Thursday, September 24, 2009

Pengubat rinduku

Pagi-pagi lagi aku dah buka e-mailku..bukannya ada apa sangat tapi dah jadi habit...tak akan puas kalau tak baca e-mail dulu sebelum buat kerja-kerja yang lain...Alangkah happynya aku dapat e-mail dari anakku di Malaysia. Terubat sikit rinduku menatap picture yang disertakan. Makin besar rupanya anakku ini....
Salam Aidil Fitri diucapkan berserta luahan rindu buat ibu diperantauan. Peritnya melalui perpisahan ini..namun demi PhD ini aku kuatkan hati. Sabarlah anak-anak umi...hujung tahun ni kita akan bersama kembali. Tak sabar rasanya menantikan saat itu. Belajar elok-elok, jangan lupa Allah. Dia sentiasa bersama kita walau dimana kita berada. RahmatNya sentiasa ada, Kasih sayangNya tak pernah luak...Biarlah kita dambakan sepenuh kecintaan kita padaNya....Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah Dia hampiri kita. Biarlah kita sama-sama berusaha untuk menuju FirdausNya...Hidup ini bukannya lama sangat...guna peluang yang ada untuk dibuat bekalan di hari bertemuNya. Sayang sangat dekat angah dan along yang ditinggalkan...Perpisahan ini akan memantapkan lagi jiwa kalian...Bayangkan nabi sudah jadi yatim piatu di usia yang masih kecil..anak-anak umi hanya berpisah sementara sahaja..umi dan abah masih ada didunia ni...

No comments:

Post a Comment