Thursday, April 15, 2010

Diriku dan keremajaan anakku

Sukarnya untuk menjadi seorang ibu yang baik...itulah luahan hatiku saban waktu. Aku keliru dan tak tahu macam mana nak mengendalikan anak-anak yang sedang meningkat remaja ini. Waktu usia mereka masih kecil senang untuk menanganinya..ia tidak terlalu banyak melibatkan perasaan. Bila usia anak-anak makin meningkat mereka membentuk peribadi tersendiri. Tambahan diusia remaja..terlalu banyak geloranya yang perlu dipelajari dan difahami. Cara didikan sudah tak sama dengan apa yang aku lalui dulu...

Aku perhatikan anakku kini sudah pandai merajuk dan melawan kata-kataku. Mereka juga sudah pandai menilai dan membuat kritikan. Kadang-kadang sikap mereka membuatkan hatiku amat terguris dan menangis sendiri. Salahkah cara didikan aku selama ini? Aku seboleh mungkin ingin memberi yang terbaik untuk mereka....menjadi ibu dan kawan mereka di waktu susah dan senang..namun apakan dayaku, hanya ini yang termampu aku lakukan. Aku hanya seorang ibu yang bergelar pelajar yang sentiasa terkejar-kejar dengan masa. Aku terlalu penat dengan rutin harianku. Kewanganku pula hanya cukup untuk menampung kehidupanku sini dan bukannya untuk bermewah2..Aku tak mampu memberi lebih dari itu. Aku cuba untuk memahami gelodak jiwa yang memberontak dalam diri anak-anakku, tapi aku tak dapat selami sedalam-dalamnya. Sikap mengurung diri dan memendam perasaan mereka amat membebankan aku. Aku makan hati sendiri tanpa memahami apa yang mereka ingini. Aku tak pernah membezakan kasih sayangku terhadap anak-anakku dan aku amat berharap mereka tidak merasa dibeza-bezakan. Bagiku setiap orang ada keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Aku menerima kewujudan mereka dan menyayangi mereka sepenuh hati. Jangan la buat umi begini...........

Tuesday, April 13, 2010

Sihir

Kawan ku selalu bercerita tentang ilmu hitam iaitu terkena sihir...Aku sendiri tak tahu nak komen apa2. Agaknya apakah tanda-tandanya kalau terkena sihir ni. Macam mana nak mengelakkannya dari terkena. Kalau dah terkena seperti termakan benda-benda mcm ni mcm mana nak membuangnya..kesian dia. Merana hidup tanpa kesudahan.

Mengapa perlu sihir menyihir ni....hidup la secara normal, atas landasan keimanan. Ikhlaskan hati, maaf memaafi. Buang segala dendam dan kebencian yang bersarang di sudut hati. Hidup kita bukannya lama...sampai saat ajal bakal menjemput. Apakah dengan sihir ini kita nak bawa bekalan ke sana....insaf dan fikir2 la. Seronoknya hidup, amannya dunia jika kita dapat mengasihi dan mencintai orang lain seperti kita mencintai saudara kita sendiri

Sarapan pagi seorang menteri

Susah untuk mencari pengganti pemimpin sebegini...

Friday, April 9, 2010

Rindu yang tak ada penghujung

Kerinduan yang terucap dengan kata2...tersemat jauh disudut hati
Di sini tersemat kasih sayang hakiki

Hati yang memberontak

Hati memberontak...

kenapa jadi mcm ni,
kenapa tak serik lagi,
masih leka tak sedar diri,
membuat kesilapan yang sama acap kali
apakah ini kelemahan diri atau diri dikuasai.........
tolong la wahai diri,
kuatkan iman di hati
banyakkan solat mengisi sepi
bertahajjud, hajat dan taubat pengisian sejati
dari iblis musuh azali.......
ingat la....rumah dah kata pergi, kubur kata mari
jangan menyesal kemudian hari
bila taubat tak diterima lagi
baru lah tahu untung nasib sendiri
bila neraka jadi kediaman hakiki
nak balik ke dunia tak dibenarkan lagi

Mulai hari ini.........
jadi la diri muslim sejati
usah terpedaya usah kena tipu lagi......
bukan senang syurga nak dihuni
tidak payah neraka nak dijauhi
Cuma pesan la pada diri
ibadat mesti lah berquantiti serta berkualiti
maksiat perlu dijauhi
istiqamah dalam memperbaki diri
hari ini mesti lah lebih berkualiti
dari hari semalam yang telah disusuli.


mak.....doa untuk anak mu di sini

Thursday, April 8, 2010

Sakit Pinggang

Rasa lama sangat tak update blogku ini...kesibukan yang direka...kalau pandai meguruskankannya, 24 jam akan cukup untuk buat apa yang sepatutnya...Seminggu masyarakat kat sini bercuti sempena Easter (2-7 April), selama seminggu juga aku menderita sakit belakang hingga kini. Aku pun tak pasti apa puncanya. Selama ni aku memang selalu juga sakit belakang tapi tak la rasa seteruk ni...bila makan jamu kacip Fatimah Orang Kampung lega la rasa sakit tu...Tapi kali ni sakit tu sakit yang teramat. Nak tidur pun tak lena. Bergerak sikit dah rasa ngilu seluruh badan. Nak berjalan pun rasa tak betul..macam ketam berjalan ja...Sakitnya tuhan saja yang tahu. Mungkin factor umur yang buat aku jadi mcm ni atau aku terlalu memaksa diri. Segala urat saraf dah tak sekuat dulu...sakit memanjang...tu la tak sedar diri lagi, dunia dah kata pergi, kubur dah dok nanti masih nak hidup mcm dulu2 lagi...sudah2 la tu wahai diri....pujuk la, rayu la hati, kuatkan diri....jangan dok leka lagi. Masa yang berlalu, manfaatkan la. Sampai bila nak hidup mcm ni...tak terisi.

Ya Allah, aku hambaMu yang tak sedar diri...ampunilah aku. Aku begitu teringin bersamaMu setiap sepertiga malam yang sunyi...namun aku masih belum ada kekuatan diri...Aku kalah dengan alasan kesejukan di sini. Ya Allah bantu la hambaMu ini...Kuatkan semangat dan kekuatan dalam diriku supaya aku mampu bangun bersolat padaMu.  Aku ingin sekali menjadi hambaMu yang sentiasa dekat denganMu, sentiasa mengingatiMu, menjadikanMu peneman dalam apa jua keadaan. Janganlah Kau sisihkan aku walau sesaat. Aku tak ingin hidup ini dipersiakan lagi............................