Kerinduan yang terucap dengan kata2...tersemat jauh disudut hati
Di sini tersemat kasih sayang hakiki
Friday, April 9, 2010
Hati yang memberontak
Hati memberontak...
kenapa jadi mcm ni,
kenapa tak serik lagi,
masih leka tak sedar diri,
membuat kesilapan yang sama acap kali
apakah ini kelemahan diri atau diri dikuasai.........
tolong la wahai diri,
kuatkan iman di hati
banyakkan solat mengisi sepi
bertahajjud, hajat dan taubat pengisian sejati
dari iblis musuh azali.......
ingat la....rumah dah kata pergi, kubur kata mari
jangan menyesal kemudian hari
bila taubat tak diterima lagi
baru lah tahu untung nasib sendiri
bila neraka jadi kediaman hakiki
nak balik ke dunia tak dibenarkan lagi
Mulai hari ini.........
jadi la diri muslim sejati
usah terpedaya usah kena tipu lagi......
bukan senang syurga nak dihuni
tidak payah neraka nak dijauhi
Cuma pesan la pada diri
ibadat mesti lah berquantiti serta berkualiti
maksiat perlu dijauhi
istiqamah dalam memperbaki diri
hari ini mesti lah lebih berkualiti
dari hari semalam yang telah disusuli.
mak.....doa untuk anak mu di sini
kenapa jadi mcm ni,
kenapa tak serik lagi,
masih leka tak sedar diri,
membuat kesilapan yang sama acap kali
apakah ini kelemahan diri atau diri dikuasai.........
tolong la wahai diri,
kuatkan iman di hati
banyakkan solat mengisi sepi
bertahajjud, hajat dan taubat pengisian sejati
dari iblis musuh azali.......
ingat la....rumah dah kata pergi, kubur kata mari
jangan menyesal kemudian hari
bila taubat tak diterima lagi
baru lah tahu untung nasib sendiri
bila neraka jadi kediaman hakiki
nak balik ke dunia tak dibenarkan lagi
Mulai hari ini.........
jadi la diri muslim sejati
usah terpedaya usah kena tipu lagi......
bukan senang syurga nak dihuni
tidak payah neraka nak dijauhi
Cuma pesan la pada diri
ibadat mesti lah berquantiti serta berkualiti
maksiat perlu dijauhi
istiqamah dalam memperbaki diri
hari ini mesti lah lebih berkualiti
dari hari semalam yang telah disusuli.
mak.....doa untuk anak mu di sini
Thursday, April 8, 2010
Sakit Pinggang
Rasa lama sangat tak update blogku ini...kesibukan yang direka...kalau pandai meguruskankannya, 24 jam akan cukup untuk buat apa yang sepatutnya...Seminggu masyarakat kat sini bercuti sempena Easter (2-7 April), selama seminggu juga aku menderita sakit belakang hingga kini. Aku pun tak pasti apa puncanya. Selama ni aku memang selalu juga sakit belakang tapi tak la rasa seteruk ni...bila makan jamu kacip Fatimah Orang Kampung lega la rasa sakit tu...Tapi kali ni sakit tu sakit yang teramat. Nak tidur pun tak lena. Bergerak sikit dah rasa ngilu seluruh badan. Nak berjalan pun rasa tak betul..macam ketam berjalan ja...Sakitnya tuhan saja yang tahu. Mungkin factor umur yang buat aku jadi mcm ni atau aku terlalu memaksa diri. Segala urat saraf dah tak sekuat dulu...sakit memanjang...tu la tak sedar diri lagi, dunia dah kata pergi, kubur dah dok nanti masih nak hidup mcm dulu2 lagi...sudah2 la tu wahai diri....pujuk la, rayu la hati, kuatkan diri....jangan dok leka lagi. Masa yang berlalu, manfaatkan la. Sampai bila nak hidup mcm ni...tak terisi.
Ya Allah, aku hambaMu yang tak sedar diri...ampunilah aku. Aku begitu teringin bersamaMu setiap sepertiga malam yang sunyi...namun aku masih belum ada kekuatan diri...Aku kalah dengan alasan kesejukan di sini. Ya Allah bantu la hambaMu ini...Kuatkan semangat dan kekuatan dalam diriku supaya aku mampu bangun bersolat padaMu. Aku ingin sekali menjadi hambaMu yang sentiasa dekat denganMu, sentiasa mengingatiMu, menjadikanMu peneman dalam apa jua keadaan. Janganlah Kau sisihkan aku walau sesaat. Aku tak ingin hidup ini dipersiakan lagi............................
Tuesday, March 23, 2010
Kerisauan pada wetlandku
Hari Sabtu lepas aku dan family berangkat ke Melbourne menghantar kawanku balik ke Malaysia..Dia akan menyambung PhDnya di sana selepas lebih setahun kat sini. Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk diri dan familynya...Aku yang kat sini masih teraba2 lagi. PhD satu perjalanan yang sukar...namun aku akan tetap berjuang mengharungi kesukaran ini. Moga Allah mempermudahkan laluan untuk aku memilikinya. Wahai projek wetland ku menjadi la...jgan lah dok dera aku...result experiment yang aku dapat masih entah apa2...kat mana yang x kena...takutnya aku!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
