Pagi Sabtu 10/10/09 aku kalut mengemas rumah. Mila dan keluarganya dah pun pindah ke rumah barunya. Dalam aku dok kalut vakum carpet kat ruamg tamu..aku dapat call dari Khaleeda..Dia dah ada kat depan rumah..nak melawat Man yang akan balik ke Malaysia tgh tu. Kelam kelibut aku dibuatnya...rumah macam tongkang pecah....breakfast tak buat lagi...Aku jemput Khaleeda dan Nizam naik ke rumah. Depa tak tau yang Man dengan Mila dah pindah..tak duduk lagi kat rumah aku. Aku tinggalkan kerja mengvakum kat ruang tamu..terus masak apa yang ada. Stok dalam peti ais pun dah tak banyak dah. Maklumlah dah lama tak keluar membeli. Pukul 11 am..Khaleeda dan Nizam minta diri untuk ke rumah baru Mila dan Man. Aku tak mandi lagi waktu tu. Kul 11.30 am nak hantar Man ke Melbourne Airport..Kalut mandi dan bersiap...Kami bertolak ke airport kul 12.00 pm...Alhamdulillah..perjalanan lancar dan tempat parking pun mudah. Selepas Man dah selamat check-in..kami bertolak balik. Kami singgah kat Werabbi...shopping makanan halal (daging dll). Dah hampir 4 bulan aku tak ke sini. Stok makanan pun dah semakin susut. Shopping sakan lah untuk 4 bulan lagi. Aku malas nak datang selalu kat sini...jauh dan meletihkan. Dalam dok sibuk shopping, aku dapat call dari Siti. Dia jemput kami semua ke rumahnya untuk minum petang. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak...tak la perlu penat untuk memasak bila sampai rumah nanti. Menunya pasembur dengan teh tarik..dah la lama tak jumpa masakan ni..dan kami pulak semuanya dalam keadaan lapar sangat...apa lagi pakat pulun makan dengan berselera sekali...Sampai rumah dah dekat maghrib..letih yang teramat..rumah pulak masih berselerak..sabar je la..esok kena sambung balik kerja-kerja mengemas ni..
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment