Wednesday, October 7, 2009

Akhirnya Mila dapat juga rumah idamannya untuk diduduki sepanjang pengajiannya di sini. Alhamdulillah!!!Aku tumpang happy untuk dia. Cantik rumah dia dan agak mahal juga bagi ku yang hidup serba sederhana ni. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Aku hanya menjalankan tanggungjawap ku sebagai seorang teman...tak lebih dari itu. Aku harap dia dah buat pilihan yang terbaik....dan apa-apa yang berlaku di kemudian hari adalah dalam kudhrat iradatNya...berserah saja lah. Jangan menyalahi takdir...Itu saja yang termampu kita lakukan sebagai hambaNya.
Aku menerima Mila sebagai tamu dirumah ku seikhlas hati dan hanya itu yang mampu aku lakukan. Maafkan lah diri ini jika gagal memenuhi hak-hak seorang tamu. Aku akui hidup ku terlalu simple dan kebanyakan orang tidak boleh menerimanya. Aku hidup dengan apa yang ada sahaja...Jangan lah kerana itu aku diperlekehkan...Sedih juga bila dapat tau komen-komen dari orang-orang sekeliling tentang diriku. Aku tak mampu untuk puaskan hati semua orang....Tapi aku senang dengan kehidupan ku bersama seorang suami yang sebegini (kurang upaya). Semampu mungkin aku akan cuba untuk tidak mengganggu dan menyusahkan orang lain...Harap-harap aku wujud di sini untuk jadi sebahagian yang menyumbang ke arah kebaikan dan bukannya membawa permusuhan. Aku ingin jadi insan yang boleh merungkai kekusutan dan pencetus kedamaian buat insan-insan yang lain........Tidak terlintas sedikit pun untuk menyakiti sesiapa..Maafkan diri ini!!!!Ya Allah peliharalah diri dan lidah ini. Biar lah bait-bait kata yang keluar dari mulut ini tidak mengguriskan hati sesiapa...Aku amat takut untuk melukai dan dilukai. Ya Allah, jadikan la aku insan yang boleh menjadi sahabat kepada insan yang lain.... Amin!!!!!

No comments:

Post a Comment