Last week Umaira anak perempuan bongsu/tunggal ku terpilih jadi student of the week kat sekolah dia. Setelah 6 bulan bersekolah kat sini, baru kali ni dia terpilih.......seronok bukan main dia. Kat sini x ada test, x ada exam. Student dinilai base on physical achievement such as creativity, integrity and so on...Aku tak pergi pun pada hari dia dapat sijil tu. Balik rumah dia menangis mengamok kat aku sebab tak pergi tengok dia terima sijil sedangkan parent orang lain dapat pergi....rasa bersalah juga aku dibuatnya. Kesian Umaira...dia terlalu banyak berdikari sejak dari kecil lagi. Masa aku tinggalkan mereka untuk ke sini..dia lah yang menjaga makan minum abah dia yang terlantar sakit. Dia terpaksa menguruskan diri sendiri dan abah yang x berupaya...sedikit pun dia tak terasa geli dok basuh bekas kencing abah dia. Kesian Umaira..dalam usia 9 tahun dia dah terpaksa lalui semuanya ni....Moga dia akan jadi anak yang cemerlang di kemudian hari....Amin!!!!
Thursday, December 10, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Paip air kat toilet
Semalam 8/12/09 adalah birthday angah..anak keduaku. Dia terlalu manja dan agak pendiam jika berhadapan dengan orang yang tak dikenali. Hakikatnya dia amat kelakar dan sentitif. Kehadirannya ke sini amat membahagiakan aku. Semalam juga dia sibuk membantu abahnya memasang paip air kat toilet...susah sangat nak bersuci sebab tak ada air dalam toilet. Terpaksa dok angkut air dari bilik sebelah. Tiap-tiap pagi sebelum datang ke school aku kena pastikan dulu ada air kat dalam toilet untuk kegunaan hubbyku..dia susah nak mengangkut air dengan tongkatnya. Bila dah pasang paip air ni, baru terasa dok rumah sendiri...kalau tak terasa dok kat rumah mat salleh ja. Sekarang ni senang la sikit...... tak kena dok mengangkut lagi dah. Thanks untuk angah dan hubby ku.
Friday, December 4, 2009
Angah selamat sampai....
Akhirnya anakku yang kedua sampai juga ke Australia setelah berbulan-bulan menunggu. Dia sampai kat Melbourne Airport kul 12.25 pm dan aku terpaksa tunggu selama 2 jam baru dia selamat chek-out. Masa dok menunggu tu macam-macam kerisauan bermain difikiran. Takut tersangkut kat imegresen...... Maklumlah masa dia nak check-in kat KL dia hadapi masalah besar. Dia tak dibenarkan ke sini sorang2 tanpa peneman sebab di bawah umur...Meleleh air mata dah la anakku. Aku cuba minta airport assistant tapi tak juga dibenarkan selagi tak ada peneman buat anakku. Dia tak boleh berlepas ke sini sorang2. Malam tu aku dengan hubby ku x boleh melelapkan mata disebabkan masalah ni. Nasib baik la Allah utuskan seseorang untuk membantu anakku. Terima kasih tak terhingga untuk adik Fatin...student Medic university kat Tasmania yang sudi menjadi pengiring/peneman anakku...Kalau tak.. kerinduan ini tak akan terubat, dan anakku tak kan merasa pengalaman naik kapal terbang dan menjejak kaki di bumi Australia ni....Dia terlalu excited...tak berhenti2 cerita pengalamannya atas kapal terbang. Dia rasa seolah-olah bermimpi dapat sampai ke sini. Alhamdulillah yang tak terhingga kerana semuanya ini...Barang-barang makanan yang dibawa juga tak dirampas.....leganya.....
Hubby ku dapat abang baru
Hubbyku dapat abang baru.....seronok dia bila ada tetamu bertandang kat rumah. Maklumla boring seharian dok kat rumah sorang-sorang selepas hantar aku dan anak bongsunya ke sekolah. Ayah Amy student PhD datang bermalam kat rumahku kerana mengikut Amy ke sini untuk ambik sample ikannya..Apa lagi berborak sakan la kerana jumpa orang senegeri..bersebelahan kampung dan pernah mengaji di sekolah yang sama pulak tu. Aku tak boleh join sangat la sebab tak faham loghrat kelate yang digunakan...pekat sangat..banyak istilah2 kuno yang digunakan. Teringin juga nak kechek kelate ni...tapi bila aku cakap depa gelakkan aku. Hubby ku kata aku kechek macam orang siam masuk kampong ja.....geram juga aku...sabar je la.... Tapi aku seronok sekali dapat kenal dengan parent Amy.
Subscribe to:
Posts (Atom)
