Monday, October 19, 2009

Bila rindu menyapa

Selesai solat Asar, hati ku amat tersentuh sekali. Ingatan terhadap emak, ayah serta dua anak lelaki yang ditinggalkan amat kuat di fikiranku. Terasa jauhnya mereka ku tinggalkan. Moga masih ada masa-masa yang panjang di kemudian hari untuk kita kembali bersama. Masa-masa yang ada terpaksa dikorbankan demi menggapai sebuah impian...memilikimu PhD...... PhD. terlalu banyak yang terpaksa ku korbankan untuk memilikimu. Moga langkah-langkah ku untuk memilikimu tidak seranjau perjalanan silam hidupku.


Mak, ayah....sedihnya bila dapat tau emak dan ayah selalu meghabiskan masa di Nami. Memang mak dengan ayah tidak tahu duduk diam kat kampong...mesti create sesuatu untuk habiskan masa di Nami. Kami anak-anak tak dapat berbuat apa2. Kalau boleh kami nak tengok mak dan ayah berehat saja kat rumah. Tak payah susah-susah kerja lagi. Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesiannya kerana masih berkeringat buat kerja di usia tua...Paling menyedihkan hati, di Nami tak ada sesiapa yang menemani kalian. Jauh di jeruk dunia...hanya kalian berdua saja kat situ. Jiran-jiran semuanya jauh belaka..coverage untuk h/p pun tak ada. Terpaksa pi ke tempat tinggi untuk berhubung dengan dunia luar. Makan minum kalian mesti apa yang ada sahaja. Kesiannya mak dengan ayah...nak buat macam mana..emak dengan ayah senang hidup begitu.

Anak-anak umi...rindunya umi kat along dan angah tuhan saja yang tau. Hanya doa yang mampu dipanjatkan agar anak-anak umi tabah menjalani hidup di sana..Belajar la dengan tekun..jaga solat dan akhlak. Bukan senang untuk menjalani hidup ini tanpa family...sabar la dengan perpisahan ini. Along...SPM dah tak lama lagi. Gunakan masa-masa yang ada untuk study. Masih belum terlambat, cari strategi untuk study dengan berkesan. Fokus pada apa yang dipelajari...Solat hajat dan doa banyak2....Insyaallah along akan berjaya dalam SPM nanti...janji kena pulun habis2an.

Untuk angah...work hard for your study..PMR dah dok nanti. Umi nak angah dapat tukar ke kelas yang terbaik tahun depan. Insyaallah 9A akan jadi milik angah jika angah kuat semangat. Perjalanan hidup kita tak sama dengan orang lain...kita kena tabah dan kuat. Bila terasa lemah..ingat Allah sentiasa ada bersama kita waktu susah atau senang..Dia tak pernah pinggirkan kita walau sesaat. Doa umi dan abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian....

No comments:

Post a Comment