Wednesday, September 23, 2009

Masjid Batu


Today I suppose to have a meeting with Bas and Leanne but Bas has full appoinment for the whole day. So the meeting will be posponed on Sunday 28 of september 09...alahai....my research is too slow. What should I do. Ya Allah please help me. I don't know what to do now.

Hari ni 4 syawal..aku bertekad berpuasa hari ni walau pun tekak terasa kering sangat. Tak boleh tangguh2 dah. Ramadhan kali ni terasa cepat sangat berlalu...tak puas lagi melewati hari-harinya...Tapi apa kan daya ianya dah berlalu....terasa sangat yang amalan ku amat kurang. Suasana di negara orang tak sama dengan negara sendiri. Aku amat rindu dengan Masjid Batu...Permatang Pauh. Masih terdengar2 merdunya suara imamnya membaca surah-surah dalam solat terawih. Masih terasa panasnya air mata ini mengalir tatkala melakukan qiam di sana...bersama ustaz Badrul Amin dan Dr Hassan Ali. Tazkirah yang disampaikan antara solat terawih amat-amat memberi kesan di hati...Namun kini semuanya tiada lagi....Hidup terasa tiada pengisiannya..kosong. Ya Allah, Kau tetapkan lah hati ku menuju keredhaanMu. Kau ringankan lah segala sendi-sendiku agar senang aku beribadat kepadaMu. Kau titipkanlah rasa puas dalam tidurku moga senang aku bangun mengadapMu di dinihari yang hening memohon keamponan dan restuMu....Kau ikhlaskan lah hati ku dalam berbuat kebajikan, Kau dorong la aku ke jalan-jalanMu, Kau himpunkan aku bersama hamba-hambaMu yang Kau kasihi...Kau bimbing lah aku..Aku perlukan perhatian dan pimpinanMu..jangan Kau pinggirkan aku walau sesaat...dan berilah kekuatan untukku terus beristiqamah kepadaMu...Ya Allah ya tuhanku...bantulah diri ku..................Amin!!!!!!


MUNAJAT
Tuhan... kubisikkan kerinduan keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduankeinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya Aidil Fitri di perantauan (20 September 2009)

Ini lah kali pertama aku berhari raya di perantauan, di bumi Geelong...sedihnya. Sebulan berpuasa di hujung musim winter dan awal spring bermacam-macam peristiwa aku lalui. Hari ke- 28 Ramadhan aku kena present kat HDR Annual Presentation. Teruk sangat presentation aku..byk slide aku yg hilang..dah la tu suara aku tak terkeluar sebab tekak terlalu kering...alahai teruk sungguh. Besoknya aku ponteng tak ke school sebab banyak urusan pembayaran bil yang perlu dibuat. Daging, ayam belum dibeli lagi. Banyak juga kerja yang aku perlu buat hari tu. Hari Sabtu sehari sebelum raya, lagi kelam kelibut aku dibuatnya...rumput dihalaman makin panjang, perlu di potong. Kuih raya x buat lagi, nasi dagang x masak lagi....dan yang paling extream barang-barang untuk di masak tak beli lagi.......teruknya aku. Ku pujuk hati...aku atur semua keja yang perlu dibereskan satu persatu. Pagi Sabtu yang hening aku bangun potong rumput. Mesin potong rumput pulak buat hal...habih jari-jari aku melecup...tapi alhamdullillah siap juga rumput dipotong..nampak lapang sikit halaman rumah ku..lepas siap potong rumput aku mandi dan bergegas keluar membeli barang keperluan untuk dimasak. Susah juga mencari barang yang diperlukan di negara asing ini...Sabar je la.. Pukul 4.30 ptg segala urusan membeli belah siap..Aku kepenatan teramat..Tapi bila ingatkan Raya besoknya, aku terpaksa gagahkan diri...Kerja memasak pun bermula...memasak ala kadar untuk berbuka puasa..Lepas buka puasa kerja-kerja membuat kuih raya dan masak nasi dagang pun bermula...Ya Allah tak cukup tangan rasanya....Tapi dek kerana teruja nak raya..semua keja dibuat juga..Tak tidur semalaman aku dibuatnya. Alhamdullillah siap juga empat jenis kuih raya ku dan nasi dagang ku berlaukkan ayam dan ikan tongkol..Lepas siap memasak, kerja-kerja mengemas rumah pulak terpaksa aku bereskan...Segala urusan selesai juga akhirnya dan aku pun berangkat untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Sampai je kat masjid...alahai ramainya...tak ada tempat parking dan tempat solat. Terpaksa berhimpit-himpit. Tak dengar langsung suara imam..Kami yang kaum muslimah solat ikut dan ja...tak puasnya solat kat sini...Lepas solat dah x ada takbir apa-apa..masing-masing keluar membawa haluan sendiri..Aku dan family menuju ke tempat perjumpaan anak-anak Melayu Geelong...beraya kat sana. Banyaknya juadah...makan sampai pecah perut dibuatnya..Bila dah kenyang, bersalam2man..masing-masing balik ke rumah sendiri...Aktiviti yang merugikan hari raya dibuat ....tidur la...ngantok sangat. Bila bangun hari dah nak malam....Habih dah hari raya ku. Tak seronoknya....mak....nak balik raya kat M’sia...!!!!!!!!

Friday, May 8, 2009

163 Minerva Road, Manifold Height, Geelong West



Esok aku akan pindah ke rumah itu. Tak tahu lah apa nasib aku kat situ. Kata Ros dia rasa seram tengok rumah tu. Aku pun bukannya berani sangat. Harap-harap tak ada apa yang tak elok berlaku. Aku amat berharap rumah ni memberi ketenangan pada diri dan jiwaku. Di sini aku akan memulakan seribu langkah ke depan. Pengalaman silam yang penuh kesedihan akan aku tinggalkan.
Rumah ini akan ku jadikan syurga untuk ku melewati hari-hari di sini. Aussie, terimalah aku insan kerdil yang penuh duka ini. Di sini akan ku rawati luka-luka yang masih berdarah. Ingin ku hayati detik-detik aku di sini sepenuhnya. Moga penderitaan ku kan berlalu. Ya Allah tolong lah hambaMu yang lemah ini. Aku tidak berdaya tanpaMu. Berilah sinar harapan untuk menuju kebahagian yang hakiki...Moga di sini bermulanya kebahagiaan itu. Amin!!!

Thursday, May 7, 2009

Malaysia oh Malaysia

Tinggal 12 hari lagi aku akan kembali ke bumimu. Tak sabar rasanya menemui wajah-wajah yang tersayang. Merindui mereka seumpama memakan diri...terlalu perit. Mak, ayah..tunggu kepulangan anakmu. Anakmu terlalu menderita tanpa restu kalian...Terasa sangat anakmu ini keseorangan. Jangan dipinggirkan diri ini. Sokongan dan kasih sayang kalian amat-amat diperlukan terutama di dalam situasi yang sebegini. Janganlah menghukum sesiapa. Anakmu tidak pernah meminta untuk jadi begini.
Anak-anak umi, tak sabar rasanya nak memeluk kalian. Tuhan sengaja memisahkan kita, untuk memberi peluang kepada kita menghayati betapa masa-masa yang ada perlu dilalui dan dihargai sepenuhnya. Umi redho dengan apa yang telah terjadi. Nasib umi tidak seperti orang lain. Umi harap anak-anak umi tidak melalui hidup yang seranjau umi.......Moga perjalanan hidup kalian mudah dan sentiasa diberkati.
Untuk dirimu, sabar lah dengan ujian tuhan ini. Penyakit yang kau hidapi terlalu serius. Perjalanan hidupmu terlalu sukar...Hanya tuhan saja yang mengetahui segala-galanya. Setiap ujian yang menimpa ada hikmahnya...Demi tuhan...tabahkan la hati. Harungi la hidup ini setabah-tabahnya....