Melihat wajah ini aku menjadi sayu. Dia telah lama meninggalkan kita namun terasa dia masih ada bersama. Aku amat suka mendengar ceramah beliau. Kelakar tetapi tersirat seribu nasihat, kritikkan dan pandangan yang bernas. Sukarnya mencari pengganti beliau. Aku pernah terbaca sebuah artikel dari majalah Mastika...tak ingat keluaran tahun bila yang menceritakan hal yang bersangkutan dengan beliau. Artikel ini menceritakan pengalaman seorang pilot berbangsa India yang bertugas untuk membawa jenazah seorang ulamak dan pemimpin dari Kuala Lumpur ke Kedah. Tapi dalam artikel ini tidak menyatakan nama jenazah individu tersebut. Tapi setelah dikaji dan diselidiki individu tersebut adalah pemilik wajah ini. Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh Allah pada beliau sehingga dapat memberi hidayah secara tidak langsung kepada pilot ini. Pilot ini terkejut kerana semasa penerbangannya ada sekelompok awan yang menaungi pesawat kendaliannya. Awan ini seolah-olah mengekori dan menaungi penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kedah dari pancaran matahari yang panas. Dia merasa pelik akan kejadian ini dan bertanya pada krew lain apa yang di bawa dalam pesawat ini. Pesawat itu dipenuhi wangian yang semerbak dan suasana tenang menyelubungi segenap sudut jiwa pilot ini. Pilot ini mengakui dia tidak pernah merasai suasana sebegini sepanjang hidupnya. Sekelompok awan ini terus mengikuti pesawat sehinggalah pesawat mendarat di Kepala Batas, Kedah. Sebaik sahaja mendarat, jutaaan manusia sedang menunggu untuk menyambut jenazah ini, dengan tangisan pilu dan di bawa ke ke tempat persemadian di Pokok Sena, Kedah. Pilot ini merasa sangat terkesan melihat suasana ini dan keajaiban yang berlaku sepanjang penerbangannya. Selepas peristiwa itu, jiwa pilot ini menjadi resah. Dia diselubungi perasaan ingin tahu siapakah jenazah yang dibawanya dan apakah keistimewaannya sehingga dianugerah dengan kejadian sebegitu. Rupa-rupanya bermula dari situlah dia mendapat hidayah dan bertukar menjadi seorang muslim....Allahuakbar!!! Wallahualam.Friday, July 1, 2011
Perginya sukar diganti
Melihat wajah ini aku menjadi sayu. Dia telah lama meninggalkan kita namun terasa dia masih ada bersama. Aku amat suka mendengar ceramah beliau. Kelakar tetapi tersirat seribu nasihat, kritikkan dan pandangan yang bernas. Sukarnya mencari pengganti beliau. Aku pernah terbaca sebuah artikel dari majalah Mastika...tak ingat keluaran tahun bila yang menceritakan hal yang bersangkutan dengan beliau. Artikel ini menceritakan pengalaman seorang pilot berbangsa India yang bertugas untuk membawa jenazah seorang ulamak dan pemimpin dari Kuala Lumpur ke Kedah. Tapi dalam artikel ini tidak menyatakan nama jenazah individu tersebut. Tapi setelah dikaji dan diselidiki individu tersebut adalah pemilik wajah ini. Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh Allah pada beliau sehingga dapat memberi hidayah secara tidak langsung kepada pilot ini. Pilot ini terkejut kerana semasa penerbangannya ada sekelompok awan yang menaungi pesawat kendaliannya. Awan ini seolah-olah mengekori dan menaungi penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kedah dari pancaran matahari yang panas. Dia merasa pelik akan kejadian ini dan bertanya pada krew lain apa yang di bawa dalam pesawat ini. Pesawat itu dipenuhi wangian yang semerbak dan suasana tenang menyelubungi segenap sudut jiwa pilot ini. Pilot ini mengakui dia tidak pernah merasai suasana sebegini sepanjang hidupnya. Sekelompok awan ini terus mengikuti pesawat sehinggalah pesawat mendarat di Kepala Batas, Kedah. Sebaik sahaja mendarat, jutaaan manusia sedang menunggu untuk menyambut jenazah ini, dengan tangisan pilu dan di bawa ke ke tempat persemadian di Pokok Sena, Kedah. Pilot ini merasa sangat terkesan melihat suasana ini dan keajaiban yang berlaku sepanjang penerbangannya. Selepas peristiwa itu, jiwa pilot ini menjadi resah. Dia diselubungi perasaan ingin tahu siapakah jenazah yang dibawanya dan apakah keistimewaannya sehingga dianugerah dengan kejadian sebegitu. Rupa-rupanya bermula dari situlah dia mendapat hidayah dan bertukar menjadi seorang muslim....Allahuakbar!!! Wallahualam.Wednesday, June 29, 2011
Cabaran kerja part time dan berat badanku
Sejuknya pagi ni. Rasanya suhu di bawah 5 degree. Aku keluar rumah sekitar 6.45 am untuk distribute paper. Seluruh kawasan diliputi dengan kabus tebal. Menggigil seluruh tubuh, tapi rasa seronok dengan kesejukan begini. Mencari rezeki tambahan dengan kerja-kerja sebegini memang mencabar kerana upahnya tak seberapa. Hanya satu bisikan yang aku selalu aku gunakan untuk memotivatekan diri..."buat la kerja ni untuk exercise" walaupun kadang2 aku rasa malas juga. Yang paling aku geram berat badanku tak turun2 juga walaupun terpaksa berjalan kaki lebih dari 5 km. Susahnya nak dapatkan berat ideal untuk badanku ini. Nak buat macam mana selera makan sentiasa di tahap paling tinggi....huhuhuhuhu.
Tuesday, June 28, 2011
Apabila terkena tikaman dari belakang
Semalam selepas membaca tulisan Ustaz Fahrol "Apabila ditikam dari belakang" jiwaku terasa begitu terkesan sekali. Memang kita tak menduga benda2 seperti ini terjadi pada kita. Tambah menyakitkan jika orang yang menikam itu adalah orang yang terlalu kita sayang dan terlalu akrab dalam perhubungan. Terasa hilang semua kepercayaan pada dia dan juga orang-orang sekeliling. Kita jadi terlalu berhati-hati dan cuba menjarakkan diri dari rapat dengan sesiapa pun. Dunia terasa terasing dan kita membina kehidupan tersendiri yang makin sepi. Hati yang sakit amat sukar untuk sembuh dan kita menghindar diri untuk bertemu orang itu. Kewujudannya cuba dilenyapkan dan akan bertambah sakit jika terserempak dan terpaksa bertegur sapa. Seribu duka di hati disimpan dan senyuman pahit terpaksa dilontarkan. Itu lah sebuah lakonan terbaik yg dilakukan untuk menyembunyikan kesakitan bila ditikam dari belakang. Tiada niat dihati untuk memutuskan perhubungan cuma menjarakkan diri dan mengelak untuk disakiti lagi. Pesanan untuk diri janganlah menikam orang dari belakang kerana ianya amat-amat menyakitkan.
Thursday, June 23, 2011
Selamat datang musim penyakit - Winter
Lama sgt aku tak update blog ni. Kalau lah rumah dibiar mcm ni, alamat nak masuk pun tak berani kerana seram dek sawang dan habuk. Bulan Mei aku sibuk siapkan paper untuk dua journal. Bulan Jun pulak adalah bulan sakit untuk ku. Bermulanya Jun bererti winter menjenguk muka di sini. Hari pertama suhu dah -1 degree. Tak pernah2 jadi mcm ni kat sini. Walau apapun semuanya terpaksa dilalui. Kat sini winter dipanggil musim penyakit. Doktor2 private tersenyum puas sebab pelangan sentiasa ramai bertandang ke klinik mereka termasuklah aku. Dah hampir 3 minggu aku menderita dek cold flu dan batuk yang teruk. Kadang2 batuk ni buat aku tak blh bernafas. Segala urat dan sendi sakit macam kena pukul. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Mungkin aku dah terlalu lama tak sakit, bila sekali sakit jadi teruk la pulak. Nasib baik anakku ok ja. Dia memang tahan dengan sejuk. Orang lain dah berlapis2 baju, dia relax ja dengan T-shirt biasa. Balik Malaysia nanti tahu la dia...mesti tak tahan panas. Dari kecik dia memang tak suka panas. Kalau panas muka dan telinga dia jd merah dan berbintik. Bila ingat nak kena balik Malaysia jadi kecut perut jadinya. Mcm2 nak kena buat. Research aku pun masih byk lagi yg perlu dibereskan. Ya Allah permudahkan la pengajianku di sini...Aku nak PhD ni...PhD ni bukan utk aku, tapi anugerah untuk seorang ayah yang terlalu banyak berkorban untukku...Rindunya aku pada wajah tua itu!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

