Thursday, November 12, 2009

Hubby ku dan ujian penyakit untuknya

Inilah gambar kaki hubbyku....kesian dia, terpaksa melalui ujian penyakit kencing manis sejak 10 tahun yang lalu. Bermula dengan hanya melecik sebesar biji jagung dibahagian bawah ibu jarinya kakinya, lukanya merebak hingga terpaksa dipotong ibu jari kakinya. Luka itu tak berhenti di situ sahaja  merebak dan terus merebak...Beberapa kali keluar masuk hospital dan menerima pelbagai rawatan ....Hanya doa dan terus berdoa agar kaki ini dapat berfungsi seperti sedia kala....Penyakit kencing manis memang amat merbahaya jika tidak dijaga. Pada yang belum kena atau yang sudah ada penyakit ini....jaga-jaga lah. Jangan sampai terlambat...


Dua tahun lepas, hubby ku terpaksa menerima hakikat ibu jarinya terpaksa dipotong....amat perit untuk menerimanya.





Selang dua bulan bahagian bawah kakinya pula buat hal...waktu ni aku amat takut sekali. Hubby ku selalu demam, tak lalu makan dan sering muntah2. Perutnya dipenuhi angin. Aku tak tahu rupa-rupanya itu lah tanda-tanda jangkitan kuman sedang merebak di kakinya....Nasib baik hubby ku segera mendapat rawatan, kalau tak....mungkin dia terpaksa hilang kakinya pulak...Nasib baik tuhan masih memperkenankan doa kami. 2 minggu aku berpuasa nazar demi kaki ini yang masih dapat diselamatkan.

Sebulan sebelum bertolak ke sini...luka ini jadi lagi.....terpaksa dibuang isi  di sebelah atas kaki. Teruk juga hubbyku waktu ini. Tambahan pulak dia keseorangan. Aku dah berada di sini selama 3 bulan. Terpaksa bergegas balik....Selepas semua urusan visa selesai, aku bawa dia ke sini selepas seminggu dia keluar dari hospital...Seribu satu macam perasaan aku di kala itu. Takut penyakit itu berulang lagi....Hanya doa dan tawakkal mengiringi perjalanan kami ke sini. Moga-moga penyakit itu tak jadi lagi dan terus hilang di sini...Sekarang kaki hubbyku dah semakin sembuh tapi dia tidak boleh berjalan seperti dulu lagi...kami hanya mengharapkan keajaiban mengunjungi kami.............Moga dia boleh berjalan lagi...


Dalam dok sakit-sakit macam tu...masih boleh berposing depan kereta orang. Perangai gila kereta dah sebati dalam diri hubbyku.....Layan je la....

4 comments:

  1. Salam. membaca n3 ni membuatkan saya merasakan bahawa ada insan yang lebih berat dugaannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan suami isteri

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 saudara Budi...

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    berat juga ujian buat umaira berdua ya... semoga Allah memakbulkan doa umaira dan mepermudahkan segala urusan

    ReplyDelete