Monday, October 26, 2009

Solat Jumaat di Masjid Geelong, Australia

Hari Jumaat 23/10/09 jam 12.00 tgh aku terima SMS dari Nizam student PhD dalam jurusan IT. Dia tanya aku nak pi solat Jumaat atau tidak? Aku seperti orang mengantuk disurungkan bantal menerima pelewaan itu..Bestnya dapat solat Jumaat dan yang paling best lagi dapat dengar Khutbah Jumaat. Aku rasa amat tenang dan lapang berada di Masjid ini. Memang rekebentuk sesuatu bangunan member impak yang besar kepada penggunanya. Masjid ini dulunya adalah sebuah gereja lama yang diberi kepada umat-umat Islam di sini untuk digunakan sebagai masjid...Alhamdulillah..ada la juga sebuah masjid di daerah Geelong ini. Semua komuniti Islam akan berkumpul kat sini pada hari setiap Jumaat dan Hari Raya. Aku amat kagum dengan binaan bangunan ni. Nampak sangat klasik dan mampu memberi ketenangan pada pengunjungnya..Di Malaysia aku tak pernah solat Jumaat....bukan tak pernah pi kat masjid waktu tu, tapi selalunya tak disediakan tempat solat untuk muslimat di kebanyakan masjid-masjid pada waktu solat jumaat. Terpaksalah tunggu hingga selesai solat jumaat dan solat zohor sendirian...Imam masjid ni orang Pakistan...Khutbahnya pun English- Pakistan. Jadilah..daripada tak dapat dengar langsung. Bukannya senang nak dapat pergi ke kuliah2 ilmu di sini...Banyak dugaan iman kat negara-negara mcm ni..terutama yang masih single. Pada ibu bapa kalau anak-anak mereka nak nikah dulu sebelum sambung belajar kat oversea..izinkan lah. Kesian sangat kat mereka....takut mereka terbabas tanpa kawalan...Ini lah Foto Masjid Geelong yang menjadi kebanggaan komuniti Islam kat sini.





No comments:

Post a Comment