Sunday, April 5, 2009

Aku anak driver teksi


Ayahku seorang pemandu teksi yang begitu gigih dan berdedikasi. Bermula dengan memandu teksi sewa sehinggalah dapat memiliki teksi sendiri. Tak pernah terlontar sungutan atau keluhan kerana kepenatan. Enam orang anak dididik penuh kasih sayang hasil dari rezeki memandu teksi...Aku tidak malu malah amat berbangga menjadi anak pemandu teksi...Kerana dari rezeki itulah aku dapat menjadi diriku ini....Segala jerih perit ayah membesarkan aku menjadi keazaman yang kuat utk aku melangkah menggapai kejayaan demi kejayaan dalam pelajaran...Masih ku ingat petapa susahnya ayah mencari rezeki....terutama bila teksi meragam..tiada penumpang...Susahnya seorang ayah..Sehingga kini aku akan menangis bila mengenangkan segala kesusahan yang pernah ayah tempuhi....Ayah.., anakmu tidak pernah melupakanmu..terlalu amat menyayangimu. Selagi ada hayat dikandung badan, anakmu ini akan terus berbakti kepadamu walaupun tidak setimpal dengan apa yang telah engkau curahkan

1 comment:

  1. Antara wajah-wajah yang ingin di tatapi..alhamdulillah
    Senyuman yang penoh keikhlasan yang mendoa kan
    kejayaan anak nya

    ReplyDelete