Monday, May 24, 2010

Titipan rasa dari anak sulungku

Menangis bila aku baca message yang dihantar along dalam facebookku..terasa lapang dan sejuknya hatiku..moga anak-anakku akan menjadi anak-anak yang soleh..umi sayang semua anak-anak umi....berulangkali aku membaca titipan ini.....

"assalamualikum umi, along rindu umi sangat2... along minyak maaf atas banyak kesalahn along kat umi. along banyak buat dosa kat umi... along takmau jadi anak derhaka.... kalau umi boleh baca hati along umi tau la betapa along sayang sangat2 umi dan famili kita.... mungkin along banyak hidup dalam tekanan dan jauh dari allah penyebab along jadi macam ni.... insya allah kita sama2 dekatkan diri padanya.... semoga umi bahagia kat sana.... along, anak sulung yang sayang kat umi"

Friday, May 14, 2010

Penghujung autumn yang dingin

Hari ni hari ke-3 aku berpuasa demi menunaikan nazarku...Alhamdulillah tertunai juga janji-janjiku. Seronok berpuasa di sini dengan cuaca di sekitar 8 – 16 degree celcius. Sekarang dah masuk penghujung musim luruh. Pokok-pokok autumn semakin kekuningan menunggu masa untuk luruh ditiup angin...Cantiknya ciptaan tuhan. Musim winter seakan mula memperkenalkan diri...sejuk dan kering cuacanya. Berpuasa diketika ini cabarannya adalah sakit tekak...rasa lapar kurang tapi badan terasa kekurangan air kerana cuacanya yang kering...Waktu berpuasa juga singkat...jam 5.30 pm dah masuk waktu maghrib.. Balik dari campus tak sempat nak masak apa2....Cuma cari air dulu untuk berbuka puasa...Alhamdulillah.....aku masih bernafas di bumi ini.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Menunaikan Umrah Mak dan Ayah

Hari ni ayah dan mak akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah buat kali ke-2. Aku mendoakan ayah dan mak selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa segala kebaikan untuk dunia dan akhirat. Berkat usaha berkebun ayah dan mak, Allah mengizinkan mereka ke sana lagi....Aku bila lagi ni........????