Dah lama aku tak menjengah rumah ni..makin banyak sawang dan berdebu..kesiannya...., makin lapuk tak terurus nampaknya. Hari ni rasa nak singgah sebentar buat melepas serabut di kepala...memang aku betul2 serabut la ni. Aku rungsing betul dgn projek wetlandku...lambatnya progress dan masa berlalu begitu pantas...Banyak pulak halangan dan rintangan. Aku heran dengan phramites australis ni (pokok2ku)...Tak larat dah aku nak membelainya. Lebih sebulan aku semai, namun pucuk baru yang muncul hanya dua tiga batang saja tu pun tak sampai 1/2 kaki tumbuhnya...yang selebihnya mati begitu saja. Yang aku tanam lebih dari setahun pulak macam2 pulak yang berminat. Dua, tiga jenis seranga yang singgah, pada hal kalau kat luar tu pokok2 ni tumbuh meliar ja, tak ada satu serangga pun yang peduli dan minat..terpaksa dibunuh pulak...akibat terlalu banyak dan cepat membiak. Pokok2 aku ni bila naik tinggi sikit banyak la pulak yang singgah dan metetap kat situ..habih disedutnya nutrient yg ada kat pokok tu...kurus melidi dan mati terus....eeeeiiiii geramnya aku. Dah 3 jenis insect spray yang aku guna...nampak mcm kurang berkesan ja....sat lagi bukan serangga yang mati, tapi pokok2 aku pulak yang kojol akibat terlebih racun. Airnya pulak special made...bukan yang natural...sedap sangat kot. Yang aku paling heran, bukan saja serangga yang berminat..burung2 pun semacam ja. Pantang pintu lab dibuka, ada saja yang nak singgah. Merpati la, cak rumah dan entah apa spesis lagi pun aku tak tau...harap2 jangan gagak sudah lah yg masuk..takut habih ranap pokok2ku nanti. Agaknya ini lah tarikan wetland...biar pun artificial. Apa2 pun.. jangan lah kacau projek aku...cari lah kat tempat lain yang lebih banyak dan subur...aku nak PhD ni....kalau tak dapat, sat lagi malu satu university.....eeeeiiiiiiii tak rela aku...Ya Allah tolong la!!!!!!!!Wahai pokok2 ku dan batu2 yang menjadi filter media wetlandku..treat la synthetic wastewater tu betul2....hasilkan treatment efficiency yang excellent...jangannya dok tak ketahuan resultnya...sekejab turun, sekejab naik.....sat lagi aku yang jadi tak ketahuan....haru sungguh!!!!
Tuesday, November 23, 2010
Tuesday, October 12, 2010
Untukmu untuk diriku yang bergelar wanita
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Wednesday, October 6, 2010
Untuk diri sendiri
Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.
Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali
sumber :Genta rasa
Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali
sumber :Genta rasa
Tuesday, October 5, 2010
Selamat menempuh PMR untuk angah
Hari ni angah akan menduduki PMRnya...selamat berjuang angah...umi dan abah hanya mampu berdoa dari jauh...Sedih bila dengar cerita dari along, angah menangis semasa program solat hajat kat sekolah baru-baru ni...sabar la angah..memang sedih..orang lain semua parent yang hadir...angah cuma ada along...syukur la along masih ada kat sana....apa yang Allah aturkan untuk kita pasti ada hikmahnya....doa umi moga angah dapat menjawap semua soalan untuk semua subjek dengan tenang dan tepat. Moga Allah memberi kecerdikan dan angah dapat fokus terhadap apa yang dilakukan...solat hajat banyak2 ya angah...doa bersungguh2..moga Allah memberi kejayaan untuk angah...Amin!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)