Saturday, December 25, 2010

Angah dan NZ

Aku rasa letih sangat....pada hal tak banyak sangat kerja yang aku lakukan dua, tiga hari ni. May be penat menunggu result PMR angah dan nervous untuk present paper awal Januari ni. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana angah dah berjaya dalam PMRnya. Berbekalkan result 9A, harap2 dia terpilih ke sekolah yang dihajati. Aku hanya mampu berdoa agar angah dapat apa yang terbaik untuk masa depannya. Tak sampai 10 hari lagi aku akan ke NZ untuk present paper buat pertama kalinya di luar Deakin University. Slide presentation tak siap lagi, dok sibuk siapkan paper untuk conference di Bali dan Tunisia pulak. Letihnya....!!!Kadang2 terasa aku banyak mengabaikan family demi untuk diriku sendiri. Maafkan umi !! Dalam keadaan kalut dan tak terurus, umi tetap tidak melupakan semua anak2 umi. Moga umi  dapat tamatkan pengajian ini dgn success dan kita akan bersama lagi. Takutnya nak ke NZ sorang2..moga Allah permudahkan perjalanan ku ke sana.