Friday, July 1, 2011

Perginya sukar diganti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1ioJGwp_XYXcXAsowq33eDn4TbmNTbEVIKn7Sy29jHmtqLnPL6D6pjVblA6nXNgJsbwXwHrF1PCIuaXqc-vN_yDSK5Q4_RuyMswiZOWrCcQNiSVoJ02d9py0SYB7s9joAdMh-Z3pn0maQ/s1600/UstFadzil1118%255B1%255D.jpgMelihat wajah ini aku menjadi sayu. Dia telah lama meninggalkan kita namun terasa dia masih ada bersama. Aku amat suka mendengar ceramah beliau. Kelakar tetapi tersirat seribu nasihat, kritikkan dan pandangan yang bernas. Sukarnya mencari pengganti beliau. Aku pernah terbaca sebuah artikel dari majalah Mastika...tak ingat keluaran tahun bila yang menceritakan hal yang bersangkutan dengan beliau. Artikel ini  menceritakan pengalaman seorang pilot berbangsa India yang  bertugas untuk membawa jenazah seorang ulamak dan pemimpin dari Kuala Lumpur ke Kedah. Tapi dalam artikel ini tidak menyatakan nama jenazah individu tersebut. Tapi setelah dikaji dan diselidiki individu tersebut adalah pemilik wajah ini. Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh Allah pada beliau sehingga dapat memberi hidayah secara tidak langsung kepada pilot ini. Pilot ini terkejut kerana semasa penerbangannya ada sekelompok awan yang menaungi pesawat kendaliannya. Awan ini seolah-olah mengekori dan menaungi penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kedah dari pancaran matahari yang panas. Dia merasa pelik akan kejadian ini dan bertanya pada krew lain apa yang di bawa dalam pesawat ini. Pesawat itu dipenuhi wangian yang semerbak dan suasana tenang menyelubungi segenap sudut jiwa pilot ini. Pilot ini mengakui dia tidak pernah merasai suasana sebegini sepanjang hidupnya. Sekelompok awan ini  terus mengikuti pesawat sehinggalah pesawat  mendarat di Kepala Batas, Kedah. Sebaik sahaja mendarat, jutaaan manusia sedang menunggu untuk menyambut jenazah ini, dengan tangisan pilu dan di bawa ke ke tempat persemadian di Pokok Sena, Kedah. Pilot ini merasa sangat terkesan melihat suasana ini dan keajaiban yang berlaku sepanjang penerbangannya. Selepas peristiwa itu, jiwa pilot ini menjadi resah. Dia diselubungi perasaan ingin tahu siapakah jenazah yang dibawanya dan apakah keistimewaannya sehingga dianugerah dengan kejadian sebegitu. Rupa-rupanya bermula dari situlah dia mendapat hidayah dan bertukar menjadi seorang muslim....Allahuakbar!!! Wallahualam.