Thursday, June 27, 2013

Part time ambulance driver

Isnin 24/6/13 ada appointment my hubby kat Sungai Petani GH. Kul 8.00 am appointment tu. Pagi-pagi dah kalut bersiap. First thing to do is thumb print duty my hubby and me di dua location yang berbeza- Kulim and Permatang Pauh. Lepas dah settle perkara tu bergegas kami macam menaiki ambulance ke SP. Speed kenari ku mencecah above 120. Lantaklah janji sampai on time. Sampai sana dah kul 8.05 am. Orang dah ramai, parking tak ada. Aku drop my hubby kat entrance hospital, ambil wheel chair dan suruh dia tunggu kat situ sementara aku pi parking kereta. Aku tengok my hubby dah lain macam. Dia kata aku drive mcm hantu. Nak buat macam mana, dia dah train aku macam tu dulu. Settle parking, aku pi register as out patient kat X-ray Section untuk buat full bladder. Dapat no 6019. Waktu tu no yang dipanggil 6001. Alahai berejam la aku terpaksa kat sini. Time utk check up for each patient pulak tersangat lama. Almaklumlah utk kategori critical patient. Sabar ja la. Tersengguk2 aku menunggu. At last dekat kul 11 baru  sampai turn my hubby . Dalam dok tengah X-ray check kidney my hubby aku dapat call dari pusat dialysis suruh bawa hubby buat dialysis. Kalut la aku mcm ni. Dah la parking jauh, nak tolak my hubby ke tempat entrance td pulak. Peluh dah membasahi baju. Kalau la ada angah or along tak la penat aku mcm ni. Masa balik aku pecut lg kenari ku. My hubby dah tak tahan pening, dia muntah2 dalam kereta. Sorry la terpaksa jadi part time driver ambulance lagi untuk sampai ke pusat dialysis dalam masa kurang dari 15 minit dari SP ke Kulim. Itu la sedikit rentetan perjalanan hidup aku bersama chronic patient. Harap2 time aku sakit nanti ada lah org care pasai aku pulak. Tak sanggup aku kalau sakit terbiar dan tak dipedulikan. Kesiannnnyaaa..


Thursday, June 20, 2013

45 tahun bernafas

20 hb Jun, 45 tahun yang lepas aku dilahirkan oleh Hajjah Habesah dengan berbintikan haji Shuib bin Salleh. Bertuahnya aku menjadi anak mereka. Syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini dan syukur tak terhingga dikurniakan kedua ibubapa dan keluarga yang menyayangi diri ini seadanya. Sungguh terlalu banyak nikmat yang tak terhitung melimpahi diri ini sejak hari ini sehingga 45 tahun lepas. Alhamdulillah!!!!Moga baki-baki kehidupan yang ada dapat dimanfaat sepenuhnya menuju perjalanan yang abadi. Ya Allah kurniakan Iman yang kuat,  ilmu yang manfaat, rezeki yang berkat serta ketabahan dan ketaqwaan dalam menjalani kehidupan sebagai hambaMu. Moga sinar kebahagiaan, kecermerlangan mengiringi perjalanan hidup ini. Dan moga aku terpilih menjadi tetamu di rumah AgungMu. Kerinduan untuk ke sana tak terbendung. Kabulkan hajat ku ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin!!!


Tiada yang lebih indah dan bahagia bila bersama adik- beradik sendiri dalam usia-usia begini

Monday, April 15, 2013

Kesian kat kucing-kucingku

Hari ni hari ke-9 aku berulangalik dari hospital ke tempat kerja. Dan hari ini hari ke-9 aku tak balik ke rumah. Hubbyku masih di tahan kat GH Sungai Petani. Keadaannya masih belum stabil. Rindu pada kucing-kucingku teramat sangat. Tunggu ya Abu, Atom, Nogi dan Apang. Umi akan balik bila abah dah sihat nanti. Jangan memilih sangat nak makan tu. Makan ja apa yang diberi. Umi tak sempat nak balik tengok kalian. Doa ya untuk abah moga cepat sembuh.

Wednesday, February 13, 2013

Reflexology


Tiap-tiap pagi sejak hari Sabtu yang lalu aku bergegas ke rumah Tok Wan. Dia sangat arif pasal perubatan secara reflexology. Seronok berubat dengan Tok Wan. Macam-macam petua dari ayat2 quran diperturunkan. Dari cara-cara untuk elak suami berpoligami hinggalah untuk rawatan dalaman, semuanya menggunakan keberkatan ayat-ayat quran. Rasa tak rugi datang berubat dengan Tok Wan. Banyak ilmu yang dapat dikutip. Selain urutan kaki, pemakanan secara berterusan 1/2 ts black seed + 1 ts olive oil + 11/2 ts  of honey +1/2 cup of hot water pada tiap-tiap malam perlu diamalkan. Pesakit juga perlu minum tiap-tiap awal pagi air sarang burung + safron yang direndam dalam air panas selama  3 jam. Pesakit buah pinggang yang rasa tidak selesa pada bahagian perut boleh tuam dengan pasir yang digoreng + halba + jintan manis. Berubatlah selagi mampu. Masa, tenaga dan duit jangan dikira. Berusaha selagi ada daya.....seterusnya bertawakkal saja lah.

Friday, February 8, 2013

Meniti Hari

Hari ini masih dengan situasi yang sama. Semua anggota badan membengkak especially pada bahagian perut. Perut membukit dan keras. Sukarnya nak bernafas dan tak blh nak rebahkan badan. Terlalu mengantuk hingga terlelap secara duduk. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sakit yang tak boleh dikongsi untuk dirasai. Bertahanlah selagi mampu. Jiwa dan raga hanya milikNya. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Thursday, February 7, 2013

Dugaan

Semalam tak boleh tidur. Perut dan badan membengkak akibat kegagalan buah pinggang. Kesiannya tengok. Tak reti nak buat apa-apa untuk kurangkan rasa sakit. Teringat dekat arwah ayah, rupa2nya sakit buah pinggang dan hati tak jauh bezanya. Kalau tersilap makan pasti menderita sepanjang malam. Lambatnya appointment nak buat port utk dialysis darah. Takut tak mampu bertahan. Semangat di hati masih kuat...setiap penyakit pasti ada penawarnya. Tapi dimanakah penawar itu. Ya Allah bantulah hambamu

Wednesday, October 26, 2011

Kerinduan yang tiada noktah

Aku terlalu rindu pada ayah. Terasa ayah masih ada di kampung. Sukarnya nak pujuk hati ni menerima sebuah hakikat sebenar. Telah ditakdirkan pemergiannya tanpa aku disisinya...aku tak berdaya berbuat apa-apa. Ku harap moga Allah sampaikan setiap pahala bacaan dan doa yang dipohon untuknya. Syukur pada Mu ya Allah kerana Kau selalu temukan aku dengannya biarpun melalui mimpi sahaja. Cukup lah sekadar  meringankan bebanan rinduku padanya yang terlalu sarat. Terasa puas bila terbangun di pagi hari apabila bermimpi bertemu denganmu ayah.. Syukur ya Allah, aku dapat memeluknya biarpun dalam mimpi sahaja...Anugerah mimpi ini yang amat bermakna buatku ya Allah...Alhamdulillah,

Tuesday, October 18, 2011

Menghitung Hari

Aku semakin seronok menghitung hari..bukan membilang hari untuk balik ke Malaysia tapi menunggu kedatangan orang-orang yang ku sayang datang ke sini. 17hb November 2011, kedua-dua anakku akan berlepas dari LCCT ke sini. Tak sempat nak cuti sekolah lagi..dia org dah ada kat sini. 16hb December 2011 emak dan kakak pulak akan datang . Seronoknya sebab tak termimpi yang mak dan kakak nak datang . Yang aku rasa terkilan,  ayah tak sempat merasa suasana di Geelong ini. Sedihnya....! Ayah memang suka berjalan, kalau lah dia sempat datang sure dia akan jelajah semua kawasan kat sini. Apa kan daya, Allah lebih menyayanginya dari kami...

Tuesday, August 16, 2011

Sedihnya hati

Wahai hati, tenang lah. Cukup la bersedih. Yang pergi tetap abadi di sana. Persiapkan dirimu untuk ke sana juga. Sudah-sudah la merintih. Memang sudah begini takdir hidupmu. Perginya  tanpa dirimu disisi. Terima lah realiti ini walau betapa sakitnya rasa. Sukarnya untuk memujuk diri. Masih terasa-rasa dia ada di sana menunggu kepulanganku. Masih terbayang2 wajah dan terdengar2 suaranya. Ya Allah sakitnya melalui ujian ini. Ujian kehilangan orang tersayang terlalu perit untuk melepasinya. Hanya ketabahan ku pohon padaMu. Walau apapun yang terjadi hidup ini terpaksa jua diteruskan ...Moga-moga kebahagiaan, ketenangan dan rahmatNya sentiasa mengiringimu di sana. Aku tak mampu lg untuk berbuat apa2 melainkan secebis doa yang tak pernah putus ku pohonkan padaNya. Setiap kali hati ini teringat padamu setiap kali itu lah kusedekahkan bacaan Al fatihah dan Qulhuallah untukmu di sana. Aku amat-amat rindu padamu ayah...

Tuesday, August 9, 2011

Ayah, selamat kembali kepadaNya. Moga rohmu tenang di sana

 Tepat pukul 4.55 petang, hari kedua Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011aku telah kehilangan seorang ayah yang amat-amat aku sayang dan rindui. Hanya Allah yang mengetahui perasaan ku tika itu. Terasa dunia seakan tiada ertinya lagi...Aku ditakdirkan tidak sempat menemuinya. Hanya Allah yang mengetahui betapa peritnya melalui detik-detik ini. Hati ku pernah terdetik, mungkin inilah Ramadhan terakhir untuk ayahku, ditambah pula aku pernah bermimpi arwah nenek (mak mertua ayah) mengajak ayah pergi mengikutnya sekitar 2 bulan yang lalu. Aku tidak menyangka semuanya ini betul-betul petunjuk dariNya. Hari pertama berpuasa, aku menghubungi mak bertanyakan keadaan ayah di sana. Ayah tak berapa sihat dan masih mampu berpuasa dan solat terawih walaupun hanya 8 rakaat. Ayah hanya terbaring untuk menunggu waktu berbuka. Mak  berkali2 menyuruhnya agar  tidak berpuasa memandangkan keuzurannya namun dia tetap tabah menghabiskan sehari itu. Namun selepas berbuka puasa ayah muntah2 dan cirit, mungkin kerana hatinya tidak berfungsi lagi. Menurut kata kakakku ayah mengambil  vitamin supaya dia diberi tenaga untuk berpuasa keesokkannya. Rupa-rupanya vitamin itu bukan penyelesaian tapi menyebabkan hatinya makin teruk. Muntah dan cirit ayah makin menjadi2. Dia tak mampu berpuasa hari tu. Tapi masih boleh berbual dan menerima kunjungan kawan2 karibnya. Sekitar pukul 4 pm waktu Australia (2 pm waktu Malaysia) ketika aku sibuk di lab dan aku tak terperasan menerima dua panggilan. Melihatkan 2  panggilan tak berjawap itu membuatkan hatiku tak tenang. Nombor phone Malaysia..sure berkaitan dengan kesihatan ayahku. Sangkaanku tepat, ayahku agak tenat waktu itu. Kakakku minta aku berdoa banyak2 di sini. Aku sebak tak dapat berkata apa. Aku call hubbyku, dia suruh aku solat hajat dan berdoa. Sesungguhnya ketika solat hajat itu aku seperti kehilangan akal... aku tidak tahu apa yang perlu aku doakan. Aku hanya menzahirkan apa yang terlintas padaNya tika itu. "Ya Allah sesungguhnya aku tidak tahu apa yang perlu aku doakan untuk ayahku di sana. Berilah yang terbaik untuknya. Jika kesembuhan itu yang terbaik untuknya, Kau sembuhkan lah dia seperti sediakala. Aku tidak sanggup melihat ayahku menderita. Jika kematian itu terbaik untuknya, Kau jemputlah dia dengan rahmatMu. Kasihan belas lah padanya". Hanya itu yang terucap dalam doaku. Aku menangis sepuas-puasnya tika itu. Hatiku sudah tidak ada di Australia lagi. Terasa ingin terbang baik ke Malaysia. Namun aku tak mampu. Banyak kekangan yang membelitku tika itu. Experimentku terpaksa aku lakukan setiap 2 jam, tiket flight tak boleh booking online dalam masa 24 jam dan harganya terlalu mahal dengan keadaan kewanganku tika itu. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Saat berbuka puasa hari itu seakan tiada maknanya. Hati terus diburu kebimbangan. Air mata tak berhenti mengalir. Ketika memberi salam pada rokaat keempat solat Terawih, aku menerima panggilan dari anak sulungku. "Umi, tok ayah dah x ada". Along on the way ambik angah kat sekolah dia".Terasa bagai nak tercabut jantungku tika itu. Aku dah kehilangan ayah. Terus aku call mak di kampung. Dia tak benarkan aku balik. Jenazah akan dikebumikan malam itu juga iaitu selepas solat Terawih di sana. Aku memang tak ada masa lagi untuk menatap wajahnya untuk kali yang terakhir. Masa penerbangan sahaja dah memakan masa 8 jam tak termasuk penerbangan domestik lagi. Jenazah ayahku cuma 6 jam sahaja dirumah. Selepas itu dia akan disemadikan. Hati ini hanya tuhan saja yang tahu....cuma ku pujuk hati ini dengan kata-kata mak. Kata mak ayah pergi dengan tenang, dan dia mampu mengucap kalimah syahadah hingga ke akhir nafasnya...Syukur ya Allah..syukur yang tak terhingga. Itulah nikmat yang aku harap sangat2 untuk ayahku...Kini hanya kenangan yang ditinggalkan. Aku hanya sempat menemuinya 4 bulan yang lalu ketika aku balik ke Malaysia. Dia selalu menyebut mungkin tak sempat nak jumpa aku lagi....Memang aku tak sempat menemuinya untuk selama-lamanya. Hanya ku harapkan kemaafan dan keredhaannya. Sesungguhnya aku amat-amat bertuah mempunyai  ayah sepertimu. Terima kasih tak terhingga ayah untuk segala-galanya. Anakmu hanya mampu berdoa dari jauh untuk kesejahteraan rohmu di sana. "Ya Allah, aku mohon dengan limpah kasih sayangMu, dengan rahmatMu, Kau tempatkanlah roh ayahku bersama-sama orang2 yang beriman padaMu. Kau ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, jadikanlah alam kuburnya seperti taman-taman syurga...Ya Allah Rabbula'lamin...perkenankanlah doa ini ya Allah. Al Fatihah!

Friday, July 1, 2011

Perginya sukar diganti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1ioJGwp_XYXcXAsowq33eDn4TbmNTbEVIKn7Sy29jHmtqLnPL6D6pjVblA6nXNgJsbwXwHrF1PCIuaXqc-vN_yDSK5Q4_RuyMswiZOWrCcQNiSVoJ02d9py0SYB7s9joAdMh-Z3pn0maQ/s1600/UstFadzil1118%255B1%255D.jpgMelihat wajah ini aku menjadi sayu. Dia telah lama meninggalkan kita namun terasa dia masih ada bersama. Aku amat suka mendengar ceramah beliau. Kelakar tetapi tersirat seribu nasihat, kritikkan dan pandangan yang bernas. Sukarnya mencari pengganti beliau. Aku pernah terbaca sebuah artikel dari majalah Mastika...tak ingat keluaran tahun bila yang menceritakan hal yang bersangkutan dengan beliau. Artikel ini  menceritakan pengalaman seorang pilot berbangsa India yang  bertugas untuk membawa jenazah seorang ulamak dan pemimpin dari Kuala Lumpur ke Kedah. Tapi dalam artikel ini tidak menyatakan nama jenazah individu tersebut. Tapi setelah dikaji dan diselidiki individu tersebut adalah pemilik wajah ini. Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh Allah pada beliau sehingga dapat memberi hidayah secara tidak langsung kepada pilot ini. Pilot ini terkejut kerana semasa penerbangannya ada sekelompok awan yang menaungi pesawat kendaliannya. Awan ini seolah-olah mengekori dan menaungi penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kedah dari pancaran matahari yang panas. Dia merasa pelik akan kejadian ini dan bertanya pada krew lain apa yang di bawa dalam pesawat ini. Pesawat itu dipenuhi wangian yang semerbak dan suasana tenang menyelubungi segenap sudut jiwa pilot ini. Pilot ini mengakui dia tidak pernah merasai suasana sebegini sepanjang hidupnya. Sekelompok awan ini  terus mengikuti pesawat sehinggalah pesawat  mendarat di Kepala Batas, Kedah. Sebaik sahaja mendarat, jutaaan manusia sedang menunggu untuk menyambut jenazah ini, dengan tangisan pilu dan di bawa ke ke tempat persemadian di Pokok Sena, Kedah. Pilot ini merasa sangat terkesan melihat suasana ini dan keajaiban yang berlaku sepanjang penerbangannya. Selepas peristiwa itu, jiwa pilot ini menjadi resah. Dia diselubungi perasaan ingin tahu siapakah jenazah yang dibawanya dan apakah keistimewaannya sehingga dianugerah dengan kejadian sebegitu. Rupa-rupanya bermula dari situlah dia mendapat hidayah dan bertukar menjadi seorang muslim....Allahuakbar!!! Wallahualam.

Wednesday, June 29, 2011

Cabaran kerja part time dan berat badanku

Sejuknya pagi ni. Rasanya suhu di bawah 5 degree. Aku keluar rumah sekitar 6.45 am untuk distribute paper. Seluruh kawasan diliputi dengan kabus tebal. Menggigil seluruh tubuh, tapi rasa seronok dengan kesejukan begini. Mencari rezeki tambahan dengan kerja-kerja sebegini memang mencabar kerana upahnya tak seberapa. Hanya satu bisikan yang aku selalu aku gunakan untuk memotivatekan diri..."buat la kerja ni untuk exercise" walaupun kadang2 aku rasa malas juga. Yang paling aku geram berat badanku tak turun2 juga walaupun terpaksa berjalan kaki lebih dari 5 km. Susahnya nak dapatkan berat ideal untuk badanku ini. Nak buat macam mana selera makan sentiasa di tahap paling tinggi....huhuhuhuhu.

Tuesday, June 28, 2011

Apabila terkena tikaman dari belakang

Semalam selepas membaca tulisan Ustaz Fahrol "Apabila ditikam dari belakang" jiwaku terasa begitu terkesan sekali. Memang kita tak  menduga benda2 seperti ini  terjadi pada kita. Tambah menyakitkan jika orang yang menikam itu adalah orang yang terlalu kita sayang dan terlalu akrab dalam perhubungan. Terasa hilang semua kepercayaan pada dia dan juga orang-orang sekeliling. Kita jadi terlalu berhati-hati dan cuba menjarakkan diri dari rapat dengan sesiapa pun. Dunia terasa terasing dan kita membina kehidupan tersendiri yang makin sepi. Hati yang sakit amat sukar untuk sembuh dan kita menghindar diri untuk bertemu orang itu. Kewujudannya cuba dilenyapkan dan akan bertambah sakit jika terserempak dan terpaksa bertegur sapa. Seribu duka di hati  disimpan dan senyuman pahit terpaksa dilontarkan. Itu lah sebuah lakonan terbaik yg dilakukan untuk menyembunyikan kesakitan bila ditikam dari belakang. Tiada niat dihati untuk memutuskan perhubungan cuma menjarakkan diri dan mengelak untuk disakiti lagi. Pesanan untuk diri janganlah menikam orang dari belakang kerana ianya amat-amat menyakitkan.

Thursday, June 23, 2011

Selamat datang musim penyakit - Winter

Lama sgt aku tak update blog ni. Kalau lah rumah dibiar mcm ni, alamat nak masuk pun tak berani kerana seram dek sawang dan habuk. Bulan Mei aku sibuk siapkan paper untuk dua journal. Bulan Jun pulak adalah bulan sakit untuk ku. Bermulanya Jun bererti winter menjenguk muka di sini. Hari pertama suhu dah -1 degree. Tak pernah2 jadi mcm ni kat sini. Walau apapun semuanya terpaksa dilalui. Kat sini winter dipanggil musim penyakit. Doktor2 private tersenyum puas sebab pelangan sentiasa ramai bertandang ke klinik mereka termasuklah aku. Dah hampir 3 minggu aku menderita dek cold flu dan batuk yang teruk. Kadang2 batuk ni buat aku tak blh bernafas. Segala urat dan sendi sakit macam kena pukul. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Mungkin aku dah terlalu lama tak sakit, bila sekali sakit jadi teruk la pulak. Nasib baik anakku ok ja. Dia memang tahan dengan sejuk. Orang lain dah berlapis2 baju, dia relax ja dengan T-shirt biasa. Balik Malaysia nanti tahu la dia...mesti tak tahan panas. Dari kecik dia memang tak suka panas. Kalau panas muka dan telinga dia jd merah dan berbintik. Bila ingat nak kena balik Malaysia jadi kecut perut jadinya. Mcm2 nak kena buat. Research aku pun masih byk lagi yg perlu dibereskan. Ya Allah permudahkan la pengajianku di sini...Aku nak PhD ni...PhD ni bukan utk aku, tapi anugerah untuk seorang ayah yang terlalu banyak berkorban untukku...Rindunya aku pada wajah tua itu!!!

Saturday, April 30, 2011

layan je la

When you have a decision, that are all the risks you have to take. Minta lah rasa cinta dari Allah, kerana dalam cinta ada kekuatan untuk memaafan. Dalam kemaafan ada rahmat dan belas kasih. Kalau ALLAH dah tetapkan, apapun pasti berlaku. Pilihan kita adalah menjaga kemudi hati! Jangan berjudi dengan ketentuan takdir dari DIA yang Al Qadir & Al Muqtadir. Tiada bahagia dalam perjudian takdir! Pick your choice, finalise a decision & TAKE YOUR RISK kalau berani!"

Wednesday, April 27, 2011

Catatan kepulangan

Kesibukan aku menjadi2 selepas pulang dari tanah air. Manakan tidak hampir 14 hari aku meninggalkan kampus. 31/3-6/4 aku di Bali, Indonesia membentangkan hasil penyelidikanku. Rupanya Bali indah khabar dari rupa. Aku tidak menemui apa-apa di sana melainkan taburan kuil yang terlalu banyak hingga merimaskan aku. Mungkin Bali hanya sesuai untuk orang yang ingin bersosial tanpa limit. Rasa menyesal pun ada kerana terlalu lama di sini. 7/4 hingga 12/4 aku berada di kampung halamanku. Kerinduan yang terbuku kuleraikan bila bersama sanak saudara, lebih2 lagi apabila bersama emak, ayah dan dua anak tercinta. Terasa terlalu cepat masa berlalu, tak sempat menghilangkan rindu. Pelbagai peristiwa sedih seakan menunggu kepulanganku. Anak sulungku kemalangan, tiga hari sebelum aku sampai ke sana. Agak teruk juga lukanya, nasib baik tidak ada yang patah. Motornya rosak teruk akibat melanggar motor lain di persimpangan jalan. Malam sebelum ketibaan ku, sepupuku menghilangkan diri bersama "jantan durjana". Hingga kini masih belum dengar khabar berita. Dengar cerita jantan itu seorang penagih dan pengedar dadah. Harap2 sepupuku itu cepat insaf dan kembali ke panggal jalan. Ingatkan balik untuk rasa gembira tapi sebaliknya pulak. Kesihatan ayahku juga tidak menentu. Hepatitis B yg dihidapinya sukar diubati dalam masa yang singkat. Keingkarannya untuk mendapatkan rawatan di hospital memburukkan lagi keadaan. Aku amat sedih melihat diet pemakanannya. Seafood, daging, makan berminyak dan berlemak mesti dielakkan. Makin kurus la ayahku. Apa nak buat sudah tersurat. Aku tidak boleh lama di situ, terlalu banyak yang perlu aku bereskan di Deakin ini. Selamat tinggal semua, moga aku cepat dapat kembali lagi ke situ, insyaallah. Wajah-wajah tersayang akan tetap dalam ingatan

Friday, March 25, 2011

Peringatan

Masalah hanya mengejar mereka yang memang membenarkan masalah menjadi masalah dalam hidupnya.

Tuesday, March 22, 2011

Tak sabar nak balik

Aku menghitung hari. Tak sabar nak balik M'sia. Wajah-wajah tersayang yang dirindui akan ku tatap sepuas-puasnya. Biar pun aku dihimpit kekangan waktu,  keresahan terhadap ayah membuatkan aku tak senang duduk di sini. Aku mesti kembali ke sana.

Monday, March 21, 2011

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

Monday, March 14, 2011

Ayah

Ayah, aku amat2 merinduimu. Setiap detik aku amat bimbangkan kesihatanmu. Jarak pemisah ini amat menyeksakan. Sedihnya apabila digambarkan dirimu makin lemah, kurus dan tak bermaya. Sejak dari kecil aku jarang melihat dirimu membuang masa. Hidupmu penuh dengan aktiviti, tak reti nak duduk diam. Tapi kini, dirimu tidak segagah dulu lagi. Dirimu sudah dimakan usia dek pelbagai penyakit yang datang bertimpa. Pelbagai jenis ubat terpaksa kau telan demi melawan pelbagai penyakit itu.
Ayah, kerinduan ini sudah tak dapat ditahan. Aku ingin lekas bersamamu. Menghitung hari untuk sampai ke detik itu amat merimaskan. Moga aku ditakdirkan sampai ketemumu. Doaku moga kau cepat semboh dan kembali ceria seperti selalu.