiap awal pagi air sarang burung + safron yang direndam dalam air panas selama 3 jam. Pesakit buah pinggang yang rasa tidak selesa pada bahagian perut boleh tuam dengan pasir yang digoreng + halba + jintan manis. Berubatlah selagi mampu. Masa, tenaga dan duit jangan dikira. Berusaha selagi ada daya.....seterusnya bertawakkal saja lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)