Saturday, October 31, 2009

Ikan termenung

Hari ni 31/10/09 aku tak ke mana-mana...malam tadi aku dengan Khaleeda masak kari ala-ala mamak. Pagi tadi aku jemput Irwan and family, Anis and family, Mila dan adik-adik bujangku...Nizam, Khaleeda dan Amy makan tengahari kat rumah ku...Menunya simple ja...kari, ikan bakar cicah dengan air asam, ulam petai jeruk, timun dengan sambal belacan dan sayur kacang. Sedap juga bila lama tak makan mcm ni...Tapi ikan bakar ku dari jenis leather jacket ja...ikan termenung x ada...aku dah sampai tahap mengidam nak makan ikan termenung ni..malang sekali kat Geelong ni ikan termenung tu tak ada ....sabar je la. Masa kat M'sia ikan ni buat x kisah sangat, kat sini, bila dah x ada baru la terasa betapa sedapnya ikan tu....




Friday, October 30, 2009

Aku dan cuaca kat sini....

Hari ni Khamis 30/10/09..sehari lagi aku melangkah kat school Science and Technology kat Deakin University campus Waurn Pond..Cuaca hari agak cerah seperti hari-hari lain dalam minggu ini. Musim summer seakan mula menampakkan diri...Suhu hari ni dah 25 degree Celcius, agak selesa bagi ku orang khatulistiwa ni. Jika sebelum ni masa musim winter dan awal spring aku agak tertekan kat sini. Sejuknya...padahal kat UK dan lain-lain negara lagi la sejuk. Aku rasa salah satu cabaran belajar kat oversea ni adalah cuacanya. Kita tak biasa rasa sejuk pada suhu kurang 10 degree...rasa sejuk sesangat seakan menyucuk2 tulang belakang...Pakai baju pulak berlapis-lapis..sabar je la..Yang paling tak tahan bila waktu malam.....lagi la terasa sejuknya. Nak buat kerja pun tak boleh, tak terlawan rasa sejuk. Nak pasang heater selalupun kena fikir dua tiga kali, kos elektrik dan gasnya agak tinggi pada waktu-waktu mcm ni. Ratenya lebih tinggi berbanding musim-musim yang lain...Nak tidur malam, nasib baik la ada blanket elektrik, kalau tak, tak lena la jawapnya.....sejuk sangat.....Bila dah kena macam ni baru la terasa bertuah duduk di negara sendiri. Cuaca kita biar pun terasa panas sedikit tapi tak la berubah-ubah dgn drastic sekali macam ni....Tapi yang seronoknya kat sini bila musim spring macam waktu-waktu ni. Pelbagai pokok akan berbunga..even rumput2 pun berbunga....betapa cantiknya ciptaan tuhan. Orang-orang kat sini pula suka ada landscape sendiri kat rumah-rumah...lagi la cantik apabila pokok-pokok ni semua berbunga...beraneka warna dan bentuk..tak puas mata memandang...Alhamdulillah kerana aku berkesempatan merasai semuanya ini di usia yang meniti senja....Moga hari-hariku di sini dapat aku lalui dengan penuh makna...







Imam As-Syafie (2).

Imam Ahmad Bin Hanbal pernah mengatakan bahawa Rasulullah pernah menyatakan bahawa Allah s.w.t. akan menurunkan seorang yang membawa pembaharuan dalam agama dalam masa tiap?-tiap seratus tahun. ?Umar Bin Abdul Aziz diutus untuk seratus tahun yang pertama, dan aku berharap untuk abad kedua adalah Imam Syafie sendiri?, katanya. Demikian pendapat daripada Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri sebagai mencerminkan kebesaran dan keutamaan Imam As Syafie.


Imam Syafie dilahirkan di Gazza, Palestin pada tahun 105 H menurut pendapat yang termasyur. Adapun salasilah keturunan Imam Syafie adalah Abdullah Bin Idris bin Al Abbas, Uthman Bin Syafii Bin Ubaid Bin Abu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Muttalib Bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Rasulullah pada datuk Rasulullah, Abdul Manaf. Kerana itulah Imam Syafie diberi gelar dengan anak paman Rasulullah. Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil, lalu dibawa oleh ibunya ke Mekah ketika berumur dua tahun, hidup sebagai anak yatim.

Ketika mudanya Imam Syafie hidup dalam keadaan miskin sehingga beliau terpaksa mengumpulkan batu-batu, tulang belulang dan pelepah tamar untuk dijadikan catatan, dan kadang-kadang beliau pergi ke tempat orang banyak berkumpul, meminta kertas guna menyalin pelajaran. Beliau mampu menghafal Al Quran juga menghafal dan menulis hadis ketika kecil lagi. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah nahu saraf dan untuk itu pernah mengembara dan tinggal bersama kabilah Huzail lebih kurang selama 10 tahun. Kabilah Huzail itu terkenal paling baik bahasa Arabnya dan beliau banyak menghafal syair-syair kabilah tersebut.

Walaupun Imam Syafie pada waktu mudanya banyak mempelajari bahasa Arab tetapi Allah menempatkan beliau dalam keadaan yang menyebabkan beliau mendalami ilmu fiqh. Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari Mas'ab mendapati Imam Syafie sedang mempelajari syair dan nahu lalu bertanya, ?Untuk apakah ini? Jika engkau mempelajari fiqh dan ilmu hadis tentu lebih sesuai untukmu.? Pada kali yang lain Mas'ab datang menemui Imam Malik meminta supaya beliau bersedia mengajar Imam Syafie. Dengan demikian Imam Syafie dapat mempelajari banyak sekali ilmu pengetahuan dari Imam Malik, seolah-olah tidak satu ilmu Imam Malik yang diperdapatnya dari guru-gurunya di Madinah dibiarkan berlalu demikian sahaja oleh Imam Syafie. Kemudian beliau mengembara ke Iraq, belajar dengan Muhammad AI Hassan.

Satu lagi riwayat yang jelas ialah bahawa Imam Syafie juga belajar di Mekah sebelum menemui Imam Malik. Di Mekah beliau menjadi seorang yang pintar dan dipercayakan oleh gurunya iaitu Muslim bin Khalid Az-Zinji untuk memberi fatwa. Walaupun demikian beliau merasa belum puas dengan ilmu yang telah dimiliki itu, lalu berpindah belajar ke madinah dengan Imam Malik. Di sana Imam Syafie dapat menghafal seluruh isi kitab Al Muwattha' berkat dorongan yang diberikan oleh Imam Malik dengan mengatakan bahawa yang Allah telah menyinari hati beliau dengan nurNya dan jangan nur itu dipadamkan dengan berbuat maksiat. Imam Syafie giat sekali mempelajari fiqh dan hadis sampai Imam Malik meninggal dunia pada tahun 170 H.

Setelah Imam Malik meninggal dunia, Imam Syafie yang ketika itu masih lagi dalam lingkungan usia remaja, ingin pula mencari pekerjaan untuk mengatasi kemiskinannya. Ketika Gabenor Yaman datang berziarah ke Hijjaz, dia diserahkan oleh beberapa orang Quraisy supaya mengangkat Imam Syafie bekerja di Yaman. Beliau akhirnya bekerja di Najran dan di sebabkan ketinggian akhlaknya Imam Syafie telah mendapat kepercayaan Gabenor.

Pada suatu hari Imam Syafie dituduh bersubahat dengan sepuluh orang penyokong Umawiyin yang membantah perlantikan Khalifah. Semua yang tertuduh itu diperintahkan oleh Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihadapkan kepadanya untuk dihukum dengan memukul tengkuk masing-masing.Ketika sampai pada giliran Imam Syafie, beliau berkata, ?Perlahan sedikit hai Amirul Mukminin. Tuan adalah berkata, yang menyuruh datang sedangkan aku adalah orang yang disuruh datang. Tentu saja tuan boleh berbuat apa pun, sedangkan aku tidak dapat berbuat apa pun. Hai Amirul Mukminin, ada dua orang, yang satu menilai aku sebagai saudaranya sedangkan yang lain menganggap aku adalah hambanya, menurut pendapat tuan manakah yang lebih sayang kepadaku??.

Tentu orang yang mengaggapmu sebagai saudaranya,? jawab Al Rasyid. ?Engkau seharusnya demikian wahai Amirul mukminin!? sambung Imam Syafie lagi. ?Kenapa?? Tanya Al Rasyid. Beliau lalu menjelaskan, ?Engkau adalah anak Al Abbas. Al Abbas anak Ali. Dan kami dari keluarga bani Al Muttalib. Maka kamu harus memandang kami sebagai saudaramu. Sedangkan orang-orang Umawiyin memandang kita sebagai hamba sahaya.? Dengan lega Al Rasyid berkata ?Wahai anak Idris, sampai berapa jauhkah ilmumu tentang AI Quran?? ?AI Quran dari segi apa yang tuan maksudkan? ? tanya Imam Syafie kembali. ?Dari segi hafalan,? kata AI Rasyid lagi.

Imam Syafie menjelaskan, ?Aku telah menghafal AI Quran keseluruhannya. Aku telah mengetahui tempat perhentian dan tempat memulai membacanya. Aku mengetahui mana nasakh dan mana pula mansukhnya, mana yang gelap dan mana yang terang, ancaman dan pujukan dan aku mengetahui pula mana yang ditujukan kepada hal-hal yang khusus dan mana pula yang ditujukan kepada hal-hal yang umum, serta mana pula yang diungkapkan dengan kata-kata yang khusus tetapi maksudnya umum.?

Setelah bersoal-jawab dengan Khalifah nampaklah oleh Khalifah Al Rasyid akan kepintaran Imam Syafie yang luarbiasa lagi mengkagumkan hingga akhirnya Al Rasyid bertanya, ?Apakah yang akan engkau nasihatkan kepada Amirul Mukminin?? Imam Syafie lalu menjawab menasihatinya dengan suatu nasihat yang berasal dari Tawus Al Yamani yang sangat berkesan sekali kepadanya, sehingga Al Rasyid menangis mendengarnya, lalu memberi beliau hadiah dan harta yang banyak.

Imam Syafie pernah berkata, ?Siapa mempelajari Al Quran akan tinggilah ilmunya. Siapa yang menulis hadis, kuatlah alasan pendapatnya. Siapa yang suka membicarakan hukum fiqh akan menjadi orang pintar akalnya.? Siapa yang memperhatikan budi pekertinya akan menjadi orang yang baik dan halus. Siapa yang banyak berhitung dan mempelajari ilmu matematik, pemikirannya akan berkembang. Dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya, ilmunya tidak akan berguna sama sekali.?

Sebagai seorang ulama besar sebagaimana halnya dengan Imam Malik, Imam Syafie juga mempunyai murid yang ramai dan antaranya juga muncul sebagai ulama terkenal. Salah seorang murid beliau yang termasyhur ialah Ahmad Bin Hanbal. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah menyatakan, ?Allah Taala telah memberi kemudahan kepada kami dengan perantaraan Imam Syafie, kami telah mempelajari dan menyalin pendapat berbagai ahli, tetapi ketika kami belajar kepada Imam Syafie ternyata beliau lebih ahli dari semuanya itu. Kerana itu kami selalu mengikuti beliau siang dan malam, dan semua yang kami peroleh dari beliau ternyata baik. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada beliau.? Ahmad Bin Hanbal adalah murid beliau yang terbanyak menghadiri majlis Imam Syafie, As Z?aifarani menyatakan bahawa setiap dia menghadiri majlis Imam Syafie, selalu didapatinya Ahmad Bin Hanbal di majlis tersebut.

Ketika berada di Mekah, Imam Syafie telah mengajar di Masjidil Haram hingga ramailah orang yang menziarahi tanah suci berkesempatan mendengarkan uraian-uraian beliau. Di sinilah pula Imam Ahmad Bin Hanbal bertemu dan belajar dengan beliau. Selama sembilan tahun beliau mengajar di Mekah selain itu beliau juga memperdalamkan pengetahuan tentang Al Quran, hadis, ijtihad, kaedah-kaedah usul dan kaedah-kaedah fiqh. Pada tahun 195 H, beliau berpindah pula ke Baghdad. Di sebabkan kemashurannya yang meluas dalam Ilmu fiqh, banyaklah ahli di negeri itu yang datang menemui beliau.Di sinilah pula beliau menyusun kitab ?Ar-Risalah? yang memuat prinsip-prinsip tentang usul fiqh.

Imam Syafie tinggal di Mesir lebih dari 40 tahun, di mana beliau telah menyusun beberapa buah kitab di antaranya, ?Al Um? yang berisikan hukum-hukum tentang berbagai masalah. Dengan demikian nama beliau terkenal di mana-mana sehingga banyak orang dari Syam, Yaman, Iraq dan lain-lain datang belajar kepada beliau. Di sini pulalah beliau menyusun mazhab baru kerana telah berbezanya situasi dan adat istiadat masyarakat yang dihadapi. Di samping mengajarkan ilmu fiqh, beliau juga mengajar ilmu-ilmu lain. Ar-Rabi? bin Sulaiman pernah mengatakan bahawa Imam Syafie mengadakan majlis pelajaran Al Quran sesudah sembahyang subuh sampai matahari naik, kemudian datang pula ahli hadith menanyakan maksud hadith sampai matahari tinggi, kemudian majlis itu mengadakan muzakarah dan mengulangi pelajaran yang lalu. Sepulang mereka, datang pula ahli-ahli syair dan belajar bahasa dan sastera Arab kepada beliau sampai tengah hari.

Ilmu fiqh yang ditampilkan oleh Imam Syafie banyak menulis dalam zaman perkembangan ilmu fiqh penggabungan antara aliran ?naqli? dengan aliran ?Ra?yi?, menggabungkan antara sunnah dengan ?qias?. Beliau juga menetapkan cara-cara untuk memahami al-Quran dan ?mengistinbatkan? hukum, sehingga beliau berhak di anggap sebagai seorang pendiri ilmu usul fiqh. Maka beliau menyusun mazhab fiqh sendiri setelah mempelajari fiqh. Maka beliau menyusun mazhab fiqh sendiri setelah mempelajari fiqh orang Madinah dan Iraq dari ulama yang ahli dan bermazhab yang bersangkutan sendiri, sehingga di Mesir mazhab beliau berkembang dengan pesat, kerana perubahan-perubahan yang beliau adakan berdasarkan perubahan masyarakat dan alam sekitar. Fiqh Imam Syafie menempatkat Al Quran sumber pertama, dan Sunnah, yang menjelaskan dan mentafsirkan Al Quran, sebagai sumber kedua. Mengenai Sunnah, beliau berkata, ?Apakah ada lagi alasan lain dari tuntutan Rasulullah?...Apabila hadis itu sah, itulah mazhabku.?

Apabila beliau menghadapi sesuatu masalah, beliau mencari hadis dulu untuk dijadikan pedoman. Beliau menasihati rnurid-murid beliau agar meninggalkan pendapat yang beliau ajarkan kalau ternyata berlawanan dengan hadith. Fakhruddin Ar-Razi membayangkan betapa besar peranan Imam Syafie dalam rnenyatukan antara hadis dan pemikiran. Imam Syafie banyak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w., cara-cara berdiskusi, mempunyai lidah yang fasih, sehingga dapat mengalahkan ahli fikir yang berusaha menjatuhkan ahli hadith. Imam Syafie juga menjadikan ?ijma? sebagai sumber hukum sesudah Al Quran dan Sunnah dengan beberapa syarat.

Sebelum Imam Syafie membicarakan ilmu usul fiqh, para ahli fiqh mengemukakan dalil-dalil tanpa berdasarkan kepada suatu kaedah umum untuk memperbandingkan antara dalil-dalil untuk memilih yang lebih kuat. Lalu Imam Syafie meletakkan kaedah-kaedah ilmu usul untuk dijadikan petikan dalam memilih dalil-dalil hukum syarak.

Imam Syafie banyak menulis dalam berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Menurut sebahagian ahli sejarah, beliau telah menulis 13 buah buku, iaitu dalam bidang usul fiqh, sastera dan lain-lain. Di antara kitab Imam Syafie yang termasyhur juga ialah ?Ar-Risalah? tentang usul Fiqh. Bagaimanapun kitab beliau yang terlengkap dalam ilmu fiqh adalah ?Al Um?

Satu lagi keistimewaan Imam Syahfii ialah memiliki suara yang merdu hinggakan orang menangis mendengar beliau membaca Al Quran. Beliau juga mengetahui ilmu kedoktoran, mahir memanah dan menunggang kuda. Keahliannya dalam bidang sukan tidaklah dapat dinafikan oleh sesiapa pun.Beliau juga mempunyai lidah yang sangat fasih dan iman yang kuat. Ibnu Rahuwaih berkata, ?Beliau adalah ahli pidato, luas pandangan dan mengetahui rahsia kejiwaan.?

Sebagai seorang imam besar, cintanya terhadap kebenaran adalah demikian besar sekali. Di mana sahaja beliau berada, kebenaran tetap dalam perhitungannya. Beliau tidak segan-segan menarik pendapat yang telah dikemukakan kalau memang ternyata salah, atau ada pendapat lain yang lebih kuat. Kerana itu dalam fiqh beliau, kita dapati ada dua mazhab, ?Al Qadim? (yang lama) dan ?Al Jadid? (yang baru). Beliau menjauhi maksiat dan hal-hal yang tidak baik, kerana selalu ingat kepada nasihat Imam Malik kepadanya yang berbunyi, ?Wahai Muhammad, Allah telah memasukkan Nur ke dalam hati engkau.. Kerana itu janganlah engkau kotori akan diberiNya sesuatu.? Demikian juga nasihat guru beliau Waki? bin Jarrah. Berkata Imam Syafie:

Aku mengadu kepada Waki? tentang sulitnya menghafal pelajaran. Beliau memberitahuku supaya meninggalkan maksiat. Beliau mengatakan bahawa ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan ditunjukkan kepada orang yang berbuat dosa.? Guru-guru Imam Syafie di Mekah pernah menyatakan bahawa mereka tidak pernah menemui kebodohan pada diri Imam Malik. Imam Syafie sangat banyak melakukan solat tahajjud di malam hari. Beliau membahagikan waktu malam kepada tiga bahagian,sepertiga untuk menulis, sepertiga untuk solat tahajjud dan sepertiga untuk tidur.

Namun ketika di usia senja, Imam Syafie sering menderita sakit dalam hidupnya seperti bawasir yang banyak mengeluarkan darah sehingga penyakit ini pulalah yang mengakhiri hayat beliau. Beliau meninggal dunia di Mesir pada malam Khamis akhir bulan Rejab tahun 204 H, dalam usia 54 tahun. Jenazah beliau telah dikebumikan di sebelah barat Al Khanda dekat kuburan Zahrah, sehingga tempat tersebut termasyhur sebagai bukti kebesaran beliau.

Inilah role-model zaman kegemilangan Islam yang boleh dinobatkan sebagai towering personaliti yang hebat dalam semua aspek ilmu pengetahuan. Oleh itu, dengan gagasan Islam Hadhari dapat menyuntik semangat baru kepada Shababul Islam untuk melahirkan 1000 lagi Imam Syafie di akhir zaman ini.







Imam As-Syafie (1)

AL-IMAM al-Syafie atau sebenarnya Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafi'i bin al-Saib merupakan anak murid kepada al-Imam Malik yang paling masyhur. Beliau berketurunan Quraisy. Dibesarkan dan dilahirkan di Chazzah, Palestin. Selepas kematian bapanya, beliau tinggal bersama ibunya dalam keadaan amat miskin di Ghazzah.

Meskipun berada dalam kehidupan susah, namun kemiskinan bukan merupakan batu penghalang baginya untuk menimba ilmu pengetahuan. Berbekalkan kecekalan hati dan semangat yang berkobar diiringi pula dengan doa ibunya, beliau berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Al-Syafie memulakan kariernya sebagai penuntut ilmu di Ghazzah. Pada peringkat permulaan ini beliau belajar al-Qur'an daripada ibunya sendiri serta menghafal kesemua ayat-ayat al-Qur'an yang dipelajarinya. Setelah berumur lebih kurang sepuluh tahun, beliau dibawa oleh ibunya berpindah ke Makkah. Di Makkah semangat beliau untuk belajar semakin berkobar apabila dia mendapati bahawa kota Makkah dihuni oleh para ulama' muktabar.

Pada peringkat awal di Makkah, beliau memulakan pengajian dengan menghafal hadith nabi sahaja. Di samping itu, beliau juga meminjam kitab al-Muwatta karangan al-Imam Malik daripada seorang lelaki di kota Makkah dan menghafalnya. Dengan daya ingatan yang tajam, beliau dapat menghafal dan mengingati keseluruhan isi kandungan al-Muwatta' dalam tempoh sembilan malam sahaja.

Dalam proses menghafal hadith tersebut, banyak hadith yang berkaitan dengan ilmu ditemui. Penemuan hadith dalam bab fiqh, telah menimbulkan keinginannya untuk menimba ilmu fiqh. Tidak cukup dengan apa yang dimiliki, beliau mula menceburi bidang fiqh dan berdamping dengan beberapa ulama' terkemuka di Makkah seperti Muslim Ibn Khalid al-Zinji dan Sufian Ibn 'Unaiyah.

Dalam tempoh perdampingannya dengan ulama' fiqh di kota Makkah, beliau mengambil kesempatan mempelajari fiqh Ahl-Ra'y dan juga fiqh Ahli Hadith serta mengumpulkan segala data ilmiah yang berkaitan dengan kedua-dua mazhab fiqh tersebut. Menurut al-Syeikh Abu Zahrah, "Sesungguhnya al-Syafie telah mengumpul ilmu fiqh Ahlu Ra'y dan ilmu fiqh Ahli al-Hadith dengan kadar yang seimbang".

Selam ilmu fiqh dan hadith, al-Syafie juga meminati bidang kesusasteraan Arab. Lantaran minatnya ini, beliau menjaga lidahnya agar sentiasa bertutur dengan menggunakan bahasa Arab baku. Di samping itu, beliau juga mendampingi kabilah Huzail yang merupakan kabilah Arab yang paling fasih dan paling menguasai syair-syair di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dalam tempoh ini, al-Syafie sempat juga belajar memanah sehingga berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pemanah-pemanah handalan pada masa itu.

Setelah umurnya meningkat 20 tahun, al-Syafie mengambil keputusan menuju ke Madinah untuk menimba ilmu secara bersemuka dengan al-Imam Malik, pengarang kitab al-Muwatta' yang dihafalnya sebelum ini. Kehadirannya di Madinah untuk belajar disambut baik oleh al-Imam Malik. Dalam pertemuan kali pertamanya dengan al-Imam Malik, al-Syafie pernah menceritakan, "Aku tidak pernah merasa hebat serta kagum terhadap seseorang sebagaimana rasa hebat dan kagumku terhadap al-Imam Malik".

Di Madinah beliau setia sebagai murid al-Imam Malik selama 9 tahun sehinggalah gurunya ini meninggal dunia. Sebagai seorang ilmuwan yang rendah diri serta bijak membahagikan masa, beliau sering mengisi masa lapangnya dengan menziarahi kabilah-kabilah Arab lain di padang pasir.

Setelah al-Imam Malik meninggal dunia, al-Syafie kembali sernula ke kota Makkah. Disebabkan kesempitan hidup yang dialaminya, beliau berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. Akhirnya beliau diterima bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Najran. Di sana, beliau bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan Syiah yang sentiasa mengkritik pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Ekoran ini beliau telah dituduh menyertai dan menyokong golongan pemberontak.

Akibatnya, al-Syafie telah dibawa menghadap khalifah Harun al-Rasyid. Dengan mengemukakan hujah yang kukuh, akhirnya beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Dalam proses pengadilan ini juga beliau bertemu dengan Muhammad Ibn al-Hasan, hakim Baghdad pada masa itu. Muhammad Ibn al-Hasan juga merupakan rakan sepengajian semasa sama-sama berguru dengan al-Imam Malik.

Atas dasar simpati ke atas bekas rakan sepengajiannya, Muhammad Ibn al-Hasan memohon dari-pada khalifah Harun al-Rasyid untuk menjamin al-Syafie serta membenarkan beliau menetap di rumahnya. Dalam tempoh sebagai orang jaminan di rumah Muhammad Ibn Hasan, beliau berkesempatan mempelajari fiqh aliran ahlu ra'y daripada tokoh berkenaan. Setelah lebih kurang tiga tahun berada di Baghdad, beliau kemudiannya kembali semula ke Makkah.

Terdapat banyak perbezaan pen-dapat antara mazhab fiqh, Hanafi dengan yang dipelajari. Namun dengan kecerdikan dan keilmuan yang ada, beliau mengkaji pendapat tersebut serta mengolahnya kembali. Dengan itu terbentuklah kaedahnya sendiri yang dikenali sebagai Usul-al-Fiqh.

Setelah sembilan tahun mengajar di Makkah, beliau merasakan penemuan terbaru ini perlu disebarkan demi kepentingan umat Islam. Dengan ini, pada tahun 195 Hijrah beliau memilih Baghdad sebagai pangkalan ilmu dan mengambil langkah untuk menuju ke kota tersebut sekali lagi. Di Baghdad, kelas pengajian yang dianjurkan oleh beliau begitu mendapat sambutan ramai termasuklah di kalangan ulama'. Antara tokoh yang sering mengikut pengajaran beliau ialah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishak bin Rawahaih, Daud al-Zahiri, Abu Tsaur, Ibn Jabir al-Tabari, Abu Yaakub Yusuf Ibn Yahya al-Buaiti, Abu Ibrahim Ismail Ibn Yahya al-Madani, al-Hasan Ibn Muhammad al-Za'farani, al-Rabiah bin Sulaiman bin Abdul Jabbar al-Muradi, dan lain-lain lagi.

Lantaran kebijaksanaan yang dimiliki, muridnya al-Imam Ahmad bin Hanbal menyifat serta mengiktiraf al-Syafie sebagai seorang Mujaddid kurun ke-2. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada sebuah hadith Nabi "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang akan membuat pembaharuan dalam urusan agama".

Sesuai dengan itu, al-Imam Ahmad bin Hanbali turut berpendapat bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang mujaddid pertama.



Dalam usaha menguasai ilmu hadith, Ahmad bin Hanbali pernah mengatakan, "Aku tidak mengetahui tentang nasikh dan mansukh hadith (masalah pemansukhan hadith) sehinggalah aku berdamping dengan al-Imam al-Syafie".

Menurut muridnya, al-Rabiah bin Sulaiman "Al-Imam sentiasa mengetuai majlis ilmu di masjid (Jami' Amr). Apabila beliau menunaikan solat subuh akan datanglah kepada beliau ahli al-Qur'an. Setelah terbit matahari, mereka (ahli al-Qur'an akan beredar dan muncul pula ahl al-hadith bertanya kepada beliau tentang tafsir dan makna-makna hadith sehingga masuk waktu dhuha. Setelah gelincir waktu dhuha, datang pula kepada

Arab(Nahu), Arudh, dan syair. Mereka akan berdamping dengan al-Imam al-Syafie sehinggalah masuk waktu tengah hari"

Selepas beberapa tahun berada di Baghdad, pada tahun 199 Hijrah, al-Syafie mengambil keputusan untuk mengembara dan menetap di Mesir. Di Mesir beliau berpeluang mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan sehinggalah beliau meninggal dunia di sana pada tahun 204 Hijrah dalam usia 54 tahun.

Sebagai seorang ilmuwan agung, beliau turut menghabiskan sisa-sisa umurnya semasa berada di Baghdad dan di Mesir dengan mengarang kitab. Menurut Yaqut al-Hamawi seorang ahli kaji sejarah, sepanjang hayat beliau, selain kitab al-Umm dan kitab al-Risalah, al-Imam al-Syafie sempat menulis sebanyak 174 kitab (risalah kecil) dengan pelbagai tajuk. Semuanya membincangkan segala permasalahan fiqh masa itu. Pengorbanan beliau dalam bidang ilmu amat disanjung. Hasil khazanah ilmiahnya menjadi bahan rujukan para pelajar dan intelektual Islam hingga kini.

Rujukan: Dewan Agama & Falsafah April 2006

Lukman al-Hakim.

Sebilangan ulama? berpendapat bahawa Lukman merupakan seorang nabi namun jumhur ulama menjelaskan bahawa ia merupakan seorang lelaki yang soleh dan beriman kepada Allah. Kisah Lukman mahsyur dan tersohor dalam sarang minda masyarakat adalah mengenai wasiat kepada anakandanya. Namun hakikatnya Lukman juga menjadi role-model dalam sifat amanahnya.


Menurut riwayat, Lukman AI-Hakim merupakan seorang Ielaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki soleh yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam datang menemui Imam Said bin Musayyib dan beliau berkata kepada lelaki itu, "Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenamya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu BiIal, Mahjak dan Lukman al-Hakim."

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj'ii, "Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik. Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging yang terbaik iaitu hati dan Iidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji. Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging yang terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata, 'Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik yang dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji yang terdapat dalam jasadnya'." Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan al-Hikmah dari Allah. Selain itu, Lukman Al-Hakim juga dikatakan mendapat kedudukan dan maqam yang amat mulia disisi Allah. Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman dengan soalan ini dan beliau menjawab, "Itu adalah kehendak Allah. Walau bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan keatasku, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku."

Salah satu surah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah surah Luqman. la menceritakan betapa amanahnya Lukman al?-Hakim dalam hidupnya. Walaupun beliau sibuk, pendidikan kepada anak-anak tidak pernah sekali-kali diabaikan. Antara nasihat penting yang disampaikan beliau adalah yang berkaitan dengan amanah kepada Allah. Dalam surah Luqman ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan ingatlah ketika Lukman menasihati anaknya, 'Wahai anakku janganlah kamu menyekutukan Allah kerana sesungguhnya syirik adalah satu perbuatan yang zalim'."

Beliau juga menekankan kepentingan beramanah dengan ibadah terutamanya solat. Hal ini kerana melalui solat manusia berhubung dengan Penciptanya. Apabila fenomena ini ber?terusan, kompas hidup manusia tidak terbabas. Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Lukman berkata), wahai anakku tegakkanlah solat." Di samping itu, amanah dakwah juga ditekankan kerana dakwah menjamin kesinambungan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat.

Dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku) ajaklah kepada makruf dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu."

Amanah daripada sudut akhlak seperti bersikap sederhana serta tidak sombong dan bongkak dalam hidup juga ditekankan Lukman. Dalam surah Luqman ayat 18 hingga 19, Allah berfirman yang bermaksud, "(Wahai anakku), janganlah kamu palingkan mukamu daripada manusia lantaran sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan bersikap sederhanalah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Umumnya, manusia yang beramanah adalah manusia yang berpegang teguh pada agama. Oleh itu, apabila anak Lukman bertanya kepada beliau, "Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara paling asas yang perlu dimilikinya? Jawab Lukman, "Agama."

Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?" Beliau menjawab,

"Agama dan harta." "Jika tiga perkara?"Jawabnya, "Agama, harta dan malu."

Jika empat perkara??Berkata Lukman, ?Agama, harta, malu dan akhlak yang mulia.

Jika lima perkara??Jawabnya, ?Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah.

"Jika enam perkara??

Jawab Lukman, "Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertakwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan."

Kesimpulan daripada kisah Lukman ini ialah pembentukan nilai-nilai murni seperti sikap amanah bermula dalam diri individu setiap insan bukannya menyuruh orang lain bersifat amanah tetapi malangnya dirinya sendiri bersifat zalim. Begitu juga kita tidak perlu menuding jari menuduh orang lain tidak amanah mungkin diri kita lebih tidak amanah. Ibarat kata pepatah ?Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih?. Yang penting, berpegang teguhlah pada agama nescaya bukan setakat sifat amanah yang akan berbuah malah banyak lagi sifat mahmudah yang akan menyerlah?.Insyaalah








Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya Khalifah Islam yang berjiwa besar dan merupakan seorang Khalifah Bani Umaiyah yang paling agung. Watak dan keperibadinya adalah berlainan dengan sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang tegas dan zalim. Jika sebahagian besar daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah banyak menghabiskan kekayaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka tetapi berlainan pula dengan keperibadian Khalifah Umar yang agung dan suci ini. Beliau sesungguhnya adalah seorang khalifah yang sangat bertaqwa terhadap Allah s.w.t. menyukai hidup sederhana dan zuhud serta berusaha kuat untuk mengembalikan pemerintahan negara kembali semula kepada dasar-dasar Islam yang murni. Justeru ketaqwaannya, baginda cuba menegakkan kembali keadilan pemerintah sebagaimana yang pernah berlaku semasa zaman nenek moyangnya Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dan dalam banyak aspek, baginda yang sangat sederhana serta menjauhi kesenangan itu pernah dikatakan sebagai menyerupai kehidupan moyangnya Khalifah Umar Al Khattab yang termasyhur itu.


Nama baginda yang sebenar ialah Abu Jaafar Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin Hakam, keturunan Umaiyali daripada bangsa Quraisy. Baginda dilahirkan di bandar Hilwan dalam tahun 61 H, di mana ayahandanya berkhidmat sebagai gabenor di tempat itu. Ibunya pula ialah Laila Binti A'sim Bin Umar Bin Al Khattab. Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang yang di anggap bertuah kerana dilahirkan dan keluarga yang masyhur lagi di segani oleh rakyat jelata.

Semenjak kecilnya, baginda telah mula menghafaz AI-Qur'an kemudian beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz ke Madinah untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Semasa di Madinah baginda telah berguru kepada tokoh-tokoh ulama?, yang muktabar seperti Imam Malik Bin Anas, Urwah Bin Zubair, Abdullah Bin Jaafar Bin Ali Bin Abu Talib, Yusuf Bin Abdullah dan Said Bin Musaiyab. Setelah beberapa lama di Madinah, baginda kemudiannya dihantar pula ke Mesir untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, baginda dipanggil balik ke Damsyik oleh bapa saudaranya Abdul Malik Bin Marwan yang menjadi Khalifah ketika itu dan kemudian dikahwinkan dengan puterinya Fatimah Binti Abdul Malik.

Umar Bin Abdul Aziz adalah disayangi oleh bapa saudaranya Khalifah Abdul Malik kerana baginda mempunyai peribadi yang luar biasa dan memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang diwarisi daripada datuknya Khalifah Umar Bin Al Khattab yang terkenal sebagai Khalifah yang adil dan perkasa. Maka berdasarkan faktor-faktor itulah baginda telah dilantik oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik memegang jawatan gabenor di Madinah.

Umar Bin Abdul Aziz telah menaiki tahta Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 717 Masihi setelah kematian Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik atas wasiatnya. Setelah baginda memegang teraju pemerintahan negara, baginda dapati bahawa negara Islam di zaman itu tidak lebih dari sebuah negara feudal dan keadaan umat Islam pula telah berada jauh daripada apa yang dituntut oleh agama Islam.

Baginda juga mendapati bahawa anak-anak buah keluarga Bani Umaiyah memiliki istana-istana besar dan tanah yang luas. Mereka telah menggunakan harta kerajaan secara bebas, menindas dan merampas hak rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya. Demikianlah keadaan negara dan umat Islam ketika baginda menaiki tahta Kerajaan Umaiyah. Maka sebab itulah baginda dari sejak mula memegang kekuasaan berikrar untuk mengembalikan semula keadilan dan keiz?zahan ajaran-ajaran Islam kepada kehidupan umat Islam ketika itu walaupun baginda terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. Baginda ingin menjadikan pemerintahan negara sebagai sebuah daulah yang benar-benar berdasarkan kehendak dan ajaran Islam yang suci.

Khalifah Umar sedar akan hakikat sebenarnya yang telah berlaku dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang menyebabkan rakyat merasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya kezaliman dan dasar tindas-menindas dari pihak kerajaan dan pegawai?-pegawainya terhadap rakyat jelata. Baginda telah bekerja keras untuk membawa pelbagai perubahan dan kebajikan terhadap rakyat jelata dalam kerangka mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang sejati.

Usaha kebajikan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan cacian terhadap Saiyidina Ali Bin Abu Talib serta keturunannya sebagaimana yang lazim dilakukan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah ketika Khutbah Jumaat. Cacian ini diwajibkan kepada imam-imam atau khatib-khatib di setiap masjid agar membacanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Amalan mencerca Saiyidina Ali r.a. ini terus menerus diamalkan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah sehinggalah kepada zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Baginda telah memerintahkan dengan keras agar perbuatan yang terkutuk itu dihapuskan sama sekali dan hendaklah digantikan tempat itu di dalam khutbah Jumaat dengan ayat-ayat suci Al Quran.

Satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan bayaran jizyah yang dikenakan kepada orang-orang bukan beragama Islam yang tinggal di negara Islam dan jajahan takluknya. Tujuan baginda berbuat demikian ialah untuk menggalakkan mereka supaya bertambah ramai menganut agama Islam. Dan ini merupakan satu cara untuk meluaskan penyebaran agama Islam.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang Khalifah yang sangat warak dan taqwa serta menyukai hidup zuhud dan menjauhi kesenangan. Corak kehidupannya amatlah sederhana sekali dan bagindalah satu-satunya Khalifah Umaiyah yang bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira perbezaan darjat atau keturunannya.

Langkah yang diaplikasikan untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah senang baginda telah menaikkan gaji kaum buruh sehingga kenaikan tersebut hampir menyamai setengah-setengah gaji para pegawai kerajaan. Demikianlah besarnya perhatian dan kecintaan baginda terhadap golongan umat Islam yang miskin lagi rendah taraf kehidupannya.

Bagaimanapun satu-satunya lagi jasa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang terbesar sekali ialah usahanya dalam memajukan pengajaran dan kepentingan agama Islam di lingkungan umat dan kerajaannya yang luas itu. Baginda telah memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al Hazni di Mekah agar mengumpulkan serta menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu baginda juga telah menghantar pendakwah-pendakwah Islam kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara serta mengajak mereka itu memeluk agama Islam.

Sebagai seorang yang alim dan ahli dalam bidang perundangan Islam, beliau sangat mengambil berat tentang kemajuan ilmu pengetahuan di zamannya. Semua orang -orang Islam diperintahkan supaya berjemaah dan menggunakan bangunan-bangunan masjid untuk mempelajari hukum Islam. Dalam rangka beliau untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara untuk mengajar hal-ehwal agama. Islam di sana. Beliau juga mengambil berat tentang penyebaran ilmu sains dan kedoktoran. Dalam bidang ini beliau memerintahkan golongan cerdik pandai Islam supaya menterjemahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang terkandung dalam kitab-kitab bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab. Penterjemahan ini adalah bertujuan supaya kitab-kitab tersebut dapat dipelajari oleh Umat Islam dan menjadi bahan kajian golongan cerdik pandai Islam ketika itu.

Keadilan adalah satu-satunya dasar pemerintahan yang sangat diperhatikan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz . Dapat dikatakan bahawa di zamannyalah umat Islam sekali lagi dapat menyaksikan ciri-ciri keadilan pemerintah Islam yang terpancar dari ajaran-ajaran Islam yang murni. Semasa pemerintahannya sekalian rakyat dilayan dan diadili dengan saksama tanpa terpengaruh oleh lingkungan pangkat, darjat atau keluarga. Baginda telah melarang keras hukuman bunuh dan potong tangan terhadap seseorang sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan keterangan-keterangan yang jelas dan semua hukuman-hukuman tersebut Selain daripada itu harta rampasan perang tidak boleh dibawa kembali atau dibahagi-bahagikan menurut sesuka hati. Majlis Jemaah Negara pula tidak lagi dibenarkan dengan menggunakan harta kerajaan. Demikianlah gambaran corak pemerintahan yang dijalankan oleh Khalifah agung dari Bani Umaiyah ini yang wajar mendapat sanjungan umat serta ditauladani oleh pemerintah-pemerintah Islam dewasa ini.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Khalifah sangat amanah, adil lagi menyukai hidup zuhud telah meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah tatkala berusia 39 tahun. Walaupun zaman pemerintahannya itu sangat pendek sekali iaitu hanya 2 tahun 5 bulan sahaja namun baginda telah meninggalkan jasa-jasa yang sungguh besar dan mengkagumkan umat di sepanjang zaman. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya yang suci dan meredhai segala amalnya yang baik.



Thursday, October 29, 2009

Mencari pokok untuk wetland ku

Hari Rabu 28/10/09...aku pi kedai Handly untuk cari batu gravel yang masih belum cukup untuk memenuhi tangki wetland ku. Selepas beli batu tu, on the way ke school, aku pi cari pokok untuk wetland ku...common reed dan cattail...cuaca hari ni agak panas..rasa terbakar kulitku masa dok cari pokok2 ni...susah juga nak jumpa bila kita cari ni...bila dah jumpa susah pulak nak cabut..akarnya terlalu panjang..Sampai school, aku tanam pokok2 ni...kerja mencuci batu-batu ni aku teruskan untuk hari ini...Terlalu letihnya...

Wednesday, October 28, 2009

Try and error

Selasa.... aku pi beli batu gravel untuk di buat media dalam wetland ku. Pi school basuh semua gravelku...Habih tanganku melecik...tapi hati happy...Lepas dah siap basuh...projek pasang pipe kat tangki pun bermula..kami try untuk dapat flow seperti yg dikira..macam2 kaedah dibuat untuk water distribution kat inlet tangki..last sekali aku decide pipe seperti dlm foto...jadi la wahai wetland ku...jgn la dok buat hal...

Projek Wetland ku bermula

Hari Isnin 25/10/09 aku pi school macam biasa...cuma aku tak sabar nak memulakan projek wetland ku. Banyak barang-barang keperluan untuk projek ku dah sampai...4 buah tangki untuk horizontal flow dan free surface flow dan tiga tangki lagi untuk vertical flow. Aku x sangka agak cepat juga aku dapat tangki ni...Untuk rectangular tank saiznya 690 mm x 690 mm x 490 mm dan vertical flow tank  berbentuk selinder dengan diameter 500 mm dan tingginya 890 mm.  Boleh lah....kalau ikutkan hati aku nak size yang lebih besar..tapi budget tak mengizinkan...Masa aku sampai kat lab, Leanne technician yang uruskan projek ku sampai dengan lain-lain barang...pipe, pipe fitting, pump dll. Nampak gayanya projek ku dah nak bermula....Alhamdulillah..moga-moga ianya akan membuahkan hasil untuk PhD ku...Ya Allah, bantu lah diri ini untuk mencapai impian ini. Maih terlalu jauh perjalanan ini.......

Tuesday, October 27, 2009

Tokoh Islam dan aku

Tokoh-tokoh Islam yang aku kagumi...sekadar untuk bacaan sendiri..moga dapat memberi manfaat untuk diri yang sememangnya tidak mengenali secara mendalam tokoh-tokoh ini....Seperti langit dan bumi jurang perjuangan mereka menegakkan Islam berbanding dengan diri ini...apa aku nak jawap dihadapan Allah nanti..takutnya.....................

Salahuddin Al-Ayubi

(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya mencadangkan supaya sudara/saudari membeli dan membaca buku ini)


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.

Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya

aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, "Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, "Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".

Salahuddin sebagai ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an

Rujukan :

Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155

Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

Tok Kenali ulama peringkat wali

Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.

Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh. Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali.
Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam.
Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).
Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.

Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.
Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.
Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.
Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.
Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.
Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.
Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.
Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).
Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.
Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)
Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.
Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma' wal Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.


Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
Sumber: Utusan Malaysia 2.10.2006

Jika orang ketawakan anda....

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.

Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?
Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.
Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.
Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.
Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.
Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.
Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.
Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.
Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.
Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.
Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

Monday, October 26, 2009

Aussie dan budaya menunggunya

Hari Sabtu 24/10/09 aku tak pergi ke mana-mana. Selalunya dihujung minggu macam ni banyak aktiviti luar yang aku lakukan bersama family. Mila ajak aku pi garage sale, tapi dia cancel last minute..letih sangat katanya ....so, minggu ni aku duduk kat rumah ja la....Malam sebelum tu Fida, adik Mila buat emergency call kat aku. Mila panic sebab anaknya jatuh dari kerusi menyebabkan tangannya bengkak2 dan x boleh bergerak. Aku ni pun bukannya reti apa sangat ..tambah panic lagi ada la...Mila ajak aku pi hospital. First time kat emergency hospital Geelong buat aku tak tau nak buat apa. Terpaksalah call Anis minta tolong...Nasib baik la ada hero-hero yang sudi tolong kami waktu tu. Thanks buat Lan, Mahathir dan Irwan...Kalau tak ada depa..susah sungguh la...Lepas register kat kaunter bhg kecemasan kami dok melangut tunggu. Lamanya dok menunggu....macam bhg out patient kat GH di Malaysia ja...Patient pula ramai dengan aksi yang pelbagai. Letih sungguh menunggu ni...Yang aku perasan selama aku kat Aussie ni...orang-orangnya cukup sabar menunggu...tak kira la tunggu apa. Depa akan buat macam-macam aktiviti sementara dok tunggu sesuatu. Aku cukup respect kat depa. Kalau kat Malaysia kalau kena tunggu berjam-jam macam ni soheh dah kena maki hamun atau apa-apa ja...Nak isi minyak kereta kena tunggu, nak bayar kat shopping kompleks pun kena beratur panjang, nak apa saja selalunya kena tunggu la...Alahai sabarnya depa.....Orang-orang Malaysia yang tak sabar menunggu jemput la datang kat sini belajar budaya yang satu ni dari mereka..hehehehehe...