Wednesday, February 17, 2010

Sudah terkantoi

Indahnya bahasa, mengungkap bait-bait cinta
penuh harapan penuh rindu mendera
pada si dia rangkulan jiwa

Wahai yang empunya diri
sedar kemampuan sendiri
badan sudah hilang perkasa
usia hanya tinggal sisa....

Namun masih ada cinta
yang mekar segar dijiwa
membina harapan untuk bersama
andai masa masih ada....

Entah apa yang diharap
entah apa yang digarap
takdir Allah membuka hijab
perkara mungkar jelas terpapar
Kekasih gelap sudah dibongkar
Semua persoalan perlu dijawap.......
eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
sudah terkantoi buat silap

Ranjau berduri kembali lagi

Mengharap pada yang mengerti, merintih pada yang simpati...aku ingin berlalu pergi, dari rumah yang sudah berpenghuni....


Aku ingin sekali, dapat mendiami di ruang sudut yang terlalu sunyi....hanya aku disitu bersemadi....

apakah ada ruang itu untuk aku berhenti

merehat diri dan menabur budi..

Thursday, February 11, 2010

Pengiring Perjalanan hidupku

Terlalu banyak susah payah kita lalui bersama...moga tidak ada ranjau berduri lagi selepas ini

Perjalanan hidup seorang pelajar

Kadang-kadang aku rasa macam mimpi berada di sini.....Terlalu lama aku mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ku disini..

Aku memulakan pengajianku di Sek. Keb. Sungai Daun, Kedah..sesebuah sekolah dalam gred C yang serba kekurangan. Selalunya aku ke sekolah hanya berjalan kaki sahaja iaitu kira-kira 5 km dari rumahku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa...berjalan kaki lebih selesa. Aku selalu bersemangat dalam pengajianku...tapi aku jarang mendapat tempat pertama dalam kelas kerana ada seorang murid lelaki yang lebih pintar dariku...Aku selalu berazam untuk menewaskannya..tapi seringkali aku gagal. Tempatku hanya no.2. Dan yang paling ketara keputusan Peperiksaan Penilaian darjah 5 ku juga tidak berapa memberangsangkan. Aku hanya dapat 2A, 2B dan 1C. Nasir, pelajar lelaki pintar ni dapat 4A, 1B. Geramnya aku tuhan saja yang tahu...Dek kerana result yang tak elok aku hanya layak menyambung pengajianku di sekolah menengah biasa sahaja..sedangkan Nasir ni dapat melanjutkan pengajiannya di MRSM. Pada mulanya aku sering menangis kerana sedih tak dapat belajar di sekolah berasrama penuh...aku juga gagal untuk ke aliran perdagangan...tapi hanya layak untuk aliran Sains Rumah Tangga sahaja...Tiap-tiap petang bila balik dari sekolah aku akan menangis.....Hampir sebulan juga aku berperangai mcm ni dan masih belum dapat terima hakikat takdir untuk diriku kala itu. Lama kelamaan aku mula serasi dengan kelas dan sekolah baruku. Kawan-kawan baru ku juga ada yang senasib denganku dan kami bersatu membina semangat yang baru untuk cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. Rozita, Salehah dan lain-lain adalah teman karibku. Kami cukup bersemangat dalam pengajian. Kelasku selalu menjuarai keputusan yang cemerlang setanding dengan kelas pertama aliran perdagangan...SRP kami tempuhi sebulat hati. Kami bertiga mencapai keputusan yang cemerlang. Aku dapat 8A, 1B daripada 9 subjek....Keputusan ini lebih baik dari Nasir kawan sekolah rendahku, walaupun dia bersekolah di MRSM...Aku rasa bersyukur sangat.

Dengan berbekalkan keputusan ini, aku layak untuk ke Sekolah Teknik A/S. Waktu tu aku tak tahu langsung apa itu Kej Awam...aku terima ja tawaran dari sekolah tu. Rozita ke Sekolah Men.Che Tom, SP dan Salehah ke Sek. Men.Sultanah Asma. Kami bertiga terpisah dengan membawa cita-cita bersama. Masing2 ingin menjadi doctor. Bila aku start pengajianku di SMT, baru la aku tahu apa itu Civil Eng. Aku tak belajar langsung pasal Biology...hasrat nak jadi doctor dah terkubur kat sini. Aku mengalami kejutan budaya yang mendadak..dari budak kampong yang pendiam aku terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang terlalu cemerlang. Dalam kelasku hanya ada berapa kerat sahaja budak-budak Melayu. Cikgu yang mengajar pula hanya 3 orang sahaja guru Melayu...Cikgu BM, Pendidikan Islam dan Lukisan Kej. ..yang lain-lainnya semua berbangsa Cina dan India...Aku sering tercicir dan sukar untuk belajar secara berkumpulan. Tambahan pula aku tak dapat asrama..terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah..Kesannya result SPM ku hanya cukup makan sahaja. Angan2 ku untuk melanjutkan pengajian ke oversea seperti rakan2 sekelasku hanya tinggal anganan...Frustnya aku. Dan yang paling sedih aku tak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga terutama untuk ayahku. Dia terlalu bersusah payah untukku....Pendapatannya sebagai seorang pemandu teksi tidak menentu dan teksi pulak sering meragam....Keputusan SPM yang teruk hanya melayakkan aku ke Politeknik sahaja...Aku cuba bangkit untuk meneruskan cita-citaku...Nasibku berubah di sini. Aku sering menjadi pelajar cemerlang dan aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM...Alhamdullillah...Bermula dari sini aku tak menoleh ke belakang lagi. Step by step aku langkahi hingga la aku sampai ke sini. Perjalanan hidup yang tak menentu, sering gagal jarang membuatkan aku tewas..tapi makin mendewasakan aku....Sekali gagal tak semestinya kita akan terus gagal....Yakin lah setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Berperasangka yang baik  terhadap tuhanmu. Dia tidak pernah menzalimimu. Makin dekat langkahmu kepadaNya..makin hampir Ia mendekatimu...Dia sentiasa ada bersamamu waktu susah dan senang dan tak akan meminggirkanmu walau sesaat. Dia terlalu Pemurah dan Penyayang...Yakin la!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 9, 2010

Along dah tak boleh tidur waktu pagi lagi.....

Semalam tengah aku dok kalut buat experiment along call aku....dia kata ada dua kawasan baru untuk distribute catalog...kedua-duanya kawasan Hernhill sebelah tempat kediaman aku...Sekarang ni aku dah distribute untuk 4 kawasan..kalau tambah 2 lagi ..jadi 6 kawasan la ....alamatnya lepas ni aku anak beranak terpaksa distribute 4 hari berturut2 ...dan along dah tak boleh tidur waktu pagi lagi...Sebelah malam dia dan abahnya terpaksa dok susun catalog tu..along dah x ada masa nak main game lagi....umi dah tak mampu nak tolong lebih dari tu. Buat la along...umi akan support kat mana yang perlu. Along perlu kumpul duit untuk pengajian along di masa depan....daripada dok tidur dan makan saja, baik along buat kerja tu, dapat la juga 300-400 dollar sebulan. Kalau convert ke MYR dah dapat 1000 lebih dah...cukup la untuk along amik lesen dan beli motor untuk kegunaan along belajar nanti...sambil dok edar catalog tu boleh la umi exercise sikit....badanpun tak la rasa mandom sgt...letih tapi happy. Untuk angah jangan jealous na.. along dok pulun ni...angah kena pulun study...mcm umi di sini. Kita buat yang terbaik untuk family kita. Kita cipta tamaddun utk family kita di masa depan...

Monday, February 8, 2010

Letihnya....

Letihnya rasa badan.....kadang-kadang bila sudah duduk, nak bangun rasa sakit pada bahagian lutut terutama pada waktu malam. Sakit ni disebabkan usia yang meningkat atau aku terlalu penat bekerja....Kerja x la berat sgt tapi aku terpaksa berdiri dalam jangkawaktu yg lama. Hari Isnin dan selasa selalunya aku habiskan seharian kat lab tanpa duduk walau sesaat. Buat experiments untuk projek ku. Sebelah petang aku dgn anak-anak pi distribute catalog pulak...Lebih dari 5 km juga aku kena berjalan. Duty aku untuk distribute catalog hari isnin, selasa dan khamis...Balik rumah dah tak berdaya nak buat apa-apa..sekadar mengemas apa yang patut. Walau pun letih tapi rasa seronok kalau kerja-kerja kita dihargai...

Thursday, February 4, 2010

Aduhai projek wetlandku

Projek wetland ku lambat bebenor. Pokok-pokok ku tak nak hidup segar. Asyik nak mati je....may be tak terdaya nak sesuaikan diri dgn air sisa yang teruk tercemar. Lagi pun air sisa tu jenis artificial..bukannya yang nature. Walaupun air sisa tu direka dengan resepi tertentu tapi characteristicnya lebih kurang sama dengan yang natural...Baunya cukup mengancam....habih busuk aku dibuatnya...Lebih dari 20 chemicals yang digunakan.....peptone, baking powder, yeast dll. Aku dah start analysed effluent yang keluar dari projek wetland ku. Dah masuk 5 minggu dah. Resultnya masih samar lagi...tapi dah nampak reduction pada pollutant yang ada. Aku cukup suka pada wetland systemku yang menggunakan zeolite sebagai substratenya...pokok2 hidup subur dan efficiency of treatmentnya juga amat memberansangkan...yang aku risau pada alum sludge dan gravel....pokok2nya mcm hidup x nak...mati terus. Dah dua kali aku tukar dengan pokok yang baru..nampak semacam ja.....alahai pokok-pokok ku hidup subur la. Rawat la air sisaku.....aku dah puas belai kalian tiap2 hari. PhD ku ada pada kamu.....

Tuesday, February 2, 2010

Rindunya....................

Rindunya umi dekat angah hanya tuhan saja yang tau....Masih terbayang kemanjaan dan coleteh angah....Agaknya apa la hikmah Allah menguji kita begini. Sabar la angah. Tumpukan sepenuhnya pada pengajian angah. Setiap yang berharga untuk kita miliki memerlukan pengorbanan.....Memang terlalu perit menghadapi perpisahan ini. Angah kesorangan kat sana. Moga angah tabah dan cepat matang. Umi selalu bersama angah