Monday, October 5, 2009

Barang buangan

Hari Ahad 4/10/09 full dengan aktiviti.....Lepas bangun bersahur, solat subuh aku dah start kalut kat dapur...masak apa yang patut untuk family aku dan mila. Kami plan nak keluar rumah awal pagi...banyak benda yan nak dibuat...Sementara Wan dan Mila kalut masak kat dapur..aku dengan Man pi ambik basikal dan meja yang dibeli semalam kat garage sale yang tak dapat di bawa balik...Nasib baik tuan rumah letak semua barang-barang tu kat luar...senang la kami ambil...Selepas semua dah breakfast kami semua keluar ke garage sale lagi...tak banyak barang yang dijual....Tapi Mila beli banyak juga..hehehehe..Angkut barang-barang yang dibeli ke rumah. Lepas tu kami ke Sunday Market kat Kmart pula....fuyoooooo!!!!banyaknya orang meniaga kerana cuaca hari tu amat elok. Aku tak beli apa sangat..sekadar menemani Mila...Dah habih kami round kat Sunday Market tu kami pi pula kat Sunday Market satu lagi...banyak juga orang..Dah letih membeli kami pi kat kedai Good Guys...Mila nak beli navigator. Susah nak bergerak katanya tanpa navigator. Untung Mila kerana navigator tu dijual dengan harga yang amat murah...boleh tawar menawar lagi. Aku pun ambik kesempatan beli printer..dah lama aku target nak beli..bila dah jumpa yang harga murah, beli saja la. Lepas dah settle semua, kami bergerak pula ke jemputan open house kat rumah Farhana dan Rashid. Aku tak kenal sangat dengan family ni...mereka baru pindah ke sini dari melbourne. Aku dgn Pija posa...so kami pi salam2 je la..lepas tu lepak dalam kereta....Semua dah kenyang, kami balik ke rumah dengan kepenatan yang teramat. Aku tertidur sekejap sementara nak tunggu turn masuk ke bilik air untuk berwuduk solat zohor...Lepas solat Zohor aku ke dapur...Man mai dekat aku dengan muka yang amat muram...dia kata dia ada masalah besar. Kereta dia yang baru dibeli buat hal...leaking banyak kat engine...kesian aku tengok muka dia...Mila dah tak boleh nak fikir apa-apa...dah blank katanya...dok berkurung dalam bilik...Man nak hantar balik kereta tu kat tempat dia ambil...kat Melbourne. Dia dah segan sangat nak minta tolong Wan Akmal (sebab dah 3 kali Wan Akmal tolong dia pergi dan balik ke Melbourne untuk urusan beli kereta). Man kata dia nak pi sorang hantar kereta tu dan balik dengan train. Confident je dia cakap. Dia tak sedar waktu tu dah dekat pukul 4 pm....dan dia bukannya biasa dengan Aussie nie. Bincang punya bincang last sekali kami ambil keputusan pi dengan dua buah kereta. Aku drive keta aku..man drive kereta dia. Lepas hantar kereta tu balik nanti senang sikit naik keta aku je. Aku buat-buat berani..dalam hati takut la juga sebab aku memang tak pernah drive kereta sampai ke sana...dan Man pula mengharap kat aku ....dan aku hanya berpandukan navigator saja. Dengar cerita orang, Melbourne tu macam KL...lantak je la..tawakkal je kat Allah. Kami bertolak dalam pukul 5 am. Aku dengan Wan..Man dengan Pija. Mila dok kat rumah jaga anak-anak...Dalam hati dok tertanya2 juga...kat mana la aku dengan Pija nak buka puasa.Kami tak bawa bekal apa-apa sebab tak sempat nak masak...biar la......Kami sampai kat Melboune dah dekat Maghrib...siap hantar kereta kami teruja tengok barang-barang yang dilonggok kat tepi jalan untuk di buang oleh penghuni2 Melbourne. Banyaknya barang-barang yang masih elok dan boleh diguna dibuang begitu saja. Mewah sungguh depa...sofa, TV, perabot, basikal dan mcm2 lagi..Kalau la Melbourne tu dekat dan kereta aku muat untuk isi barang-barang tu..sure aku dah angkut balik barang-barang tu...sabar je la...tengok jamu mata je..hehehehe....kami buka posa kat Sarawan cafe...kedai makanan India Muslim. Makan nasi berani ayam dengan kari kambing....sedap la juga...Lepas tu kami bertolak balik..sampai rumah dah dekat kul 10 pm...dek terlampau letih aku tertidur tanpa solat isyak...kul 3.30 am baru bangun untuk solat isyak..buat tahajjud dan sahur sekali..alhamdulillah...atas segala kurnianNya.

No comments:

Post a Comment