Thursday, February 11, 2010

Perjalanan hidup seorang pelajar

Kadang-kadang aku rasa macam mimpi berada di sini.....Terlalu lama aku mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ku disini..

Aku memulakan pengajianku di Sek. Keb. Sungai Daun, Kedah..sesebuah sekolah dalam gred C yang serba kekurangan. Selalunya aku ke sekolah hanya berjalan kaki sahaja iaitu kira-kira 5 km dari rumahku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa...berjalan kaki lebih selesa. Aku selalu bersemangat dalam pengajianku...tapi aku jarang mendapat tempat pertama dalam kelas kerana ada seorang murid lelaki yang lebih pintar dariku...Aku selalu berazam untuk menewaskannya..tapi seringkali aku gagal. Tempatku hanya no.2. Dan yang paling ketara keputusan Peperiksaan Penilaian darjah 5 ku juga tidak berapa memberangsangkan. Aku hanya dapat 2A, 2B dan 1C. Nasir, pelajar lelaki pintar ni dapat 4A, 1B. Geramnya aku tuhan saja yang tahu...Dek kerana result yang tak elok aku hanya layak menyambung pengajianku di sekolah menengah biasa sahaja..sedangkan Nasir ni dapat melanjutkan pengajiannya di MRSM. Pada mulanya aku sering menangis kerana sedih tak dapat belajar di sekolah berasrama penuh...aku juga gagal untuk ke aliran perdagangan...tapi hanya layak untuk aliran Sains Rumah Tangga sahaja...Tiap-tiap petang bila balik dari sekolah aku akan menangis.....Hampir sebulan juga aku berperangai mcm ni dan masih belum dapat terima hakikat takdir untuk diriku kala itu. Lama kelamaan aku mula serasi dengan kelas dan sekolah baruku. Kawan-kawan baru ku juga ada yang senasib denganku dan kami bersatu membina semangat yang baru untuk cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. Rozita, Salehah dan lain-lain adalah teman karibku. Kami cukup bersemangat dalam pengajian. Kelasku selalu menjuarai keputusan yang cemerlang setanding dengan kelas pertama aliran perdagangan...SRP kami tempuhi sebulat hati. Kami bertiga mencapai keputusan yang cemerlang. Aku dapat 8A, 1B daripada 9 subjek....Keputusan ini lebih baik dari Nasir kawan sekolah rendahku, walaupun dia bersekolah di MRSM...Aku rasa bersyukur sangat.

Dengan berbekalkan keputusan ini, aku layak untuk ke Sekolah Teknik A/S. Waktu tu aku tak tahu langsung apa itu Kej Awam...aku terima ja tawaran dari sekolah tu. Rozita ke Sekolah Men.Che Tom, SP dan Salehah ke Sek. Men.Sultanah Asma. Kami bertiga terpisah dengan membawa cita-cita bersama. Masing2 ingin menjadi doctor. Bila aku start pengajianku di SMT, baru la aku tahu apa itu Civil Eng. Aku tak belajar langsung pasal Biology...hasrat nak jadi doctor dah terkubur kat sini. Aku mengalami kejutan budaya yang mendadak..dari budak kampong yang pendiam aku terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang terlalu cemerlang. Dalam kelasku hanya ada berapa kerat sahaja budak-budak Melayu. Cikgu yang mengajar pula hanya 3 orang sahaja guru Melayu...Cikgu BM, Pendidikan Islam dan Lukisan Kej. ..yang lain-lainnya semua berbangsa Cina dan India...Aku sering tercicir dan sukar untuk belajar secara berkumpulan. Tambahan pula aku tak dapat asrama..terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah..Kesannya result SPM ku hanya cukup makan sahaja. Angan2 ku untuk melanjutkan pengajian ke oversea seperti rakan2 sekelasku hanya tinggal anganan...Frustnya aku. Dan yang paling sedih aku tak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga terutama untuk ayahku. Dia terlalu bersusah payah untukku....Pendapatannya sebagai seorang pemandu teksi tidak menentu dan teksi pulak sering meragam....Keputusan SPM yang teruk hanya melayakkan aku ke Politeknik sahaja...Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-citaku...Nasibku berubah di sini. Aku sering menjadi pelajar cemerlang dan aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM...Alhamdullillah...Bermula dari sini aku tak menoleh ke belakang lagi. Step by step aku langkahi hingga la aku sampai ke sini. Perjalanan hidup yang tak menentu, sering gagal jarang membuatkan aku tewas..tapi makin mendewasakan aku....Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal....Yakin lah setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Berperasangka yang baik  terhadap tuhanmu. Dia tidak pernah menzalimimu. Makin dekat langkahmu kepadaNya..makin hampir Ia mendekatimu...Dia sentiasa ada bersamamu waktu susah dan senang dan tak akan meminggirkanmu walau sesaat. Dia terlalu Pemurah dan Penyayang...Yakin la!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment