Friday, January 22, 2010

Rindunya pada majlis ilmu

19/1/10 genap setahun aku menjadi student Deakin Uni. Masa bergerak terlalu pantas tak terasa dah setahun lebih aku di bumi kangaroo ni...Yang aku rasai cuma jiwaku semakin kosong. Aku terlalu rindukan majlis-majlis ilmu yang selalu aku kunjungi dulu terutama di Masjid Batu. Seronoknya..terasa jiwa telah mendapat penawarnya. Tenangnya bila sudah selesai berjemaah dan bersalaman dengan jemaah yang ada.....Keserabutan jiwa terlerai buat seketika...Diri selalu dingatkan dengan dosa pahala dan mati yang kian hampir...Masjid Batu, aku terlalu rindu untuk mengunjungimu..

Peasn roh kepada manusia yang masih hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Friday, January 8, 2010

Angah dah balik Malaysia

Semalam tepat pukul 9.45 pm kami sekeluarga bergegas menghantar angah ke Melbourne International Airport. Dia akan bertolak balik ke Malaysia dengan penerbangan Airasia tepat pukul 1.10 am. Kami sampai kat airport pukul 10.50 pm dan kaunter daftar masuk (check-in) dah dibuka. Berduyun-duyun orang beratur untuk check-in....ramainya. Tak nampak sorang pun muka Melayu..Angah dah mula gelisah....Dalam dok tunggu nak check-in tu, aku nampak kelibat Dr Faiz dgn wife dia. Kebetulan malam tu parent Dr Faiz juga nak balik Malaysia setelah bercuti kat sini. Nasib angah memang baik..ada juga orang yang boleh diharap untuk menemaninya. Masa nak check-in kat kaunter banyak juga proses yang kena buat..sebab angah travel sorang2 di bawah umur. Nasib la ada parent Dr Faiz....senang sikit segala urusan...Wan dengan along pulak terpaksa tunggu dalam kereta sebab masalah parking...sedihnya nak melepaskan angah balik sorang2. Tapi aku nampak angah memang bersemangat untuk menghadapi PMRnya.....tambahan pulak tahun ni dia dapat belajar di kelas pertama. Harap2 semangat tu berterusan dan dia boleh mencipta kejayaan keduanya selepas UPSR....Umi sentiasa bersama angah...jangan rasa angah kesorangan kat sana...Walau pun jauh kita tetap dekat di hati. Kita sama2 pulun untuk menggapai impian....umi dgn PhD ini...angah dengan PMR angah....moga perjalanan hidup kita dipermudahkan...