Tuesday, August 16, 2011

Sedihnya hati

Wahai hati, tenang lah. Cukup la bersedih. Yang pergi tetap abadi di sana. Persiapkan dirimu untuk ke sana juga. Sudah-sudah la merintih. Memang sudah begini takdir hidupmu. Perginya  tanpa dirimu disisi. Terima lah realiti ini walau betapa sakitnya rasa. Sukarnya untuk memujuk diri. Masih terasa-rasa dia ada di sana menunggu kepulanganku. Masih terbayang2 wajah dan terdengar2 suaranya. Ya Allah sakitnya melalui ujian ini. Ujian kehilangan orang tersayang terlalu perit untuk melepasinya. Hanya ketabahan ku pohon padaMu. Walau apapun yang terjadi hidup ini terpaksa jua diteruskan ...Moga-moga kebahagiaan, ketenangan dan rahmatNya sentiasa mengiringimu di sana. Aku tak mampu lg untuk berbuat apa2 melainkan secebis doa yang tak pernah putus ku pohonkan padaNya. Setiap kali hati ini teringat padamu setiap kali itu lah kusedekahkan bacaan Al fatihah dan Qulhuallah untukmu di sana. Aku amat-amat rindu padamu ayah...

Tuesday, August 9, 2011

Ayah, selamat kembali kepadaNya. Moga rohmu tenang di sana

 Tepat pukul 4.55 petang, hari kedua Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011aku telah kehilangan seorang ayah yang amat-amat aku sayang dan rindui. Hanya Allah yang mengetahui perasaan ku tika itu. Terasa dunia seakan tiada ertinya lagi...Aku ditakdirkan tidak sempat menemuinya. Hanya Allah yang mengetahui betapa peritnya melalui detik-detik ini. Hati ku pernah terdetik, mungkin inilah Ramadhan terakhir untuk ayahku, ditambah pula aku pernah bermimpi arwah nenek (mak mertua ayah) mengajak ayah pergi mengikutnya sekitar 2 bulan yang lalu. Aku tidak menyangka semuanya ini betul-betul petunjuk dariNya. Hari pertama berpuasa, aku menghubungi mak bertanyakan keadaan ayah di sana. Ayah tak berapa sihat dan masih mampu berpuasa dan solat terawih walaupun hanya 8 rakaat. Ayah hanya terbaring untuk menunggu waktu berbuka. Mak  berkali2 menyuruhnya agar  tidak berpuasa memandangkan keuzurannya namun dia tetap tabah menghabiskan sehari itu. Namun selepas berbuka puasa ayah muntah2 dan cirit, mungkin kerana hatinya tidak berfungsi lagi. Menurut kata kakakku ayah mengambil  vitamin supaya dia diberi tenaga untuk berpuasa keesokkannya. Rupa-rupanya vitamin itu bukan penyelesaian tapi menyebabkan hatinya makin teruk. Muntah dan cirit ayah makin menjadi2. Dia tak mampu berpuasa hari tu. Tapi masih boleh berbual dan menerima kunjungan kawan2 karibnya. Sekitar pukul 4 pm waktu Australia (2 pm waktu Malaysia) ketika aku sibuk di lab dan aku tak terperasan menerima dua panggilan. Melihatkan 2  panggilan tak berjawap itu membuatkan hatiku tak tenang. Nombor phone Malaysia..sure berkaitan dengan kesihatan ayahku. Sangkaanku tepat, ayahku agak tenat waktu itu. Kakakku minta aku berdoa banyak2 di sini. Aku sebak tak dapat berkata apa. Aku call hubbyku, dia suruh aku solat hajat dan berdoa. Sesungguhnya ketika solat hajat itu aku seperti kehilangan akal... aku tidak tahu apa yang perlu aku doakan. Aku hanya menzahirkan apa yang terlintas padaNya tika itu. "Ya Allah sesungguhnya aku tidak tahu apa yang perlu aku doakan untuk ayahku di sana. Berilah yang terbaik untuknya. Jika kesembuhan itu yang terbaik untuknya, Kau sembuhkan lah dia seperti sediakala. Aku tidak sanggup melihat ayahku menderita. Jika kematian itu terbaik untuknya, Kau jemputlah dia dengan rahmatMu. Kasihan belas lah padanya". Hanya itu yang terucap dalam doaku. Aku menangis sepuas-puasnya tika itu. Hatiku sudah tidak ada di Australia lagi. Terasa ingin terbang baik ke Malaysia. Namun aku tak mampu. Banyak kekangan yang membelitku tika itu. Experimentku terpaksa aku lakukan setiap 2 jam, tiket flight tak boleh booking online dalam masa 24 jam dan harganya terlalu mahal dengan keadaan kewanganku tika itu. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Saat berbuka puasa hari itu seakan tiada maknanya. Hati terus diburu kebimbangan. Air mata tak berhenti mengalir. Ketika memberi salam pada rokaat keempat solat Terawih, aku menerima panggilan dari anak sulungku. "Umi, tok ayah dah x ada". Along on the way ambik angah kat sekolah dia".Terasa bagai nak tercabut jantungku tika itu. Aku dah kehilangan ayah. Terus aku call mak di kampung. Dia tak benarkan aku balik. Jenazah akan dikebumikan malam itu juga iaitu selepas solat Terawih di sana. Aku memang tak ada masa lagi untuk menatap wajahnya untuk kali yang terakhir. Masa penerbangan sahaja dah memakan masa 8 jam tak termasuk penerbangan domestik lagi. Jenazah ayahku cuma 6 jam sahaja dirumah. Selepas itu dia akan disemadikan. Hati ini hanya tuhan saja yang tahu....cuma ku pujuk hati ini dengan kata-kata mak. Kata mak ayah pergi dengan tenang, dan dia mampu mengucap kalimah syahadah hingga ke akhir nafasnya...Syukur ya Allah..syukur yang tak terhingga. Itulah nikmat yang aku harap sangat2 untuk ayahku...Kini hanya kenangan yang ditinggalkan. Aku hanya sempat menemuinya 4 bulan yang lalu ketika aku balik ke Malaysia. Dia selalu menyebut mungkin tak sempat nak jumpa aku lagi....Memang aku tak sempat menemuinya untuk selama-lamanya. Hanya ku harapkan kemaafan dan keredhaannya. Sesungguhnya aku amat-amat bertuah mempunyai  ayah sepertimu. Terima kasih tak terhingga ayah untuk segala-galanya. Anakmu hanya mampu berdoa dari jauh untuk kesejahteraan rohmu di sana. "Ya Allah, aku mohon dengan limpah kasih sayangMu, dengan rahmatMu, Kau tempatkanlah roh ayahku bersama-sama orang2 yang beriman padaMu. Kau ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, jadikanlah alam kuburnya seperti taman-taman syurga...Ya Allah Rabbula'lamin...perkenankanlah doa ini ya Allah. Al Fatihah!