Semalam selepas membaca tulisan Ustaz Fahrol "Apabila ditikam dari belakang" jiwaku terasa begitu terkesan sekali. Memang kita tak menduga benda2 seperti ini terjadi pada kita. Tambah menyakitkan jika orang yang menikam itu adalah orang yang terlalu kita sayang dan terlalu akrab dalam perhubungan. Terasa hilang semua kepercayaan pada dia dan juga orang-orang sekeliling. Kita jadi terlalu berhati-hati dan cuba menjarakkan diri dari rapat dengan sesiapa pun. Dunia terasa terasing dan kita membina kehidupan tersendiri yang makin sepi. Hati yang sakit amat sukar untuk sembuh dan kita menghindar diri untuk bertemu orang itu. Kewujudannya cuba dilenyapkan dan akan bertambah sakit jika terserempak dan terpaksa bertegur sapa. Seribu duka di hati disimpan dan senyuman pahit terpaksa dilontarkan. Itu lah sebuah lakonan terbaik yg dilakukan untuk menyembunyikan kesakitan bila ditikam dari belakang. Tiada niat dihati untuk memutuskan perhubungan cuma menjarakkan diri dan mengelak untuk disakiti lagi. Pesanan untuk diri janganlah menikam orang dari belakang kerana ianya amat-amat menyakitkan.
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment