Monday, September 28, 2009

You Came To Me

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafaala habibika nabika mustafa

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between
For you I'd sacrifice, for you I'd give my life
Any thing just to be with youI feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

CHORUS
Sallahuma salay alla sayiddina mustafaala habibika nabika mustafa

Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya rasulallah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafaala habibika nabika mustafa

House Inspection

Hari Sabtu 26/09/09 banyak aktiviti yang aku buat bersama Mila. Seawal 7.00 am aku berjalan kaki dalam kesejukan menuju ke kedai menjual surat khabar. House for rent yang menjadi fokus kami. Criteria rumah yang kami pilih; location, prize, no. of bed room and other facilities. The location must be near to school, so we choose Geelong West, the prize must be below than AUD 260 per week and the house should have 3 bed room..So mula la kami search rumah dalam paper hari tu. Ada tiga rumah yang dibuka untuk inspection. Kami bergegas ke setiap lokasi rumah tu mengikut waktu yang ditetapkan.......Cantik rumah-rumah mat salleh ni. Depa cukup beradun dalam menghias rumah..Setipa rumah yang aku pi tengok mesti ada kelainan. Memang syurga dunia untuk depa. Mila masih belum cukup dokumen untuk terus hantar application untuk setiap rumah yang kami pi inspect. Kena tunggu hari isnin ni..baru semua dokumen tu dapat disiapkan. Petang Sabtu tu aku terima sms dari Dr Faiz. Dia nak datang beraya kat rumah....Bestnya ada tetamu lagi. Aku bergegas balik masak apa yang patut. Sebelah malamnya aku dan semua tetamu yang ada di rumah dapat jemputan Hari Raya di rumah abg Yusuf...Singaporian yang dah menetap kat sini...Makan lagi.......!!!!Alamatnya aku tak dapat berdiet lagi. Makin kembang la badan ku...Hasrat hati nak slim...nampak gaya tinggal harapan la.









Tetamu dari Malaysia

Hujung mingguku (25-27/9/09) yang agak sibuk. Aku menerima tetamu yang tidak kukenali...Mila dari Malaysia, seorang pelajar PhD yang akan memulakan pengajiannya di kampus Water Front, Deakin University. Dia datang bersama family.... tiga orang anak, suami dan adiknya. Sebelum tu aku hanya mengenalinya melalui kawanku, Siti. Siti memohon pertolongan ku menerima tetamu ini untuk seketika kerana rumahnya waktu tu dah tak muat..Dia juga menerima ramai tetamu dari Malaysia...Aku memang tak kisah langsung untuk menerima Mila dan keluarganya....cuma yang aku rungsing, rumah aku yang tak seberapa...tak cantik, rumah lama dan susunan biliknya yang kurang selesa. Aku takut Mila tak betah tinggal di sini..tambahan pulak gaya hidup ku yang terlalu sempoi.....Aku hidup dengan apa yang ada sahaja. Di rumah ku tak ada pinggan mangkuk berjenama "corell", pakai pinggan plastik ja...pendek kata macam rumah orang Bangla yang datang ke Malaysia ja....Harap-harap Mila sekeluarga boleh terima semuanya ni. Aku akan membantunya semampu yang mungkin...Dan aku amat-amat mengharapkan apa yang aku lakukan ini datang dari hati yang cukup ikhlas, suci dan dapat memberi bantuan dan kesenangan pada seseorang yang memerlukan pertolongan. "Ya Allah, jadikan lah aku seorang insan yang boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan dan jadikanlah aku penghubung silaturahim dan bukannya seseorang yang menjadi punca permusuhan..Ikhlaskan hati ini seikhlas-ikhlasnya....moga aku beroleh ketenangan di sini...Amin!!!

Thursday, September 24, 2009

Pengubat rinduku

Pagi-pagi lagi aku dah buka e-mailku..bukannya ada apa sangat tapi dah jadi habit...tak akan puas kalau tak baca e-mail dulu sebelum buat kerja-kerja yang lain...Alangkah happynya aku dapat e-mail dari anakku di Malaysia. Terubat sikit rinduku menatap picture yang disertakan. Makin besar rupanya anakku ini....
Salam Aidil Fitri diucapkan berserta luahan rindu buat ibu diperantauan. Peritnya melalui perpisahan ini..namun demi PhD ini aku kuatkan hati. Sabarlah anak-anak umi...hujung tahun ni kita akan bersama kembali. Tak sabar rasanya menantikan saat itu. Belajar elok-elok, jangan lupa Allah. Dia sentiasa bersama kita walau dimana kita berada. RahmatNya sentiasa ada, Kasih sayangNya tak pernah luak...Biarlah kita dambakan sepenuh kecintaan kita padaNya....Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah Dia hampiri kita. Biarlah kita sama-sama berusaha untuk menuju FirdausNya...Hidup ini bukannya lama sangat...guna peluang yang ada untuk dibuat bekalan di hari bertemuNya. Sayang sangat dekat angah dan along yang ditinggalkan...Perpisahan ini akan memantapkan lagi jiwa kalian...Bayangkan nabi sudah jadi yatim piatu di usia yang masih kecil..anak-anak umi hanya berpisah sementara sahaja..umi dan abah masih ada didunia ni...

Wednesday, September 23, 2009

Masjid Batu


Today I suppose to have a meeting with Bas and Leanne but Bas has full appoinment for the whole day. So the meeting will be posponed on Sunday 28 of september 09...alahai....my research is too slow. What should I do. Ya Allah please help me. I don't know what to do now.

Hari ni 4 syawal..aku bertekad berpuasa hari ni walau pun tekak terasa kering sangat. Tak boleh tangguh2 dah. Ramadhan kali ni terasa cepat sangat berlalu...tak puas lagi melewati hari-harinya...Tapi apa kan daya ianya dah berlalu....terasa sangat yang amalan ku amat kurang. Suasana di negara orang tak sama dengan negara sendiri. Aku amat rindu dengan Masjid Batu...Permatang Pauh. Masih terdengar2 merdunya suara imamnya membaca surah-surah dalam solat terawih. Masih terasa panasnya air mata ini mengalir tatkala melakukan qiam di sana...bersama ustaz Badrul Amin dan Dr Hassan Ali. Tazkirah yang disampaikan antara solat terawih amat-amat memberi kesan di hati...Namun kini semuanya tiada lagi....Hidup terasa tiada pengisiannya..kosong. Ya Allah, Kau tetapkan lah hati ku menuju keredhaanMu. Kau ringankan lah segala sendi-sendiku agar senang aku beribadat kepadaMu. Kau titipkanlah rasa puas dalam tidurku moga senang aku bangun mengadapMu di dinihari yang hening memohon keamponan dan restuMu....Kau ikhlaskan lah hati ku dalam berbuat kebajikan, Kau dorong la aku ke jalan-jalanMu, Kau himpunkan aku bersama hamba-hambaMu yang Kau kasihi...Kau bimbing lah aku..Aku perlukan perhatian dan pimpinanMu..jangan Kau pinggirkan aku walau sesaat...dan berilah kekuatan untukku terus beristiqamah kepadaMu...Ya Allah ya tuhanku...bantulah diri ku..................Amin!!!!!!


MUNAJAT
Tuhan... kubisikkan kerinduan keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduankeinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya Aidil Fitri di perantauan (20 September 2009)

Ini lah kali pertama aku berhari raya di perantauan, di bumi Geelong...sedihnya. Sebulan berpuasa di hujung musim winter dan awal spring bermacam-macam peristiwa aku lalui. Hari ke- 28 Ramadhan aku kena present kat HDR Annual Presentation. Teruk sangat presentation aku..byk slide aku yg hilang..dah la tu suara aku tak terkeluar sebab tekak terlalu kering...alahai teruk sungguh. Besoknya aku ponteng tak ke school sebab banyak urusan pembayaran bil yang perlu dibuat. Daging, ayam belum dibeli lagi. Banyak juga kerja yang aku perlu buat hari tu. Hari Sabtu sehari sebelum raya, lagi kelam kelibut aku dibuatnya...rumput dihalaman makin panjang, perlu di potong. Kuih raya x buat lagi, nasi dagang x masak lagi....dan yang paling extream barang-barang untuk di masak tak beli lagi.......teruknya aku. Ku pujuk hati...aku atur semua keja yang perlu dibereskan satu persatu. Pagi Sabtu yang hening aku bangun potong rumput. Mesin potong rumput pulak buat hal...habih jari-jari aku melecup...tapi alhamdullillah siap juga rumput dipotong..nampak lapang sikit halaman rumah ku..lepas siap potong rumput aku mandi dan bergegas keluar membeli barang keperluan untuk dimasak. Susah juga mencari barang yang diperlukan di negara asing ini...Sabar je la.. Pukul 4.30 ptg segala urusan membeli belah siap..Aku kepenatan teramat..Tapi bila ingatkan Raya besoknya, aku terpaksa gagahkan diri...Kerja memasak pun bermula...memasak ala kadar untuk berbuka puasa..Lepas buka puasa kerja-kerja membuat kuih raya dan masak nasi dagang pun bermula...Ya Allah tak cukup tangan rasanya....Tapi dek kerana teruja nak raya..semua keja dibuat juga..Tak tidur semalaman aku dibuatnya. Alhamdullillah siap juga empat jenis kuih raya ku dan nasi dagang ku berlaukkan ayam dan ikan tongkol..Lepas siap memasak, kerja-kerja mengemas rumah pulak terpaksa aku bereskan...Segala urusan selesai juga akhirnya dan aku pun berangkat untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Sampai je kat masjid...alahai ramainya...tak ada tempat parking dan tempat solat. Terpaksa berhimpit-himpit. Tak dengar langsung suara imam..Kami yang kaum muslimah solat ikut dan ja...tak puasnya solat kat sini...Lepas solat dah x ada takbir apa-apa..masing-masing keluar membawa haluan sendiri..Aku dan family menuju ke tempat perjumpaan anak-anak Melayu Geelong...beraya kat sana. Banyaknya juadah...makan sampai pecah perut dibuatnya..Bila dah kenyang, bersalam2man..masing-masing balik ke rumah sendiri...Aktiviti yang merugikan hari raya dibuat ....tidur la...ngantok sangat. Bila bangun hari dah nak malam....Habih dah hari raya ku. Tak seronoknya....mak....nak balik raya kat M’sia...!!!!!!!!