Aku rasa letih sangat....pada hal tak banyak sangat kerja yang aku lakukan dua, tiga hari ni. May be penat menunggu result PMR angah dan nervous untuk present paper awal Januari ni. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana angah dah berjaya dalam PMRnya. Berbekalkan result 9A, harap2 dia terpilih ke sekolah yang dihajati. Aku hanya mampu berdoa agar angah dapat apa yang terbaik untuk masa depannya. Tak sampai 10 hari lagi aku akan ke NZ untuk present paper buat pertama kalinya di luar Deakin University. Slide presentation tak siap lagi, dok sibuk siapkan paper untuk conference di Bali dan Tunisia pulak. Letihnya....!!!Kadang2 terasa aku banyak mengabaikan family demi untuk diriku sendiri. Maafkan umi !! Dalam keadaan kalut dan tak terurus, umi tetap tidak melupakan semua anak2 umi. Moga umi dapat tamatkan pengajian ini dgn success dan kita akan bersama lagi. Takutnya nak ke NZ sorang2..moga Allah permudahkan perjalanan ku ke sana.
Saturday, December 25, 2010
Thursday, November 25, 2010
Ikhlaskah diri sebelum diuji
Dalam hidup ini banyak sangat perkara yang dilakukan tanpa wujud rasa ikhlas dalam hati. Ada benda yang dilakukan hanya untuk menunjuk2, dan ada pulak hanya untuk mengambil kesempatan. Hanya empunya diri yang tahu apa yang dibuatnya itu ikhlas atau tidak...Kadang2 kita sudah berusaha untuk berlaku ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita dilakukan. Kita cuba membuat pelbagai kebajikan. Tapi kadang2 umpama madu diberi, racun pulak yang dapat...Pertolongan yang diberi, bebanan lain pulak yang tergalas. Rupa-rupanya semakin kita berazam untuk berbuat baik dengan ikhlas semakin tinggi pulak cubaannya. Selalunya kita akan tewas dengan ujian itu kerana kita belum mencapai tahap ikhlas yang sebenarnya....kita masih mengharap balasan baik atas setiap kebajikan yang kita taburkan, pada hal ikhlas itu sebenarnya melakukan sesuatu tanpa ada niat tertentu dan tidak mengharapkan apa2 ganjaran...tinggi sungguh ujian untuk mencapai tahap ikhlas ini....susah untuk lulus apalagi untuk mendapat markah yang cemerlang...selalunya kita akan merungut dan terus merungut apabila perbuatan baik kita tidak dihargai. Kita akan mengungkit satu persatu setiap pertolongan kita yang tidak dibalas dengan sewajarnya apatah lagi jika perbuatan baik itu terus dilupakan....susahnya untuk mendidik hati menjadi ikhlas...dan tak usah lah mengaku apa yang dibuat itu ikhlas selagi tidak betul2 diuji...berdoa untuk mencapai tahap keikhlasan itu, dan bersedialah untuk dinilai dengan ujian keikhlasan dariNya.
Tuesday, November 23, 2010
Wahai pokok2 ku....subur lah
Dah lama aku tak menjengah rumah ni..makin banyak sawang dan berdebu..kesiannya...., makin lapuk tak terurus nampaknya. Hari ni rasa nak singgah sebentar buat melepas serabut di kepala...memang aku betul2 serabut la ni. Aku rungsing betul dgn projek wetlandku...lambatnya progress dan masa berlalu begitu pantas...Banyak pulak halangan dan rintangan. Aku heran dengan phramites australis ni (pokok2ku)...Tak larat dah aku nak membelainya. Lebih sebulan aku semai, namun pucuk baru yang muncul hanya dua tiga batang saja tu pun tak sampai 1/2 kaki tumbuhnya...yang selebihnya mati begitu saja. Yang aku tanam lebih dari setahun pulak macam2 pulak yang berminat. Dua, tiga jenis seranga yang singgah, pada hal kalau kat luar tu pokok2 ni tumbuh meliar ja, tak ada satu serangga pun yang peduli dan minat..terpaksa dibunuh pulak...akibat terlalu banyak dan cepat membiak. Pokok2 aku ni bila naik tinggi sikit banyak la pulak yang singgah dan metetap kat situ..habih disedutnya nutrient yg ada kat pokok tu...kurus melidi dan mati terus....eeeeiiiii geramnya aku. Dah 3 jenis insect spray yang aku guna...nampak mcm kurang berkesan ja....sat lagi bukan serangga yang mati, tapi pokok2 aku pulak yang kojol akibat terlebih racun. Airnya pulak special made...bukan yang natural...sedap sangat kot. Yang aku paling heran, bukan saja serangga yang berminat..burung2 pun semacam ja. Pantang pintu lab dibuka, ada saja yang nak singgah. Merpati la, cak rumah dan entah apa spesis lagi pun aku tak tau...harap2 jangan gagak sudah lah yg masuk..takut habih ranap pokok2ku nanti. Agaknya ini lah tarikan wetland...biar pun artificial. Apa2 pun.. jangan lah kacau projek aku...cari lah kat tempat lain yang lebih banyak dan subur...aku nak PhD ni....kalau tak dapat, sat lagi malu satu university.....eeeeiiiiiiii tak rela aku...Ya Allah tolong la!!!!!!!!Wahai pokok2 ku dan batu2 yang menjadi filter media wetlandku..treat la synthetic wastewater tu betul2....hasilkan treatment efficiency yang excellent...jangannya dok tak ketahuan resultnya...sekejab turun, sekejab naik.....sat lagi aku yang jadi tak ketahuan....haru sungguh!!!!
Tuesday, October 12, 2010
Untukmu untuk diriku yang bergelar wanita
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Subscribe to:
Posts (Atom)