Friday, October 30, 2009

Lukman al-Hakim.

Sebilangan ulama? berpendapat bahawa Lukman merupakan seorang nabi namun jumhur ulama menjelaskan bahawa ia merupakan seorang lelaki yang soleh dan beriman kepada Allah. Kisah Lukman mahsyur dan tersohor dalam sarang minda masyarakat adalah mengenai wasiat kepada anakandanya. Namun hakikatnya Lukman juga menjadi role-model dalam sifat amanahnya.


Menurut riwayat, Lukman AI-Hakim merupakan seorang Ielaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki soleh yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam datang menemui Imam Said bin Musayyib dan beliau berkata kepada lelaki itu, "Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenamya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu BiIal, Mahjak dan Lukman al-Hakim."

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj'ii, "Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik. Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging yang terbaik iaitu hati dan Iidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji. Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata, 'Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik yang dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji yang terdapat dalam jasadnya'." Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan al-Hikmah dari Allah. Selain itu, Lukman Al-Hakim juga dikatakan mendapat kedudukan dan maqam yang amat mulia disisi Allah. Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman dengan soalan ini dan beliau menjawab, "Itu adalah kehendak Allah. Walau bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan keatasku, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku."

Salah satu surah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah surah Luqman. la menceritakan betapa amanahnya Lukman al?-Hakim dalam hidupnya. Walaupun beliau sibuk, pendidikan kepada anak-anak tidak pernah sekali-kali diabaikan. Antara nasihat penting yang disampaikan beliau adalah yang berkaitan dengan amanah kepada Allah. Dalam surah Luqman ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan ingatlah ketika Lukman menasihati anaknya, 'Wahai anakku janganlah kamu menyekutukan Allah kerana sesungguhnya syirik adalah satu perbuatan yang zalim'."

Beliau juga menekankan kepentingan beramanah dengan ibadah terutamanya solat. Hal ini kerana melalui solat manusia berhubung dengan Penciptanya. Apabila fenomena ini ber?terusan, kompas hidup manusia tidak terbabas. Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Lukman berkata), wahai anakku tegakkanlah solat." Di samping itu, amanah dakwah juga ditekankan kerana dakwah menjamin kesinambungan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat.

Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku) ajaklah kepada makruf dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu."

Amanah daripada sudut akhlak seperti bersikap sederhana serta tidak sombong dan bongkak dalam hidup juga ditekankan Lukman. Dalam surah Luqman ayat 18 hingga 19, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku), janganlah kamu palingkan mukamu daripada manusia lantaran sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan bersikap sederhanalah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Umumnya, manusia yang beramanah adalah manusia yang berpegang teguh pada agama. Oleh itu, apabila anak Lukman bertanya kepada beliau, "Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara paling asas yang perlu dimilikinya? Jawab Lukman, "Agama."

Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?" Beliau menjawab,

"Agama dan harta." "Jika tiga perkara?"Jawabnya, "Agama, harta dan malu."

Jika empat perkara??Berkata Lukman, ?Agama, harta, malu dan akhlak yang mulia.

Jika lima perkara??Jawabnya, ?Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah.

"Jika enam perkara??

Jawab Lukman, "Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertakwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan."

Kesimpulan daripada kisah Lukman ini ialah pembentukan nilai-nilai murni seperti sikap amanah bermula dalam diri individu setiap insan bukannya menyuruh orang lain bersifat amanah tetapi malangnya dirinya sendiri bersifat zalim. Begitu juga kita tidak perlu menuding jari menuduh orang lain tidak amanah mungkin diri kita lebih tidak amanah. Ibarat kata pepatah ?Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih?. Yang penting, berpegang teguhlah pada agama nescaya bukan setakat sifat amanah yang akan berbuah malah banyak lagi sifat mahmudah yang akan menyerlah?.Insyaalah








No comments:

Post a Comment