Monday, March 14, 2011

Bila marah tak terbendung

Bila hormon tidak stabil dek kitaran bulan yang tidak menentu, di tambah dengan stress dari pelbagai sudut, aku kalah dengan mainan emosi sendiri. Rasa marah yang sukar dikawal membawa kepada tindakan yang paling tidak rasional. Penyesalan pada akhiran tindakan itu sudah tidak membawa erti apa2. Perkataan maaf memang senang diucap, tapi kesannya hingga ke dasar hati yang paling dalam bagi yang menjadi sasarannya. Tiada lagi penghujung yang ceria pada suatu jalan cerita yang agak singkat. Cuma aku mendapat banyak pengajaran dari peristiwa ini. Tak semua orang faham dengan sikap kita dan kita perlu menzahirkannya dengan kata-kata. Biar pun perit, kasar perkataan itu namun demi sebuah penyelesaian kepada suatu persoalan, ia perlu dilontarkan juga demi menerima reality kehidupan. Kadang-kadang perkara yang remeh temeh akan menjadi tsunami yang memusnahkan segala2nya jika tidak di beri perhatian. Kerana perkara remeh ini lah perasaan marah yang terpendam meletup bak bom jangka yang meledakkan hipokrit diri selama ini. Mungkin ini kesudahan yang terbaik yang ditakdirkan dari berlindung dari permasalahan demi permasalahan yang tiada kesudahannya. Aku akur pada kelemahan diri dan aku sememangnya telah tewas dalam menguasai diri sendiri. Aku perlu kembali padaNya dan hanya dengan limpah kurniaNya aku akan menjadi lebih tenang dan bijak mengurus diri dan emosi……..

No comments:

Post a Comment