Wednesday, October 21, 2009

Insan-insan dalam hidupku


Perjalanan memiliki PhD. ini masih terlalu jauh. Masih belum jelas cahayanya. Sekejap terang, sekejap gelap gelita...Namun sekali kaki melangkah berpatah balik tidak sekali. Biar rebah, merangkak namun perjalanan akan tetap diteruskan jua. Ini lah insan-insan yang terpaksa berkorban demi memburu impianku. Umaira anak perempuan tunggalku telah mangli dengan asam garam kehidupan ini. Sejak umurnya setahun dan masih dalam susuan telah ku tinggalkan untuk memiliki Master. Alhamdulillah..dua tahun siap juga Master ku biar pun penuh dengan tangisan...Kini dia berusaha menyesuaikan diri bersekolah di sini...walaupun agar sukar di permulaannya. Dia dah boleh bertutur dalam dilect English Aussie walaupun tersekat-sekat. Dia happy menjadi sebahagian penghuni di sini...Along dan angah...sabar lah dengan perpisahan ini. Terimalah hakikat perjalanan hidup kita ini. Kita terpaksa berkorban untuk memiliki sesuatu dan moga jiwa kalian semakin mantap dan tegar untuk mengharungi kehidupan yang lebih berliku di masa depan.

Hubby ku....hanya tuhan sahaja yang tahu perjalanan hidup kita..tak pernah terduga dan terjangka maha hebatnya ujian yang melanda kita...Alhamdulillah kita kembali bersama meneruskan saki baki hidup yang ada. Kita diberi peluang untuk memperbaiki segala kelemahan diri....Insyaallah peluang ini tak akan dipersiakan. Kini kau diuji pula dengan penyakit. Dalam keadaan takut dan gusar kau sampai juga di sini berbekalkan doa dan tawakkal. Moga-moga kau cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa. Ya Allah permudahkanlah jalan untukku memiliki PhD ini. PhD ini amat bermakna buat diriku... bukan untuk dibanggakan tapi ingin ku realisasikannya untuk  insan-insan tercinta bernama Haji Shuib dan Hajjah Habesah. Inilah hasil didikanmu serta susah payahmu...Moga segalanya ini mendapat keredhaanNya....Amin!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment