Tuesday, October 12, 2010

Untukmu untuk diriku yang bergelar wanita

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Wednesday, October 6, 2010

Untuk diri sendiri

Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.

Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali

sumber :Genta rasa

Tuesday, October 5, 2010

Selamat menempuh PMR untuk angah

Hari ni angah akan menduduki PMRnya...selamat berjuang angah...umi dan abah hanya mampu berdoa dari jauh...Sedih bila dengar cerita dari along, angah menangis semasa program solat hajat kat sekolah baru-baru ni...sabar la angah..memang sedih..orang lain semua parent yang hadir...angah cuma ada along...syukur la along masih ada kat sana....apa yang Allah aturkan untuk kita pasti ada hikmahnya....doa umi moga angah dapat menjawap semua soalan untuk semua subjek dengan tenang dan tepat. Moga Allah memberi kecerdikan dan angah dapat fokus terhadap apa yang dilakukan...solat hajat banyak2 ya angah...doa bersungguh2..moga Allah memberi kejayaan untuk angah...Amin!!!!!!

Friday, October 1, 2010

Bicara diri untuk diri sendiri

Kadang2 tertanya pada diri sendiri..apa sebenarnya yang aku kejarkan...tak pernah rasa puas hati...mencari dan terus mencari...apa yang dicari pun tak tahu. Kesiannya kat aku. Terlalu letih mengikut kehendak sendiri... huhuhuhuhu..


Aku mesti targetkan semuanya ini dalam diri ku.. aku ingin selamat hidup di dunia dan akhirat. Ya Allah pimpinlah aku ke jalanMu. Aku ingin:

i. Menjadi hambaMu yang taat mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganMu. Aku ingin menjadi hambaMu yang sentiasa mendapat perhatianMu. Aku ingin setiap detik aku mengingatiMu. Menjadi kekasih yang tak pernah puas mendapat limpahan kasih sayangMu....................mengharapkanMu tanpa jemu. MerinduiMu dalam jaga dan tidurku...Hidup dan matiku hanya untukMu........alangkah bahagianya aku!!!!!!!!!

ii. menjadi isteri yang solehah - yang mendapat kasih sayang, kesetiaan dan perhatian dari seorang yang bergelar suami. Aku tak ingin emas dan duitnya kerana aku ditakdirkan dapat mencarinya sendiri...aku hanya ingin mati dalam keadaan mendapat redho darinya.....terlalu tinggikah impianku?????

ii. menjadi anak yang solehah yang hormat dan taat kepada kedua ibubapaku...tak terlintas untuk meyinggung dan menyakiti hati mereka...ingin aku berbakti kepada mereka sehingga akhir hayatku tanpa sebarang alasan dan rugutan....dapatkah aku mencapainya??????

iii. menjadi ibu yang baik untuk anak2ku....aku terlalu sibuk dengan urusan duniaku...janganlah anak-anakku terasa terabai....terlalu banyak yang terkorban dan dikorbankan...dapatkah aku menjadi contoh untuk anak-anakku...Takutnya aku....!!!!Takut pada kekurangan diri

iv. menjadi sahabat yang baik untuk sahabatnya......jangan hendaknya aku hadir diwaktu tawanya sahaja..aku ingin menjadi penawar duka dan penyimpan segala rahsia peribadinya......Tingginya angan2ku......

terlalu byk sangat keinginanku.....semuanya terbatas kerana nafsu yang ada dalam diriku...Aku takut nerakaMu tapi aku tak mencuba menghindarinya..aku terlalu mengidam syurgaMu...tapi terlalu kurang usahaku ke situ.....layakkah aku???????