Wednesday, October 14, 2009

Minyak dan Parking

Alhamdulillah kawan yang mengunjungi ku setiap bulan dah berlalu pergi...jiwa pun makin tenang sikit. Aku mengkhadokan tiga solat waktu selepas aku mandi wajib...bimbang juga jika aku terlewat mandi pada hal aku dah boleh tunai solat sebelumnya. Pagi tadi Mila call aku nak ke Deakin Waurn Pond...ada urusan pendaftarannya yang belum selesai. Kami guna satu kereta ja sebab susah nak parking dalam kampus kalau tanpa permit. Kat sini semuanya kena bayar walaupun bergelar student universiti tu sendiri... tak macam kat M'sia. Student cuma beli sticker je. Ada tiga rate pembayaran parking yang boleh dipilih. Biru..yang paling mahal dan banyak tempat parkingnya serta lokasi yang dekat dengan bangunan tempat kuliah, merah  agak murah harganya serta limitted tempat parking, kalau lambat alamat penuh la tempat parking tu..oren hanya tempat2 tertentu je ada...hargapun tak mahal sangat. Aku yang jenis kedekut ni rela tak membayar kos untuk parking ni...terpaksa la menapak jauh di atas bukit untuk dapat parking percuma...hehehehe..boleh exercise sikit, pujuk hati....Sebelum kami pi waurn Pond, kami singgah isi minyak kereta kat stesyen minyak Shell. Agak murah harga minyak hari ni...AUD 107 sen/liter. Kat sini harga minyak tak sama setiap hari dan berbeza mengikut stesyen2 minyak yang lain. Government depa x control harga minyak. Apa lagi aku ambil kesempatan ni isi minyak sampai penuh tangki la jawapnya...Melalui pembacaan dan pengamatan aku, harga minyak kat sini akan murah harganya pada setiap hari Selasa dan Rabu...hari-hari lain agak mahal juga. Bagi sesiapa yang tau hal ni...masing-masing akan ambil peluang untuk isi minyak..boleh la jimat sikit. Kat M'sia pasai apa tak boleh buat macam ni...sekurang-kurangnya boleh juga bantu sesiapa yang kurang mampu dan nak berjimat....tak la teruk sangat bebanannya...

No comments:

Post a Comment