Wednesday, November 25, 2009

Kad bank ku hilang


Semalam aku pi isi minyak keretaku....hati rasa lapang sebab duit elaun dah masuk. Hati menyanyi2 riang...biasa la dah lama dok berjimat sebab pokai. Lepas isi minyak penuh tangki, aku pi bayar kat kaunter..selalunya aku guna saving card aku sebab malas nak ada cash banyak2 kat tangan...dengan penuh confident aku bagi kad aku kat cashier tu....lama dia tenung aku...rupa2 nya aku tersalah bagi kad. Aku terbagi kad RACV aku kat dia kebetulan warnanya sama dengan kad bank aku. Aku pun mencari-cari kad bank aku dlm hand bag. Rupa-rupanya kad bank aku tu tak ada. Aku dah mula panic...berpeluh dah kat muka....nasib baik ada lagi balance duit aku...kalau tak..tak tau la nak buat macam mana. Kat sini isi minyak dulu baru bayar....alahai pucat lesi mukaku waktu tu...aku bergegas balik kat rumah cari kad bank tu...puas mencari tak juga jumpa...ni mesti kes tercicir ni. Aku makin risau sebab duit elaun untuk 3 bulan baru je masuk..tak sempat nak guna lagi..kalau la...........mcm2 terfikir dlm fikiran aku. Aku pun segera contact customer service bank tu inform pasai kehilangan kad aku...nasib la masih belum terlambat....hari ni aku hidup dengan sedikit duit yang berbaki sementara menunggu untuk dapat kad yang baru. Apa nak buat benda... dah nak hilang

Cuba fahami wanita


Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

.. & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi saya paparkan intinya saja. Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.



Monday, November 23, 2009

Pemimpin yang dikagumi
























serba sederhana dari mula hingga kini..
harta dunia diletak ketepi
rumah sendiri tak berbaiki
namun sentiasa dikunjungi

sukarnya mencari pengganti
dikagumi sana sini
namun masih ada yang membenci
mencari ruang untuk menyakiti

entah apa yang didengki
pada insan yang sebegini
hidupnya untuk berbakti
tiada sekelumit kepentingan diri

Friday, November 20, 2009

Cari lah hatimu

Imam Ghazali : “ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

oleh:lutfi