Saturday, October 3, 2009

Solat Malam

Minggu terakhir bulan September aku habiskan dengan menolong Mila sekeluarga.....Kesian dia, hingga hari ini masih belum dapat rumah lagi. Hari Isnin ni anak-anak dia dah start nak ke sekolah. Tapi Alhamdulillah juga la barang-barang keperluan seperti perabot, pinggan-mangkuk semua dah ada. Aku amat rungsingkan research aku....masih lambat progressnya. Lepas ni aku kena pulun betul-betul. Deakin akan jadi rumah keduaku. Ya Allah tolong lah hamba Mu ini...Sepanjang bersama dengan family Mila aku amat senang dengan adik Mila, Fiza. Dia suka bangun untuk solat malam...Aku boleh tumpang semangat dia. Fiza akan kejutkan aku...Alhamdulillah...syukur kerana dipertemukan dengan insan-insan sebegini. Kami berpuasa sunat syawal berdua biarpun terlalu sibuk menguruskan banyak benda...Harap-harap aku diberi kekekuatan untuk terus mengerjakan amalan sunat ini. Terasa jiwa semakin tenang dan diri semakin hampir padaNya. Ya Allah tetapkan hatiku supaya aku mampu beristiqamah dalam mengerjakan amalan ini...Jangan la Kau tarik balik nikmat yang Kau kurniakan in.

No comments:

Post a Comment