Monday, October 19, 2009

Penyakit riak dalam menjaga sembahyang

Minta maaf pada yang terasa. Penyakit orang yang beribadah adalah riak, iaitu temberang. Kita ni bila kita jaga betul sembahyang kita, bersembahyang di awal waktu, kita terdorong untuk memandang rendah pada orang yang tak jaga sembahyang. Kita kata orang yang tak jaga sembahyang tu orang tak bagus, padahal tak semestinya begitu.

Jaga-jaga. Ego kita dalam hati kita selalu memerangkap kita dengan tanggapan-tanggapan negatif hingga mendorong kita berfikiran tak bagus pada orang lain. Rasa bangga dalam diri kita tu kekadang melarat kepada riak- mengakibatkan kita merasa diri kita ni bagus sangat sebab kita jaga sembahyang.
Maka itulah sebabnya kita kena selalu beristighfar. Riak ni mendorong kita untuk sentiasa merasa lebih. Ego pula mendorong kita supaya sentiasa menang. Kedua-duanya bersumberkan nafsu, bersarang di hati kita.
Andai kata kita memandang rendah pada orang, itu maknanya ada something wrong ngan iman kita. Apa khabar iman kita?

Sumber (Dr Tuah)

No comments:

Post a Comment