Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya Aidil Fitri di perantauan (20 September 2009)

Ini lah kali pertama aku berhari raya di perantauan, di bumi Geelong...sedihnya. Sebulan berpuasa di hujung musim winter dan awal spring bermacam-macam peristiwa aku lalui. Hari ke- 28 Ramadhan aku kena present kat HDR Annual Presentation. Teruk sangat presentation aku..byk slide aku yg hilang..dah la tu suara aku tak terkeluar sebab tekak terlalu kering...alahai teruk sungguh. Besoknya aku ponteng tak ke school sebab banyak urusan pembayaran bil yang perlu dibuat. Daging, ayam belum dibeli lagi. Banyak juga kerja yang aku perlu buat hari tu. Hari Sabtu sehari sebelum raya, lagi kelam kelibut aku dibuatnya...rumput dihalaman makin panjang, perlu di potong. Kuih raya x buat lagi, nasi dagang x masak lagi....dan yang paling extream barang-barang untuk di masak tak beli lagi.......teruknya aku. Ku pujuk hati...aku atur semua keja yang perlu dibereskan satu persatu. Pagi Sabtu yang hening aku bangun potong rumput. Mesin potong rumput pulak buat hal...habih jari-jari aku melecup...tapi alhamdullillah siap juga rumput dipotong..nampak lapang sikit halaman rumah ku..lepas siap potong rumput aku mandi dan bergegas keluar membeli barang keperluan untuk dimasak. Susah juga mencari barang yang diperlukan di negara asing ini...Sabar je la.. Pukul 4.30 ptg segala urusan membeli belah siap..Aku kepenatan teramat..Tapi bila ingatkan Raya besoknya, aku terpaksa gagahkan diri...Kerja memasak pun bermula...memasak ala kadar untuk berbuka puasa..Lepas buka puasa kerja-kerja membuat kuih raya dan masak nasi dagang pun bermula...Ya Allah tak cukup tangan rasanya....Tapi dek kerana teruja nak raya..semua keja dibuat juga..Tak tidur semalaman aku dibuatnya. Alhamdullillah siap juga empat jenis kuih raya ku dan nasi dagang ku berlaukkan ayam dan ikan tongkol..Lepas siap memasak, kerja-kerja mengemas rumah pulak terpaksa aku bereskan...Segala urusan selesai juga akhirnya dan aku pun berangkat untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Sampai je kat masjid...alahai ramainya...tak ada tempat parking dan tempat solat. Terpaksa berhimpit-himpit. Tak dengar langsung suara imam..Kami yang kaum muslimah solat ikut dan ja...tak puasnya solat kat sini...Lepas solat dah x ada takbir apa-apa..masing-masing keluar membawa haluan sendiri..Aku dan family menuju ke tempat perjumpaan anak-anak Melayu Geelong...beraya kat sana. Banyaknya juadah...makan sampai pecah perut dibuatnya..Bila dah kenyang, bersalam2man..masing-masing balik ke rumah sendiri...Aktiviti yang merugikan hari raya dibuat ....tidur la...ngantok sangat. Bila bangun hari dah nak malam....Habih dah hari raya ku. Tak seronoknya....mak....nak balik raya kat M’sia...!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment