Monday, September 28, 2009

Tetamu dari Malaysia

Hujung mingguku (25-27/9/09) yang agak sibuk. Aku menerima tetamu yang tidak kukenali...Mila dari Malaysia, seorang pelajar PhD yang akan memulakan pengajiannya di kampus Water Front, Deakin University. Dia datang bersama family.... tiga orang anak, suami dan adiknya. Sebelum tu aku hanya mengenalinya melalui kawanku, Siti. Siti memohon pertolongan ku menerima tetamu ini untuk seketika kerana rumahnya waktu tu dah tak muat..Dia juga menerima ramai tetamu dari Malaysia...Aku memang tak kisah langsung untuk menerima Mila dan keluarganya....cuma yang aku rungsing, rumah aku yang tak seberapa...tak cantik, rumah lama dan susunan biliknya yang kurang selesa. Aku takut Mila tak betah tinggal di sini..tambahan pulak gaya hidup ku yang terlalu sempoi.....Aku hidup dengan apa yang ada sahaja. Di rumah ku tak ada pinggan mangkuk berjenama "corell", pakai pinggan plastik ja...pendek kata macam rumah orang Bangla yang datang ke Malaysia ja....Harap-harap Mila sekeluarga boleh terima semuanya ni. Aku akan membantunya semampu yang mungkin...Dan aku amat-amat mengharapkan apa yang aku lakukan ini datang dari hati yang cukup ikhlas, suci dan dapat memberi bantuan dan kesenangan pada seseorang yang memerlukan pertolongan. "Ya Allah, jadikan lah aku seorang insan yang boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan dan jadikanlah aku penghubung silaturahim dan bukannya seseorang yang menjadi punca permusuhan..Ikhlaskan hati ini seikhlas-ikhlasnya....moga aku beroleh ketenangan di sini...Amin!!!

No comments:

Post a Comment