Wednesday, October 26, 2011

Kerinduan yang tiada noktah

Aku terlalu rindu pada ayah. Terasa ayah masih ada di kampung. Sukarnya nak pujuk hati ni menerima sebuah hakikat sebenar. Telah ditakdirkan pemergiannya tanpa aku disisinya...aku tak berdaya berbuat apa-apa. Ku harap moga Allah sampaikan setiap pahala bacaan dan doa yang dipohon untuknya. Syukur pada Mu ya Allah kerana Kau selalu temukan aku dengannya biarpun melalui mimpi sahaja. Cukup lah sekadar  meringankan bebanan rinduku padanya yang terlalu sarat. Terasa puas bila terbangun di pagi hari apabila bermimpi bertemu denganmu ayah.. Syukur ya Allah, aku dapat memeluknya biarpun dalam mimpi sahaja...Anugerah mimpi ini yang amat bermakna buatku ya Allah...Alhamdulillah,

Tuesday, October 18, 2011

Menghitung Hari

Aku semakin seronok menghitung hari..bukan membilang hari untuk balik ke Malaysia tapi menunggu kedatangan orang-orang yang ku sayang datang ke sini. 17hb November 2011, kedua-dua anakku akan berlepas dari LCCT ke sini. Tak sempat nak cuti sekolah lagi..dia org dah ada kat sini. 16hb December 2011 emak dan kakak pulak akan datang . Seronoknya sebab tak termimpi yang mak dan kakak nak datang . Yang aku rasa terkilan,  ayah tak sempat merasa suasana di Geelong ini. Sedihnya....! Ayah memang suka berjalan, kalau lah dia sempat datang sure dia akan jelajah semua kawasan kat sini. Apa kan daya, Allah lebih menyayanginya dari kami...