Thursday, November 25, 2010

Ikhlaskah diri sebelum diuji

Dalam hidup ini banyak sangat perkara yang dilakukan tanpa wujud rasa ikhlas dalam hati. Ada benda yang dilakukan hanya untuk menunjuk2, dan ada pulak hanya untuk mengambil kesempatan. Hanya empunya diri yang tahu apa yang dibuatnya itu ikhlas atau tidak...Kadang2 kita sudah berusaha untuk berlaku ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita dilakukan. Kita cuba membuat pelbagai kebajikan. Tapi kadang2 umpama madu diberi, racun pulak yang dapat...Pertolongan yang diberi, bebanan lain pulak yang tergalas. Rupa-rupanya semakin kita berazam untuk berbuat baik dengan ikhlas semakin tinggi pulak cubaannya. Selalunya kita akan tewas dengan ujian itu kerana kita belum mencapai tahap ikhlas yang sebenarnya....kita masih mengharap balasan baik atas setiap kebajikan yang kita taburkan, pada hal ikhlas itu sebenarnya melakukan sesuatu tanpa ada niat tertentu dan tidak mengharapkan apa2 ganjaran...tinggi sungguh ujian untuk mencapai tahap ikhlas ini....susah untuk lulus apalagi untuk mendapat markah yang cemerlang...selalunya kita akan merungut dan terus merungut apabila perbuatan baik kita tidak dihargai. Kita akan mengungkit satu persatu setiap pertolongan kita yang tidak dibalas dengan sewajarnya apatah lagi jika perbuatan baik itu terus dilupakan....susahnya untuk mendidik hati menjadi ikhlas...dan tak usah lah mengaku apa yang dibuat itu ikhlas selagi tidak betul2 diuji...berdoa untuk mencapai tahap keikhlasan itu, dan bersedialah untuk dinilai dengan ujian keikhlasan dariNya.

No comments:

Post a Comment