Thursday, October 15, 2009

Layakkah aku bergelar sahabat

Aku selalu bertanya pada diriku...Apakah aku ini seorang sahabat yang baik? Apakah hak-hak seorang sahabat telah kupenuhi dan aku sendiri tidak tahu apakah hak-hak itu. Aku selalu mendambakan sahabat yang baik untuk diriku tapi aku tak pernah melihat ke dalam diriku apakah aku ini memiliki ciri-ciri seorang sahabat yang baik itu. Aku hanya berkeinginan menjadi sahabat baik tetapi tidak pernah aku mempraktikkannya kearah itu. Terlalu banyak yang aku dambakan dari seorang sahabat tanpa aku sendiri tidak menghulurkannya terlebih dahulu. Aku hanya mahu orang lain berbuat baik padaku tapi aku sendiri tidak melakukannya terlebih dahulu. Terasa malunya diri ini meminta melebihi yang diberi oleh diri sendiri. Aku hanya pandai menilai seseorang sahabat tanpa aku sedari siapakah aku. Layakkah aku bergelar sahabat. Wahai diri..sedar la, jadilah diri mu seorang sahabat terlebih dahulu sebelum mengharapkan orang lain menjadi sahabatmu. Hulurkan kasih sayangmu terlebih dahulu sebelum mengharapkan huluran kasih sayang orang lain. Biar la diri mu jadi sesorang yang mendahului kebaikan sebelum mengharapkan kebaikan itu datang kepada mu.....peringatan untuk diri dan hati yang selalu lalai dan cuai. Ya Allah amponi la diri ini ya tuhanku

No comments:

Post a Comment