Monday, October 12, 2009

Hari Menziarah..

Hari Ahad 11/10/09...pagi-pagi lagi aku dah bangun. Kerja-kerja mengemas yang terbengkalai semalam kena sambung balik...Banyak baju-baju, cadar dan selimut perlu dibasuh..Pakaian yang perlu dilipat pulak dah menggunung dalam bakul. Sabar je la...Aku kena buat semua kerja-kerja tu satu persatu. Alhamdulillah siap semua kerja mengemas dan membasuh. Kerja memasak pula perlu dibuat. Aku tolong Wan masak nasi goreng dan bakar roti canai segera yang dibeli dekat Werabbi semalam...sedap juga..berselera kami sekeluarga makan..Rumah dah kemas, baju-baju dah berbasuh dan berlipat..aku sambung kerja ku seterusnya...mengelap keretaku...Kotor sangat keretaku luar dan dalam.....terpaksa la kena cuci semuanya...siap semua kerja, hati dah terasa lapang sangat....Boleh la aku berehat sekejap. Dalam dok rehat2 tu, Wan ajak aku pi rumah Irwan dan Ros. Dah lama aku tak ke sana..Semenjak aku pindah ke rumah ku ini, baru tiga kali aku berkunjung ke rumah mereka...rasa bersalah juga dalam hati kerana lama dah tak menziarah mereka sekeluarga. Masih terasa segar lagi dalam ingatan ku betapa baiknya mereka melayan aku selama 3 bulan aku menetap di sana bersama mereka sebelum aku mendapat rumah ini...tak terbalas segala budi yang dicurahkan. Sebelum pergi, sempat juga aku buat kuih karipap dan ketayap sebagai buah tangan ke sana. Hampir sejam juga kami berbual-bual sebelum meminta diri. On the way balik ke rumah..Wan ajak aku ke rumah Anis...kami pi pulak ke rumah Anis...malangnya Anis tak ada kat rumah. Dia dok lepak kat rumah Kartina...Kartina jemput pula aku ke rumahnya......Pi pulak ke rumah Kartina...Tak sangka pulak banyak tetamu kat rumah Kartina..borak sakan la...Dah dekat maghrib baru pakat balik rumah. Sampai je kat rumah ternampak 2 bungkusan kat luar. Satu berisi roti jala dengan kuah kari dan satu bungkusan lagi berisi baju sekolah Umaira. Rupa-rupanya Khaleeda dan Mila datang ke rumah ku sewaktu aku keluar menziarah kawan-kawan yang lain. Khaleeda bawa roti jala dan Mila bawa baju sekolah Umaira yang dia terambil sewaktu pindah dulu. Selepas Wan solat Maghrib dia ajak aku ke rumah Mila pulak untuk pulangkan baju-baju Man yang masih tertinggal kat rumah ku...Pergi pulak ke rumah Mila...Badan dah rasa letih sangat dah...tapi pergi jugak...Tak sangka pulak hari Ahad itu aku lalui dengan penuh aktiviti.......aktiviti menziarah. Alhamdulillah...moga makin erat ikatan silaturahim antara kami di sini.












No comments:

Post a Comment