Saturday, April 30, 2011

layan je la

When you have a decision, that are all the risks you have to take. Minta lah rasa cinta dari Allah, kerana dalam cinta ada kekuatan untuk memaafan. Dalam kemaafan ada rahmat dan belas kasih. Kalau ALLAH dah tetapkan, apapun pasti berlaku. Pilihan kita adalah menjaga kemudi hati! Jangan berjudi dengan ketentuan takdir dari DIA yang Al Qadir & Al Muqtadir. Tiada bahagia dalam perjudian takdir! Pick your choice, finalise a decision & TAKE YOUR RISK kalau berani!"

Wednesday, April 27, 2011

Catatan kepulangan

Kesibukan aku menjadi2 selepas pulang dari tanah air. Manakan tidak hampir 14 hari aku meninggalkan kampus. 31/3-6/4 aku di Bali, Indonesia membentangkan hasil penyelidikanku. Rupanya Bali indah khabar dari rupa. Aku tidak menemui apa-apa di sana melainkan taburan kuil yang terlalu banyak hingga merimaskan aku. Mungkin Bali hanya sesuai untuk orang yang ingin bersosial tanpa limit. Rasa menyesal pun ada kerana terlalu lama di sini. 7/4 hingga 12/4 aku berada di kampung halamanku. Kerinduan yang terbuku kuleraikan bila bersama sanak saudara, lebih2 lagi apabila bersama emak, ayah dan dua anak tercinta. Terasa terlalu cepat masa berlalu, tak sempat menghilangkan rindu. Pelbagai peristiwa sedih seakan menunggu kepulanganku. Anak sulungku kemalangan, tiga hari sebelum aku sampai ke sana. Agak teruk juga lukanya, nasib baik tidak ada yang patah. Motornya rosak teruk akibat melanggar motor lain di persimpangan jalan. Malam sebelum ketibaan ku, sepupuku menghilangkan diri bersama "jantan durjana". Hingga kini masih belum dengar khabar berita. Dengar cerita jantan itu seorang penagih dan pengedar dadah. Harap2 sepupuku itu cepat insaf dan kembali ke panggal jalan. Ingatkan balik untuk rasa gembira tapi sebaliknya pulak. Kesihatan ayahku juga tidak menentu. Hepatitis B yg dihidapinya sukar diubati dalam masa yang singkat. Keingkarannya untuk mendapatkan rawatan di hospital memburukkan lagi keadaan. Aku amat sedih melihat diet pemakanannya. Seafood, daging, makan berminyak dan berlemak mesti dielakkan. Makin kurus la ayahku. Apa nak buat sudah tersurat. Aku tidak boleh lama di situ, terlalu banyak yang perlu aku bereskan di Deakin ini. Selamat tinggal semua, moga aku cepat dapat kembali lagi ke situ, insyaallah. Wajah-wajah tersayang akan tetap dalam ingatan