Friday, May 14, 2010

Penghujung autumn yang dingin

Hari ni hari ke-3 aku berpuasa demi menunaikan nazarku...Alhamdulillah tertunai juga janji-janjiku. Seronok berpuasa di sini dengan cuaca di sekitar 8 – 16 degree celcius. Sekarang dah masuk penghujung musim luruh. Pokok-pokok autumn semakin kekuningan menunggu masa untuk luruh ditiup angin...Cantiknya ciptaan tuhan. Musim winter seakan mula memperkenalkan diri...sejuk dan kering cuacanya. Berpuasa diketika ini cabarannya adalah sakit tekak...rasa lapar kurang tapi badan terasa kekurangan air kerana cuacanya yang kering...Waktu berpuasa juga singkat...jam 5.30 pm dah masuk waktu maghrib.. Balik dari campus tak sempat nak masak apa2....Cuma cari air dulu untuk berbuka puasa...Alhamdulillah.....aku masih bernafas di bumi ini.

No comments:

Post a Comment